Tuesday, January 15, 2013

2013!! Aku datang...

Assalam.

Sudah lama tidak mencontengkan blog ni. Busy dengan exam. Petang tadi, baru sahaja selesai 2 paper yang terakhir. Bicara tentang exam, hanya satu yang terlintas di minda, TAWAKAL. Lalu apa lagi mahu difikir? Usaha sudah, jawab exam pun sudah, yang tinggal TAWAKAL. Ayat yang penuh dengan keredhaan.

Biar pun sudah lapuk untuk berbincang tentang tahun baru 2013 yang dah masuk dua minggu ni, tapi nak cakap juga. Sebab ini blog saya. Sekian.

Cuma nak kongsi status FB masa ambang 2013 hari itu,

Iman 2013 = Iman 2012 ?
Takwa 2013 = Takwa 2012 ?
Akhlak 2013 = Akhlak 2012 ?

Adakah sama tahun yang bakal dihadapi dengan tahun lepas ?

Kita yang tentukan.

Alhamdulillah, diizin bernafas dalam udara 2013. Udara perubahan. Amin.



Status ini ku tulis pada ambang 2013 hari tu. Tapi bila membaca kembali, sungguh ia sangat mencampakkan diriku ke luar daripada rumahku ini. Yelah , muhasabah 2 minggu dalam tahun 2013 ini, sudahkah iman bertambah ? Takwa ? Akhlak ? Dush, Dush, Dush!!! Terketok kepala sendiri.

Aduhai, kini sudah diuji dengan kata-kata sendiri. 

TAPI, masa masih ada. Belum terlambat untuk perubahan. Mulakan langkah pertama. Tingkatkan amalan. Kuatkan diri, iman, hati, jiwa dan sewaktu dengannya. 

InsyaAllah, moga berjaya! Kita usaha sama-sama yer.

2013! Kami datang! ( memang dah datang pun.. hehe ) 



bebelanjiwa : Jangan bersedih mengenangkan exam final yang telah lepas.

 Hauri Islam
Irbid, Jordan

No comments:

Post a Comment