Monday, December 3, 2012

Egokah aku?

Assalam.

Hari ini, ilham kembali tercurah ketika berada di dalam kelas. haha. Bila ilham muncul di kepala terus saya tulis kat buku nota saya bagi memastikan ia tidak hilang dibawa angin. Tapi saya tulis isi penting jelah , bukan satu artikel.

Sebenarnya isu ini yang lama saya ingin abadikan dalam bentuk perkongsian dalam blog.

Iaitu berkenaan dengan  EGO! EGO! EGO!

 Berapa ramai yang mampu mengaku dia seorang yang ego?


Ego itu sebenarnya PARASIT dalam hidup kita dan juga dalam dakwah.

Renungkan sejenak, bagaimanakah bicara sang egois mahu menyentuh jiwa andai bicara orang lain tak mampu menggapai hatinya?

Hatinya terlalu bertakhta sehingga sayap bicara patah sebelum tiba ke takhta hati sang egois.



Terlalu ramai yang mampu memberi tetapi tak ramai yang mampu menerima. Ini hakikat yang kadangkala pendakwah terlupa dan kadangkala melakukannya tanpa sedar.

Ego jika tak direndahkan mampu membawa kita ke tempat yang tinggi sehingga kita sukar untuk mencemar duli turun dari tempat itu.

Ego jika tidak dirawat segera mampu membawa penyakit tinggi diri yang parah sehingga sukar untuk mencari ubatnya. Jika bertemu ubatnya sekalipun , mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Mana mungkin hati yang sudah sebati mengarah insan kini bertukar mengikut insan yang lain.
Susah untuk seseorang yang selalu menegur kesalahan orang untuk menerima teguran orang lain.

Secara logik mudahnya,


SITUASI 1
Bagaimana seseorang yang sudah biasa dipuji masakannya, terpaksa menerima teguran terhadap masakannya. ( biasanya berlaku kat pelajar yang belajar di luar negara, bila housemate masak ^^ )

" Eh, awak masak sedaplah "

Tiba -tiba, datang seseorang kata, " Eh, awak. Masakan ni kurang garam sikit. Biasanya saya letak air asam jawa sikit untuk kasi gempak skit rasa dia ,"


SITUASI 2
Insan yang sangat masyi ( pandai ) dalam bacaaan Quran dan dah hafal semua hukum hakam, sebut je hukum , semua bleh jawab.

"Awak , awak baca salah tu. Sepatutnya baca dengan 4 harakat . Awak baca dengan 2 harakat je tadi ,"

Agak-agaknya apa reaksi mereka yer?.....

Nak kesan ego, tengok bila ketika mana orang yang sama umur dan orang yang lebih muda dari kita menegur kita.Kita terima ke, kita melenting ?

Kerana ego lah, IBLIS tidak mahu sujud pada Nabi Adam alaihissalam. Merasakan dia lebih hebat kerana diciptakan daripada api sedangkan Adam diciptakan daripada tanah.

Surah Taahaa. Ayat 116.
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud, melainkan Iblis, dia enggan sujud.




Jadi sedarlah kita EGO itu membahayakan. Ego bukanlah harus dihapuskan sama sekali, tapi harus dikawal agar tak meninggi diri.. 

Tanyalah pada diri sendiri, EGOKAH AKU?

* Bukan semua mampu mengakui dia seorang yang ego sebab :

1) Memang dia tak ego pun

2) Sebabnya dia EGO tak nak mengaku..

Renung-renungkan dan selamat mentarbiah ego! USAHA yang sangat memerlukan mujahadah yang sangat besar ! Pasti hati terasa sakit..




Nampak tak?  Mungkin ini rasanya nanti  , TAPI PERCAYALAH ALLAH ada untuk membantu kita ...

Chayo!!! 


Hauri Islam
Irbid, Jordan



No comments:

Post a Comment