Saturday, January 26, 2013

Tangisan Syria

Syukur.

Perasaan yang harus dimiliki tiap daripada kita. 
Kadangkala kita lupa untuk bersyukur. seriously!
Leka dengan apa yang kita ada, sehingga lupa terlalu banyak kita punya. 
Lupa kepunyaan kita hakikatnya menjadi dambaan insan lain. 
Lupa apa yang lebih pada kita menjadi keperluan insan lain.
 Lupa untuk bersyukur kerana dikurniakan apa yang tidak kita minta.

Ya, saya akui saya juga pernah menjadi hamba yang tidak bersyukur. Saya sering membandingkan tempat pengajian saya di Jordan dengan negara maju seperti Jepun , Englan, Ireland bahkan Malaysia. Yelah, bangunan kat sini biase-biase sahaja, semua warna coklat. Tak macam Malaysia, sangat cantik dihiasi kehijauan.Sistem pengangkutannya tak semaju negara lain.

Saya cemburu dengan kecanggihan sistem pengangkutan di Korea. Sistem universiti yang kadangkala menyusahkan dan sikap orang Arab yang kadang-kadang menyakitkan hati.Pokoknya, banyaklah yang hati saya bebelkan dan komplen.

Tapi saya marahkan diri saya balik kerana tak bersyukur dengan apa yang saya ada. Ramai yang nak datang Jordan tapi tak diberi kesempatan. Tapi saya siap dengan tajaan lagi. Dan kerana kurang majunya Jordan berbanding Malaysia, saya lebih bersyukur dengan apa yang saya ada di Malaysia. Alhamdulillah.

Dan yang pasti syukur saya lagi mendalam apabila saya berkesempatan menyertai misi bantuan pada pelarian Syria di Jordan pada minggu lepas. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ).Program ini turut disertai Dato' Duta Malaysia ke Jordan. ( ada bunyi macam karangan jenis laporan tak .. hehe )

 Pada mulanya saya berfikir beberapa kali sama ada ingin menyertai atau tidak ketika borang penyertaan dibuka. Kerana keesokannya exam pukul 8.30 pagi. Tapi hatiku memang lama ingin menyertai program sebegini.Pastinya ia pengalaman yang bermakna dan berharga. Ternyata saya membuat keputusan yang betul. Dan pastinya saya membawa nota bersama dan membacanya sementara menunggu bas yang akan membawa kami ke sana. Exam kot! Siapa tak takut.


Poster program

Program turut dihadiri duta Malaysia ke Jordan dan pegawai-pegawainya. Mereka membawa bantuan yang dimuatkan dalam sebuah lori. Pelajar Malaysia juga banyak memberi bantuan dan dimuatkan dalam 2 coaster.Ada yang bagi selimut, baju sejuk, stokin, alat mainan untuk kanak-kanak, pemanas, makanan. Memang banyak. Kagum menyelubungi hati melihatkan limpahan bantuan yang diberikan oleh kawan -kawan  di sini. Itu belum termasuk lagi yang bagi sumbangan wang yang dikhabarkan beratus-ratus dinar yakni beribu-ribu ringgit Malaysia. Ia sangat WOW!









Pabila kami sampai, kami mengangkat barang bantuan ke bilik yang disediakan seperti gambar di atas. Setelah itu, kami dijemput ke majlis bersama saudara Syria di tingkat atas.




Sebaik sahajaku melangkah masuk ke dalam dewan ini dan memerhatikan raut wajah setiap mereka, Ya Allah, mereka di hadapanku, mereka bersamaku sekarang. Mereka yang selalu muncul di kaca televisyen dan akhbar berada di hadapanku sekarang. Wajah yang penuh ketabahan. Wajah yang hatinya cukup ketal menahan ujian yang diberi Tuhan. Terasa aku ini insan yang kerdil. Sebak di dada ku tahan, tidak mahu menitiskan air mata.Namun saatku duduk di kerusi yang disediakan , ku berpaling ke kiri, serta merta air mataku bergenang. Ya Allah...




Terima kasih , Malaysia..

Sebaik membaca kertas yang dipegang kanak-kanak tersebut,air mata yang ditahan akhirnya jatuh jua. Sebak melihatkan betapa mereka menghargai bantuan yang diberikan. Harapan yang mereka bina dalam jiwa mereka bahawa akan datang bantuan daripada Allah kepada mereka melalui kami termakbul. Waktu itu, hanya Tuhan yang tahu perasaan ini. Betapa mereka memerlukan kita.

Ucapan wakil pelajar Malaysia 

"Lelaki-lelaki di sini seperti ayah kami , wanita di sini seperti ibu kami, kanak-kanak di sini seperti adik kami. Kami datang membantu kerana saudara seiman," 

Ucapan ini menyentuh hati yang hadir. Sehinggakan seorang wanita Syria teresak-esak menangis.







Renungan mata ini memanggil 
Hati-hati yang melafazkan tauhid bersamanya. 
Menenangkan hati mereka yang keresahan
Melestarikan persaudaraan kerana Tuhan
Tegakah hanya memandang sepi renungan 
Membutakan mata daripada realiti

Ku mohon 
Ayuh sambut renungan ini
Lafazkanlah tentang mereka
Pada dunia
Ingati mata itu
Dalam kalam doamu
Bantu semampumu
Jangan membisu
Bisumu itu akan menjadi saksi
Di Mahsyar nanti..


Ya Allah...........................................


Dan hari itu, aku pulang dengan tangisan.
 
tangisanjiwa: Moga aku menjadi saudara yang terbaik buat mereka.. 


Hauri Islam
Irbid, Jordan

No comments:

Post a Comment