Sunday, December 2, 2012

Andai nyawa terhenti saat ini

Assalam.

Sedar atau tidak, kita dah tiba ke bulan terakhir untuk tahun 2012.
Sedar atau tidak , sudah hampir setahun lebih diri ini berada di Jordan.
Terasa pantas masa berlalu. Pejam celik, dah jadi senior pon sekarang.

Dan semester ni sangat memenatkan. Setiap hari, jadual daripada pagi hingga petang. Semester depan, akan CUBA TAKKAN ambil kelas sehingga ke petang. Memang mujahadah sangat kuat bila kelas petang ni.Apa taknya, asyik mengangguk dalam kelas.
Kelihatannya seperti pelajar cemerlang tapi sebenarnya TIDUR.Waduh! ( sila baca dengan loghat Indonesia ^^ )

Nak kongsi satu rangkap puisi yang tetiba tercurah dalam lecture pagi tadi. Masa lecture jugalah, idea nak mencurah. :D

Hiduplah di atas dunia sekadarnya sahaja
Sederhana. Rendah jiwa.
Dunia bukan segalanya
Sementara. Fana . Tak sempurna .
Akhirat sedang menanti sang hamba
Pada hatinya tersemat akhirat
Pada tangannya digenggam dunia.

Hmmm, tetiba lepas karang puisi ni,  masa Doktor menerangkan pasal subjek, tetiba saya  terfikir apa nilai dunia pada diri saya? ( macam pelik masa lecture jugaklah, soalan ini timbul )

Kalau tiba-tiba, Allah ambil nyawa saya sekarang? 
Kat dalam kelas ni, sekarang. Apakah saya bersedia?
Cukupkah amalan saya? 
Dosa saya yang berlambak tu akan diampunkan kah?
Hari yang memenatkan yang saya lalui ini berbaloikah ?
Adakah semua diniatkan kerana Allah?
Terbayang suasana liang lahad yang gelap. Saya seorang. 
Umi dan abah, tempat saya selalu mengadu xde. 
Kawan-kawan yang bergelak ketawa dengan saya xde.

Persoalan -persoalan ini tiba-tiba menyerang minda dalam masa yang sama. Membuatkan saya berdebar sehinggakan bibir saya menuturkan istighfar.Sekiranya Allah ambil nyawa saya sekarang, sekurang-kurangnya saya tengah beristighfar. Sampai begitu sekali debaran saya.

Yelah ajal itu memang tak dapat dijangka. Siapa yang berani jamin esok , kita masih bernafas? 

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfa`atan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan (nya). 

Surah Yunus, ayat 49.


Kita selalu merancang masa depan kita. Nanti lepas grad, nak kerja. Bila ada kerja yang bagus, nak kahwin. Majlis kahwin biarlah yang cantik2. Lepas tu, nak bina rumah sendiri, then ada anak. Blablabla... 

Pernah tak kita merancang andai kita diambil nyawa minggu depan atau esok hari ? Apa amalan yang telah kita lakukan? Solat aku lengkap, Quran hari2 kita baca walaupun satu ayat, takkan cuba sakitkan hati orang, nak balas jasa ibu ayah.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. ~ Surah Ali Imran, ayat 185


Bukan mudah untk mengingati mati dalam hari-hari kita, bukan semua sanggup untuk membayang andai dia mati hari ini, selalu cuba lari daripada hakikat yang suatu hari, nafas pasti terhenti. Malas nak menyerabutkan kepala dengan mengingati saat yang menakutkan itu. 

Tetapi hakikatnya, Sesungguhnya mati itu pasti. Hidup insyaAllah.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. 

Surah Al Anbiyaa, ayat 35


Ramai yang merancang bagaimana untuk selesa dalam kehidupannya di dunia yang sementara, 
TAPI
ramai yang LUPA merancang bagaimana untuk selesa dalam kehidupannya di akhirat yang kekal selamanya.

Ramai yang mampu mencintai kehidupan
TAPI 
Tak ramai yang mampu mencintai kematian



Ya Allah, andai nafas ini terhenti, moga ianya terhenti saat hati ini penuh rasa cinta padaMU.
Andai esok bukan milikku lagi, moga syurga menantiku sebagai tamu,
Andai nadi ini tidak kurasai lagi, moga tenang sebagai ganti tika bertemuMU nanti,
Andai degupan jantung ini mati, moga dosa-dosaku yang menggunung turut beredar pergi.
Ingin ku menemuiMU ya Allah, sebagai hamba yang sarat merinduiMU..
AMIN..




Hauri Islam
Irbid, Jordan











No comments:

Post a Comment