Thursday, March 21, 2013

Pabila waktu diperlahankan

Aku percaya kita dapat merasa bila kita CUBA merasa.

Sejak daripada dulu, aku memang suka berjalan yakni bersiar-siar. Jikalau di kampungku yang terletak jauh di pedalaman, petang-petang, akan ku minta adik perempuanku untuk memboncengku melihat kampung. Rindu! Tabiat suka berjalan ini makin terserlah sejak belajar di Jordan apabila ke mana-mana pun, aku hanya berjalan. Di Jordan, jarang sekali ku mengambil teksi melainkan tempat yang betul-betul jauh dan merasa letih yang maha sangat. Serius, aku sangat suka berjalan! Meskipun natijahnya keletihan, aku rasakan kepuasan.Kadangkala ku sengaja pulang melalui pintu keluar universiti yang paling jauh dari rumahku dan mengambil jalan-jalan yang melambatkan ku sampai ke rumah.

Kadangkala, berjalan jauh membuat aku merasa ku meninggalkan jauh masalah dan semua benda yang tak baik di belakang. Bye, bye!

Hari ini, tika ku berjalan pulang, dari kuliahku menuju ke pintu keluar, suasana jamiah ( universiti ) penuh dengan pelajar yang berkejar ke kuliah. Peak time! Waktu 15 minit untuk pertukaran kelas seakan tidak cukup kalau kelas sebelumnya di kuliah yang jaraknya sangat jauh dengan kuliah yang kedua.

Ditambah pula dengan pelajar yang melepak di bawak pokok atau di bangku. Seperti lautan manusia ku ibaratkan. Pernah sekali terdetik di hatiku, suasana jamiah seperti pasar malam. Penuh sesak dengan manusia. Suasana pasar ini hanya berlaku apabila peak time lah.

Dan hari ini, tika ku melangkah dalam lautan manusia ini, ku rasa sesuatu. Sesuatu yang menyelesakan. Terasa waktu melangkah perlahan , seperlahan langkah yang ku atur. Wajah insan-insan yang berjalan di kanan, kiri dan hadapanku ku perhatikan. Perlahan waktu memberiku rasa itu. Rasa apa ?



Aku rasa aku tidak keseorangan. Aku rasa ditemani. Aku tidak rasa sendiri. Aku tidak merasa sepi.
Ada aku. Ada dia. Ada kamu. Ada mereka.

Seraya senyumku terlukis. Bahagia berbunga mekar. Terasa terawang-awang di langit biru. Ditambah hari ini cuaca cukup indah , bagai turut bahagia bersama hati ini. Langit biru yang cantik, dihiasi awan seputih salju yang menyenangkan pancaindera. Mentari bersinar , memberi hangat yang mendinginkan hati. Waduh, rasa yang cukup indah!

Sungguh, hari ini, ku akui fitrah manusia tak mampu bersendiri. Hatta Nabi Adam merasa sunyi sendiri di syurga yang penuh kenikmatan tanpa ada yang menemani, hadirnya Hawa mengisi kekosongan sepi.  Apatah lagi kita manusia biasa. Dari kecil ditemani, dari saat ditiupkan roh, kita sudah ditemani seseorang , iaitu ibu kita. Kan ?

Dan sepanjang perjalanan pulang ke rumah, senyum masih bertakhta.

Alhamdulillah, hidupku dianugerahkan peneman yang terindah. KELUARGA, TEMAN-TEMAN.

Dan jika mereka tidak ditakdirkan menjadi penemanku, ku punya DIA.

Abadi. Kekal. Takkan hilang.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Surah Al Baqarah, ayat 186.


Perlahankan masa, aku percaya kita merasa bila kita CUBA merasa.

bebelanjiwa: Nikmat bahagia harus disyukuri. قل الحمدالله, يا يأيها لأصدقاء!

Hauri Islam
Irbid, Jordan

No comments:

Post a Comment