Monday, June 9, 2014

Sahabat bukan malaikat

Indah sungguh rasa bila ada yang memahami keadaan kita.

Kisah semalam.

Sebenarnya badanku sudah letih. Kaki terasa hilang kudratnya. Kepala pun sedikt pening. Malam tadi, pukul 1 pagi, baru ku pejamkan mata. Exam pagi tadi membuatkan ku bersengkang mata. Badan ini jika bertemu lembutnya tilam , pasti kan belayar ke alam mimpi. Namun, melihat sahabat-sahabatku yang sibuk memasak , terasa serba salah meninggalkan mereka yang kelihatan bersungguh-sungguh masak. Terasa seakan mementingkan diri sendiri jikaku hanya fikirkan tentang diriku.

Ku batalkan niatku untuk rehat. Sekali sekala melihat housemate semangat memasak, terhibur hati. Sedang mereka memasak, ke selesaikan kerja berbaki. Potong sayur, membasuh pinggan.

" Awak ok tak, kira ? Mesti awak letihkan?  Semalam tidur lewat, kalau awak nak rehat sekarang, boleh je, " kata housemateku sambil tersenyum. Tangannya memegang senduk dijauhkan sedikit dariku.

Ya Allah, rasa nak menangis tak ingat bila dia mengucapkan pertanyaan itu. Terharu! Seakan bisa membaca gerak hati dan kudrat badanku. Rasa itu tak dapat ku huraikan dengan kata-kata yang tepat. Prihatin mereka membuatkan aku bahagia.

Itu secebis kisah bahagia sebuah persahabatan kerana Allah.

Dulu bila aku terdengar, terbaca tentang ukhwah manis kerana Allah. Tentang antara bukti halawatul iman itu, pabila dua saudara bercinta keranaNYA. Aku tak bisa membayangkan bagaiman rasanya. Mampukah rasa itu dibumikan dalam taman hati manusia? Atau hanya semata hikayat yang berlagu tanpa realiti ?

Kini,ku bisa nyatakan dengan penuh keyakinan, ku dapat merasai persahabatan yang dibina kerana Allah.

Bisa kamu bayangkan, tika kamu jatuh, ada huluran tangan buatmu
Tika kamu sepi, kau punya jiwa yang menjadi peneman.
Tika kamu sakit, ada hangat jagaan yang cuba menyembuhkan.
Tika kamu lemah, ada satu hati yang cuba menguatkan.

Indahnya persahabatan seorang taman. Bila berada jauh di perantauan, sahabatlah ibu, sahabatlah ayah. Menangis bersama,ketawa bersama.

Ku akui kesihatanku sedikit terganggu berbanding sahabatku yang lain. Kudratku tak sekuat mereka. Kadangkala tak mampu bertahan seharian dalam bekerja. Terlalu cepat keletihan. Ku perlukan rehat walau sebentar, barulah ku bisa menyambung pekerjaanku.

Namun, kelemahanku ini diterima dengan berlapang dada oleh mereka. Itu yang membuatkan aku terharu dan bahagia.

Moga persahabatan ini terus bercahaya. Jika ada suramnya, moga hilang segera. Doa Rabitah jangan dilupa.Jadikan ia zikir dalam bersahabat.

Pesan ku satu.

Sahabat bukan malaikat.Jika diharap kesempurnaan, bukan pada manusia. Itu milik yang Esa. Sahabat punya kelebihan, punya kekurangan. Itu harus kita terima. Berlapang dada dalam bertaamul dengannya.

Selamat bersahabat semanis gula!!





bebelanjiwa: ku bahagia punya teman!!!

Hauri Islam
Irbid, Jordan




No comments:

Post a Comment