Culture shock di Malaysia.
3 bulan sudah, saya pulang ke Malaysia kerana dah habis belajar di Jordan.
Salah satu benda saya yang jumpa dalam masyarakat kita dan saya rasa sangat pelik (mungkin sebelum ini saya tak pulang cukup lama ke Malaysia untuk menyedarinya. Kot..) adalah SIKAP YANG NEGATIF
Percakapan yang sangat negatif. Yang boleh menjatuhkan semangat dan tidak menghargai usaha orang lain.
Saya berpengalaman berkawan dengan orang Arab, meskipun diaorang ni begitu begini ( huhu) ,tetapi tetap saja ramai yang percakapannya dihias dengan doa. Tenang mendengarnya. Kadang-kadang kalau bertemu nenek atau datuk, doa mereka untuk kita tak berhenti. Nak menangis pun ada. Serius cakap, pernah nangis. Bahkan kawan-kawan rapat. Cuba bayangkan kalau kita cakap kita ada exam esok, doa dia berjela-jela. Moga Allah mudahkan awak, lapangkan hati ,kurniakan kejayaan, supaya boleh berbakti pada masyarakat di negara kamu. Mahu tak nangis.
Saya berpengalaman kawan dengan orang putih American. Serius saya tak pernah jumpa, orang yang kata-katanya sepositif itu. " that's cool, wow! , you did a good job, have a nice day, i hope everything is going well for you, etc". Buat seketika, saya rasa indahnya dunia jika ada orang yang positif sebegini. Saya pun jadi terbiasa ucap perkara yang sama bila cakap dengan dia dan ianya membahagiakan.
Orang kita pula, bila seseorang usaha buat sesuatu dan akhirnya gagal. Yang dia nampak hanyalah kegagalan, tanpa dia highlight usaha keras ,air mata orang tu untuk melakukan sesuatu itu. Serius. Attitude macam ini yang boleh menghentikan atau membunuh semangat orang yang ingin berjaya.Like the case dalam facebook baru-baru ini. Bukan usaha dia untuk speaking BI yang dikagumi, tapi kesalahan grammar yang dibesar-besarkan. Aduhai.
Saya tengok berita, kejohanan yang melibatkan orang kurang upaya, tapi pasukan negara mendapat keputusan yang tidak memuaskan. Kata-kata pemberita, " hanya mampu, sekadar mendapat... blabla". Tapi pada pendapat saya, tidakkan patut kata-kata positif atau lebih baik diberikan, bukankah keupayaan mereka mewakili negara harus dikagumi di sebalik ketidakupayaan yang ada pada mereka.
Kata-kata seperti ," alah aku boleh buat, kan aku dah kata jangan buat," tak patut diungkapkan. Jangan dan jangan hanyalah membantutkan keinginan dan mengehadkan kemampuan seorang manusia. Hidup adalah proses untuk belajar. We learn from mistake and actually mistake is the best teacher. Tapi bukan bermakna ini boleh kita gunakan hujah untuk sambil lewa. Kita takkan tahu hasilnya jika kita tak cuba dan takut nak cuba.Amat bimbang jika kita memiliki budaya seperti ini, Budaya yang sangat tidak sihat. Sekiranya ianya adalah sikap individu, itu boleh kita betulkan dan tidak menjadi kebimbangan besar. Apa yang perlu kita betulkan hanyalah individu. Jika ianya menjadi budaya, maka satu masyarakat harus dibetulkan.
Jadilah masyarakat yang positif dan sentiasa mendorong orang sekeliling untuk menjadi lebih baik dan lebih baik. Jangan bunuh potensi atau bakat seseorang hanya dengan ketidakpastian atau sikap negatif kita.
Tak rugi untuk kita bercakap baik sebaliknya akhirnya ia akan datang pada diri kita,
Cuba kita bayangkan kehidupan kita jika bebas dari sikap negatif seperti hasad dengki, adu domba, suka menjatuhkan orang, memperkecilkan usaha orang.
Lets spread positivity in our society. :)
No comments:
Post a Comment