Saturday, February 2, 2013

Salam Semester Baru!

Assalam.

Salam semester kedua! Berakhir sudah cuti winter kali ini. Esok sekolah sudah dibuka!

Semangat baru. Azam baru . Niat baru . InsyaAllah, diiringi redhaMU, Ya Rab.

Nak kongsikan pengalaman semasa di Amman dua minggu lepas.

Ketika berkunjung rumah sahabat Syria di Amman dua minggu lepas, berpeluang untuk pergi ke markaz Quran tempat adiknya belajar. Nama adiknya Salsabila. 

Berkeras dia menginginkan saya pergi ke tempat dia belajar Quran. Sungguh telatahnya sangat kebudak-budakan dan" innocent'. Maka, saya dan dua sahabat bersama pergi ke sana.

Alhamdulillah, berkesempatan bertemu dengan pengetua markaz tersebut, namanya Nadiah. Bekas graduan Fiqh Wa Usul Universiti Zarqa'. Apa lagi , ambil peluang untuk bertanyakan soalan tentang takhasus ini. ( macam lawatan kerja dari Malaysia pulak rasanya masa itu ). 




Dia menghadiahkan sebuah buku yang ditulisnya sendiri , hasil tugasan yg diberi pensyarahnya dalam subjek ikhtiarinya, Hadis. Kajiannya berkenanaan dengan hadia Imam Mahdi.

Sungguh kagum! Graduasi dengan kemampuan menulis buku sendiri dan mencetaknya untuk kebaikan orang ramai. 

Saya memintanya menitipkan pesanan atau kata-kata semangat pada buku yang dihadiahkan itu.Terasa bersemangat bila membaca pesanannya yang ditulis pada buku.



" Ukhtiku, kerana taqwa , kita bersua. Kerana Allah,kita bersaudara. Ku berdoa pada Allah agar menjagamu dengan penjagaanNYA yang mulia, mengizinkan kamu menjaga kitabNYA, dan menjadikan kamu daripada kalangan 
insan yang BERAMAL , 
insan yang IKHLAS , 
insan yang DITERIMA amalannya. 

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar."


Akan ku cuba ya ukhti.

Dan bisakah aku? Mulakan dengan semangat baru untuk sem baru.InsyaAllah.

Selamat melangkah ke semester baru! Lillahi taala.

bebelanjiwa :
Berkira-kira nak buat tajuk apa untuk subjek Asalib Bahas, jgn hangat-hangat masa ni sudah. Mohon dijauhkan kehangatan sementara ini. Amin.


Hauri Islam 
Irbid, Jordan

No comments:

Post a Comment