Friday, May 15, 2015

SANG BUTA MENCARI

Mencari sinar di balik pudar,
Selongkar warna disangka hilang,
Rupanya cermin yang buta,
Lama ada tiada bersua.

Norma cerah bertukar gelap,
Baru sirna itu ditangkap,
Manusia selalu sesat,

Meski cahaya telah lama mendekat.

Hasrat abadi dalam cahaya,
Harus doa jadi zikirnya.
Sentiasa.
Selamanya.


-wannursyakira-

BAYU MENYANYI

Dibawa alam
Meredah kelam
Di sana terdakap
Bahasa bayu yang terungkap

Jerih, luka
Alam lebih tahu
Tak dangkal menilai

Kisah yang bersatu

Rumit tersimpul
Alam mampu melerai
Berbisik tenang
Damaikan kekusutan


Alam
Bahasa cinta
Antara Tuhan dan insan.


 -wannursyakira-

ANDAI HATI


Andai hati itu sebuah kota
Pupus semua hidupan
Dek cuacanya yang tunggang langgang
Kejap memanas, kejap mendingin
Kejap berbunga ,kejap meluruh

Andai hati itu lautan
Layar tak mampu dibuka

Dek ombaknya yang tak terjangka
Taufan dan angin silih berganti
Kejap tenang , kejap menggila

Hati dipeluk siapa?
Jawapan untuk sebuah keamanan. 



-wannursyakira-

Monday, February 23, 2015

POHON BUNGA MERAH


Tiap kali musim bunga, bila keluar dari pintu Athar Jamiah , merahnya pohon ini menarik hati. Cantik. Sangat.

Sanggup ambil gambar banyak-banyak. Entah rasa macam cantik gilerr.

Satu hari, keluar dari pintu jamiah macam biasa. Tengok pohon merah dah hilang.

Dah kena tebang. Sedih juga lah, tapi taklah sampai nak nangis. Nangis sebab pokok kena tebang, nanti orang kata tak betul pulak. Tapi rasa dia tu sedihlah, tak tahu nak jelaskan macam mana.

Bila tiba masa, semua yang ada di sekeliling kita akan hilang. Pasti. Semua yang ada akan pergi dan berganti. Lumrah hidup.


Bila kamu bahagia bertemu sesuatu, kamu harus tahu kamu harus bersedia untuk sakit ketika berpisah dengan sesuatu itu. 

Bila kita suka melihat daun hijau merendang , kita bersedia untuk melihat daun tersebut kering dan gugur lalu lenyap bersatu dengan tanah.

That's life, my friend.

Tiada yang kekal.

Pohon je pon kan, tapi tulah. Kalau kita tak boleh nak hargai benda yang kecil macam pohon yang cantik ini ( pada pandangan saya lah ), macam mana kita nak hargai benda yang besar.


Our life gonna be colourful everyday, if we can smile and happy even for a tiny and simple thing.

Your happiness will start if you start to appreciate little things in your life.


Nikmati, syukuri. InsyaAllah, Allah akan terus bagi dan bagi. 


HAURI ISLAM
IRBID,JORDAN




GIVE AND TAKE

Prinsip hidup yang ringkas. 

PERTAMA.

Give and take. In order, to take , you have to give.

Kamu ingin kasih sayang, kamu harus juga memberi kasih sayang.
Kamu ingin perhatian, kamu harus juga memberi perhatian.

Masalah manusia, adalah selalu meminta tanpa memberi. Selalu berbicara tentang hak, dan selalu lupa tentang tanggungjawab.

Hak di dalam kamus Dewan bermaksud (yang) benar,kebenaran dan kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang,agama,atau adat istiadat dll). Manakala hak hak juga bermaksud milik atau kepunyaan.

 Tanggungjawab pula adalah kewajiban yang dipikul oleh seseorang, segala yang wajib ditanggung. Syariat Islam telah menyusun atur masyarakat secara yang seimbang atau berimbang. Hak yang dinikmati oleh seseorang adalah imbalan kepada perlaksanaan tanggungjawab yang disempurnakannya. 

KEDUA

Prinsip hidup yang kedua.

Kadang-kadang kamu takkan dapat sama banyak dengan apa yang kamu beri. Coz human is not perfect as we think. Even ourselves is not perfect.

