Friday, June 5, 2015

Bukan Senang

Bila amalan memburu ganjaran,
Tiada tenang yang mendatang.
Berlegar suara berkumandang,
Mendendangkan sumbangan,
Ia hanya tingkah lenyapkan kemanisan
Dan mungkin juga menimbul rasa kurang senang.
Miliki ikhlas itu,
Perjuangan yang sentiasa memerlukan pembaharuan.
Pembaharuan niat.

-wannursyakira-

No comments:

Post a Comment