Friday, November 11, 2016

AJAIB SEBUAH PERKAHWINAN





Ajaib sebuah perkahwinan itu pabila masing -masing tetap bersama meskipun setelah mengenali kelebihan dan ketidaksempurnaan pasangan.
Mencintai sedalamnya , tiada berubah meski mengenali pasangannya dengan sebenar-benarnya.

Tidak jemu memaafkan dan membahu bersama. Melatih jiwa raga untuk mempunyai sebesar-besar ruang untuk berlapang dada.Berusaha memahami dan melengkapkan antara satu sama lain.
Berbahagia dan bersyukur tika senang dan gembira. Bersabar dan hadapi bersama tika sukar dan duka.

Sudah pasti kehidupan rumahtangga tak sunyi dari ujian dan naik turun. Kadangkala mendung, kadangkala cerah. Dan masa depan, kita tak tahu apa badai dan ombak yang mendatang.


Dan pasti yang paling penting, kebergantungan dengan Allah menjadi kunci kebahagiaan. Kesediaan hati untuk berubah dan menjadi lebih baik.
Mencintai antara satu sama lain sambil berteduh di rimbunan cinta Allah.
Jika tiada teduhan ini, pasti rapuh dan mudah sekali terurai ikatan antara dua insan. Jangan bergantung dengan pasangan secara mutlak kerana hakikatnya dia juga hamba Tuhan.Tiada yang paling mengukuhkan hubungan selain ikatan bersama rahmat Tuhan.

Senantiasalah berdoa , dan mengejar rahmat Allah. Agar tiada tergoncang ikatan dengan hebatnya ujian dan ketidaksempurnaan pasangan.
Agar bukan sahaja bercinta di dunia tetapi juga di akhirat.

No comments:

Post a Comment