Itulah kelemahan manusia. Adil. Sukar untuk adil. Jadi, kita harus terima kelemahan itu dan berlapang dada.

Lumrah, bila kita beri , tapi kita tak dapat setimpal, pastinya kita akan kecewa. Tapi, ada ubatnya. Ubatnya adalah IKHLAS. 

Sebaik -baik pemberian adalah tanpa mengharapkan balasan. Itulah keikhlasan yang sejati.

When we start to do something for other person without reason or we seek for something, then your heart will always calm.

even tak dapat pujian dan balasan, kita tetap bahagia. Sebab kita tahu kita buat bukan kerna manusia. Kita buat sebab kita nak buat. Dan Allah akan balas setimpalnya. Manusia mungkin tak nampak apa yang kita buat, tapi Allah Maha Melihat. Tiada yang terlepas dari pandangannya.

So, keep calm and do the best thing for other people.

Moga kita dapat jadi insan yang bermanfaat untuk orang lain.

sentiasa. :)



HAURI ISLAM
IRBID, JORDAN

Sunday, December 21, 2014

MENANTI HIKMAH


Manusia dan masalah.

Atau untuk kelihatan lebih positif, manusia dan ujian.

Hidup dan ujian , ia tak dipisahkan. Jika satu ujian sudah dilalui hari ini dengan Berjaya,  ujian akan hadir sekali lagi pada esoknya. Pasti kita akan ketemunya , meskipun bukan hari ini, mungkin esok hari.

Ujian itu tetap akan datang pada sesiapa pun. Tetapi yang membezakan antara kita, bagaimana kita melihat makna di sebalik ujian dan bagaimana kita menyelesaikannya.

Sebagai muslim, kita percaya segalanya yang berlaku dalam kehidupan kita adalah datang daripada Allah dan berlaku dengan adanya izin Allah. Ini berkaitan dengan rukun iman yang ke 6, beriman pada takdir mahupun yang buruk.


Kita mencari sebab di sebalik ujian. Al Quran sudah berikan jawapan.



أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَوَ (1)لَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ(2)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. ) ayat 2-3 , Surah Al Ankabut )

Sebenar-benar iman akan terzahir bila dilanda ujian. Kuatnya sesebuah binaan rumah takkan mampu dibuktikan jika tidak datangnya angin yang menggoncang. Kuatnya iman takkan mampu dibuktikan jika tidak datangnya ujian yang mencengkam. Kebiasaan adat kehidupan, yang kuat tidak boleh dikatakan kuat selagi tiada bukti yang menunjukkan sedemikian.

Lalu kita ucap syahadah, mengaku Allah satu, Rasulullah itu pesuruh Allah, dan cukup setakat itu. Sudah pasti tidak !

Prinsip asas yang harus kita percaya, Allah beri ujian sesuai dengan keupayaan kita.


لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ( ayat 286, surah Al Baqarah)
Allah tenangkan hati manusia dengan ayat ini. Allah takkan memberi lebih dari yang kita mampu bawa.
Tapi hati bertanya lagi, betul ke Allah bagi sesuai dengan kudrat aku ? Kenapa terasa sungguh berat ujian pada kali ini ? Seakan tiada jalan keluar. Allah dah bagi cara untuk kita hadapi dalam Quran, tapi kita tak baca , Quran dah berapa lama kita tak belek.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

 Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. ( ayat 186, surah al Baqarah )


وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

DAN MINTALAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG. DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMATLAH BERAT KECUALI KEPADA ORANG-ORANG YANG KHUSYUK ) ayat 45 , surah al Baqarah )


Lihat, Allah sudah khabarkan penyelesaiannya. DOA, SABAR, SOLAT.

Doa ini adalah cara kita meminta dengan Allah. Seseorang akan meminta dengan seseorang pabila dia tak mampu dan dia tiada apa-apa. Begitu juga dengan kita, kita hamba, tak punya apa-apa yang hakiki milik kita. Allah adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan dan kekuatan.


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ 
عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

Kepadamulah semata kami beribadah dan kepadamulah sahaja tempat kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan yang menikmatkan engkau ke atas mereka selain golongan yang dimurkai dan golongan yang sesat. ( ayat 5-7, Surah al Fatihah )


Masalah manusia, selalu dia mencari jalan penyelesaian bukan pada tempatnya. Bersandar pada sesuatu yang lain untuk meringankan ujian. Meminta-minta pada manusia.

