Tuesday, June 19, 2012

Program Bedah Buku bersama Abdul Latip Talib

Assalam, alhamdulillah, hari Sabtu lepas, diberi peluang untuk menghadiri Program Bedah Buku bersama penulis novel sejarah no 1 di Malaysia , ABDUL LATIP TALIB di Universiti Jordan di mantiqah Amman. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Penuntut Malaysia Amman ( PPMA ) yang pertama kali menganjurkan program buat pelajar-pelajar dari semua mantiqah di Jordan . Tahniah buat sahabat2 PPMA ! Meskipun dengan bilangan ahli yang sikit , mereka mampu mengadakan program sebegini..


Sebenarnya dah lama saya dengar pasal Pak Latip ( beliau sendiri yang membahasakan dirinya dengan panggilan ini ).Semuanya dari bukunya lah. Kat sekolah menengah dulu, kebanyakan sahabat, senior  dan junior memiliki buka Pak Latip ni.Kiranya Pak Latip ni sangatlah popular di sekolah dulu. Lihatlah pada jualan buku-bukunya , best seller kot.Ada tu,apabila tanya siapa penulis kegemaran, jawabnya Pak Latip.Terbayang-bayang kenangan baca buku Pak Latip kat asrama sekolah dulu ( teringat pula dorm lama .. rindunya ).Tak sangka Allah bagi peluang untuk berjumpa dengan beliau sendiri.



Inilah orangnya.. Abdul Latip Talib... 
Mesti korang semua ada baca salah satu buku dia yang best tu kan..


Beliau datang ke Jordan untuk kajian buku beliau yang seterusnya.Sebelum ni, Pak Latip dah pergi Turki, Sepanyol untuk kajiannya. Sekarang ni,giliran Jordan menerima kehadirannya.

Dalam program yang diadakan hanya sehari ini, kami bersama-sama ' MEMBEDAH' dua buku, 



BADIUZZAMAN SAID NURSI PEJUANG DAN PEMIKIR ISLAM TURKI

MUSTAFA KAMAL ATATURK

* teringat dulu first time dengar istilah bedah buku dalam cerita indonesia.. tak berhenti ketawa.. sebab kelakar bunyinya.. rupa-rupanya orang Malaysia pun guna istilah yang sama..


Dalam sesi soal jawab yang diadakan, banyaklah soalan-soalan yang ditanya. Ada yang bertanya tentang pengalaman, tips menjadi sorang penulis..Banyak yang Pak Latip kongsikan bersama kami..

 Sebenarnya Pak Latip bukanlah lepasan universiti, tetapi dia mampu untuk menjadi penulis yang terkenal dan berilmu. Ini membuktikan bahawa semuanya bergantung pada insan itu sendiri sejauh mana azam dan tekad untuk mencapai impiannya. Tanpa segulung ijazah, beliau mampu menjadi seperti hari ini. Buku digemari, diri dikenali, bahkan jasanya dalam memperkenalkan sejarah tokoh -tokoh Islam kepada masyarakat Malaysia  tak dapat dipertikaikan lagi. 

Ada satu kisah yang diceritakan Pak Latip, ada seorang ibu yang menamakan anaknya Khalid Al -Walid setelah membaca bukunya. Saya sejujurnya , buku Pak Latip yang pertama saya baca ialah Hulagu Khan. Barulah saat itu saya mengenali betul-betul siapakah Hulagu Khan...



buku pertama karya Pak Latip yang saya baca...

Saya ingin sangat merasai bagaimanakah puasnya perasaan dapat menyebarkan kisah-kisah tentang Islam pada masyarakat. Menyedarkan insan dari lena setelah membaca tulisan kita. Menggerakkan nadi untuk berubah menjadi seperti tokoh yang digambarkan dalam tulisan kita. Menyuburkan semangat untuk berjuang seperti tokoh-tokoh Islam yang dirakamkan perjuangannya melalui tulisan kita. 

Pasti indah rasanya mampu menyebarkan keagungan Islam melalui figura-figura ini.Lalu menyuburkan cinta kepada dini tercinta ini.. Dakwah adalah cinta..:) Pasti Pak Latip merasakan nikmat perasaan ini, bukan? Moga rasa ini mampu hadir dalam hidup saya.. Amin..

Pak Latip juga banyak kali menekankan tentang NIAT dalam setiap apa yang kita buat. Tak kiralah penulisan atau apa jua bidang pun. Niatlah kerana Allah Yang  Maha Esa, pasti apa yang kita lakukan mendapat redhaNya..


Dan point terakhir, sewaktu saya melihat dirinya berbicara, hati saya berkata .. Pasti bukan mudah berada puncak kejayaan seperti ini, pasti banyak yang dikorbankan, pasti banyak cabaran yang merintangi. Dan perjalanan ini memerlukan ketabahan dan kesungguhan yang teguh supaya tidak terhenti di pertengahan jalan.. Pastinya keikhlasan perlu dihadirkan agar mendatangkan kemanisan berpanjangan... Moga ku mampu menjadi insan yang hebat seperti Pak Latip.. Amin...

Sedikit gambar sepanjang program bedah buku ini...










Hauri Islam
Irbid, Jordan

No comments:

Post a Comment