Thursday, June 14, 2012

Saya dah ada blog!


Alhamdulillah, akhirnya diberi keizinan untuk punyai blog sendiri .. Terima kasih diucapkan.. Setelah didesak oleh beberapa insan yang sangat menginginkan saya mempunyai blog sendiri, akhirnya hasrat mereka tercapai.. hehehe.. dah bunyi macam syok sendiri.. Sebenarnya saya pun dah lama berangan nak ada blog sendiri.. Alhamdulillah, terhasillah blog yang diberi nama ' Dakwah itu cinta ' ini. ( kenapa saya menamakan blog ini sebegini, akan saya jelaskan dalam warkah seterusnya ^-^ )

Banyak sebenarnya faktor penarik dan penolak untuk saya memiliki blog sendiri.

Yang paling terkesan, ada seorang sahabat saya yang boleh dikatakan popular dalam dunia blog, ( kadang-kadang orang lebih kenal blog dia daripada diri dia sendiri.. dan kadang-kadang orang panggil dia dengan nama blog, bukan namanya sendiri.. hehe )..

Dia ada kata, ' Hauri, cuba bayangkan sekiranya salah satu post kita dapat menyentuh hati seseorang dan membawa dia kepada perubahan, dan memahamkan dia tentang Islam. Alangkah gembiranya kerana kita berjaya menghubungkan hati insan dengan cinta Tuhan' ( dia taklah cakap macam ni, saya 'skema'kan ayatnya ). Itulah salah satu kata-kata yang melekat dalam hati saya ini.

Katanya lagi," Blog ini juga salah satu pelaburan kita untuk akhirat sebab selagi mana wujudnya insan yang membaca perkongsian ilmu kita , selagi itulah pahala mengalir kepada kita. Hatta kita sudah meninggal dunia pun. Yelah, antara amalan yang takkan putus walaupun kita mati adalah ILMU YANG BERMANFAAT. Bayangkan betapa kayanya kita andai ilmu ini disebar-sebarkan."







Bila dia cakap macam tu, saya terus rasa dengki sangat. Yelah , mana aci dia boleh dapat pahala lebih. ( xpe  kalau kita dengki pada orang yang buat kebaikan ).. kita kenalah same-same FASTABIQUL KHAIRAT..








Sebab seterusnya, SAYA SUKA MENULIS. Dari sekolah menengah sebenarnya, tapi yelah masa tu, kat rumah xde internet dan tinggal pula di asrama, tak berpeluang nak buat blog , nak update pun susah.. jadi, jadilah saya penulis tradisional . Menulis pada buku-buku, menulis dekat laptop ( dalam doc microsoft word pastu save .. kelakar bila ingat balik )..

Walaupun saya suka menulis tapi tulisan saya taklah gempak sangat, biasa sahaja, cuma MINAT yang mendorong saya untuk menulis.. Akhirnya, setelah hampir setahun jadi pelajar di Jordan ni, barulah diberi kesempatan ada blog..

Akhir sekali, saya nak menjaga diri sendiri. Mengapa saya kata macam ni? Perkongsian yang bakal saya kongsikan nanti, tak semestinya saya mampu mengamalkannya secara istiqamah atau berat untuk dilakukan, sekurang-kurangnya ia mampu menjadi tazkirah buat saya.Mengingat di kala lupa, menguatkan di kala lemah.InsyaAllah, same-same cuba.

Itulah antara sebab-sebabnya saya ingin memiliki blog..Kalau nak cerita semua sebab, memang panjanglah ceritanya, nanti letih nak membacanya.

Apa pun, dalam apa jua, yang kita buat, 'set'lah niat kita baik-baik.. Biarlah niat kita semata-mata kerana Allah dan moga-moga dengan apa yang kita tulis dapat menyebarkan keindahan Islam kepada sesiapa yang belum melihatnya.

Sekian saje, warkah yang pertama buat semua.. Mohon doa agar istiqamah dalam penulisan..

Ingat, Dakwah itu cinta.. Sebarkan kebaikan dengan rasa cinta..


Hauri Islam
Irbid, Jordan



1 comment:

  1. subhanallah ukhti..
    akhirnya...ana dapat baca tulisan ukhti hauri islam..
    teruskan menulis dengan hati kerana yang terkesan jua adalah hati <3

    ReplyDelete