Thursday, June 12, 2014

SELAMAT HARI LAHIR, PUTERIKU WAN NUR SYAZWA

Kisah kami dua beradik.

Beza umur kami 6 tahun. Ku ingat lagi, saat umi melahirkan dia, ku berumur 6 tahun . Memori ku menjaga dia sedikit sebanyak masih tersemat di hati. Ketika ku kecil, aku akui aku sering cemburu dengan kasih sayang yang umi abah berikan pada dia. Biasalah, anak sulong akan dimarahi meskipun anak bongsu yang buat kesalahan. Aku taklah mengatakan perbuatan ibuku salah. Bila aku fikir kembali, memang sepatutnya aku yang dimarahi kerna ketika aku yang sepatutnya bertindak matang. Tapi tulah, apa yang ada pada umur 11 tahun. Masih ingat diari yang menjadi tempat meluahkan rasa tidak puas hatiku. Tertawa kecil bila ingat balik.

Nak cerita pasal adik aku yang nombor tiga ni ha, umur dia dah 15 tahun. Dulu selalu gaduh dengan dia, ada saja yang tak kena. Tapi bila menjadi perantau kat luar negara, rindu macam apa. Selalu teringat. Betullah orang kata, bila jauh, barulah sedar rindu dan sayang. Kalau nak cakap I LOVE YOU tu susah, sekarang bila bercakap melalui telefon, rasa sangat nak bagitahu kakak sayang awa.




Memikirkan adik ku yang satu ni, ku jadi teringat diriku ketika di usia dia. Sebagai kakak, terasa sangat mahu bagi nasihat dan ingatkan tentang bermacam perkara. Kerna ku tahu dan pernah melalui usia itu. Usia yang menguji , usia yang mengajar erti kematangan, usia untuk membina diri, serta usia yang dipenuhi dengan pilihan. Pilihan yang menyerabutkan tetapi banyak mengajar.




Ini pesanku padamu adikku.

Jadilah hamba yang bertaqwa. Taqwa pada maknanya. Kejarlah cintaNYA. Jadikan cintaNYA yang paling utama. Ibadah wajib jangan sekali tinggalkan dan lakukan di awal waktu, ibadah sunat perbanyakkan. Sentiasalah baca  biarpun hanya semuka dan perbaiki bacaan Quran. Hiasi minggu dengan puasa sunat. Jika mampu, bangunlah solat malam.




Jadilah anak yang solehah pada umi dan abah. Kakak jauh di sini hanya mampu bertanya khabar dan mendoakan mereka berdua. Awa yang berada di sisi mereka , jagalah mereka sebaiknya, ringankanlah kerja mereka. Ingat sayang, tanpa pengorbanan umi dan abah, tak mungkin kita menjadi kita yang hari ini. Bahagiakan mereka dan doakan mereka.



Jadilah adik dan kakak yang baik.Eratkan kasih sayang sesama adik beradik kita. Usah dihiasi hubungan kita dengan pergaduhan. Nanti bila kita dalam kesukaran, pada umi abah dan adik beradiklah, kita akan bersandar. Semailah kasih sayang dan cinta antara kita. Jaga adik Ida sementara kakak di sini. 



Jadilah penuntut ilmu yang amanah pada ilmunya. Di samping belajar silibus yang ada,ilmu agama jangan dilupa. Yang menghormati gurunya. 



Jadilah sahabat yang baik pada sahabat.Berlapang dada dan saling menerima kelebihan dan kekurangan.



Jadilah muslimah yang menjaga perilaku dan maruahnya. Jadikan malu sebagai mahkota, dalam masa yang sama , letakkan malu pada tempatnya. Lindungilah aurat kita sebaiknya. Muslimah solehah itu, hiasan dunia, dan tempatnya syurga.


Ini ayat-ayat cintaku padamu.

Sempena birthday awa yang ke 15 hari ini, sanah helwah kakak ucapkan! Usia yang bertambah, maka tanggungjawab bertambah. Makin dekat dengan hujung kematian. Manfaatkan usia kita, ye sayang.

Moga awa bukan setakat menjadi adik kakak di dunia, tetapi jua di syurga. Takdir Tuhan menukilkan kita menjadi adik beradik di dunia, biarlah ikatan ini berlanjutan hingga ke syurga.

Maaf andainya tak mampu menjadi kakak yang baik. Selalu membebel ke. Cerewet ke. Mohon ampun ya.Ingat pesan kakak. Ini bukan arahan seorang kakak, tetapi nasihat tanda cinta seorang kakak pada adiknya.

Kakak sentiasa ada bila awa memerlukan.Sentiasa di sisi awa. Kakak sayang awa. *ok.sebak.

SANAH HELWAH, SYAZWA!



Hauri Islam
Irbid, Jordan










No comments:

Post a Comment