Kamu tahu apa yang meletihkan dan paling tidak menjamin selamat pada kamu ?

Mengharap dan bergantung pada manusia.

Kerna manusia hakikatnya lemah, dan tak punya apa-apa. Oleh sebab itu, ujian itu tak mampu diselesaikan dengan baik, dan jika diselesaikan, hati masih resah gelisah.


مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ 
الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang mendirikan rumah (untuk menjadi tempat perlindungannya) padahal sesungguhnya rumah yang sehabis-habis reput ialah rumah labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.( ayat 41, surah al Ankabut )

Kenapa masalah tak selesai-selesai ?

Jikalau selesai pun, kenapa hati tidak tenang ?


Ayat di atas jawapannya. Selalu manusia mengambil sesuatu yang lain sebagai sandaran. Dan Allah telah memberi perumpamaan yang sangat jelas, sarang labah-labah. Kita tahu bagaimana rapuhnya sarang labah-labah. Sedetik atau sekelip mata, datang angin , meskipun hanya hembusan nafas manusia , mampu memusnahkannya.


Kamu selalu mencari ketenangan di tempat yang salah, dengan mendengar sesuatu yang kamu anggap akan memberi ketenangan. Ketenangan itu sebenarnya hanya sementara.
Penawar pada hati yang tak tenang.


الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ 

Orang-orang yang beriman dan menjadi tenteram hati mereka dengan mengingat Allah. Ingatlah! Dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.( ayat 28 , surah ar Rad )


Ujian yang hadir dalam kehidupan, sentiasa ada makna serta hikmah yang tersembunyi. Orang yang beriman akan sentiasa melihat ujian itu medan menguat iman dan menuai ganjaran, tapi orang yang biasa akan melihat ujian itu semata bebanan kehidupan.
Melihat dunia ini sebagai tempat persinggahan sementara, bukan tempat tinggal selama-lamanya. Yakin syurga sebagai kamar untuk bahagia selamanya, setelah perit jerih hidup di dunia sementara.

وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَنُبَوِّئَنَّهُمْ مِنَ الْجَنَّةِ غُرَفًا تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ 

خَالِدِينَ فِيهَا نِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ (58) الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, sungguh, mereka akan Kami tempatkan pada tempat-tempat yang tinggi (di dalam surga), yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang berbuat kebajikan,
59. (yaitu) orang-orang yang bersabar[3] dan bertawakkal kepada Tuhannya[4].
( ayat58-59, surah Al Ankabut)



Ayat ini bisa membuat bibir tersenyum meskipun pipi masih basah dengan air mata. Janji Allah untuk orang yang sabar dan bertawakal.


Ubah cara kita memandang ujian.
Ubah cara kita menyelesaikan masalah.
Ubah cara kita menenangkan jiwa.

Pasti bahagia di hujungnya. Yakin dengan kalam Allah.



HAURI ISLAM
IRBID , JORDAN



Thursday, October 30, 2014

HATI INI

Bismillah.
Salam cintaNya yang sentiasa harum.

Hati.
Syurga rasa. Taman berkumpul segala perasaan.
Di sana juga, iman dan nafsu tinggal bersama. Saling berjiran.
Dan kita pemilik tanahnya.




Umumnya mengetahui, hati ini titik yang paling penting yang ada dalam jasad kita. Rasulullah s.a.w. telah mengkhabarkan ini pada kita berabad dulu melalui hadisnya,



عَنْ أَبِيْ عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بِشِيْر رضي الله عنهما قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: (إِنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَات لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاس،ِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرأَ لِدِيْنِهِ وعِرْضِه، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَقَعَ فِيْهِ. أَلا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَىً . أَلا وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ، أَلا وإِنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ وإذَا فَسَدَت فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ أَلا وَهيَ القَلْبُ)  رواه البخاري ومسلم .
Dari Abu Abdullah An Nu’man bin Basyir Radhiallahu ‘Anhuma, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Aalihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas dan di antara keduanya terdapat perkara yang samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menghindar dari yang samar maka dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara yang samar maka dia telah terjatuh dalam perkara yang haram, seperti penggembala yang berada dekat di pagar milik orang lain dikhawatiri dia masuk ke dalamnya.  Ketahuilah setiap raja memeliki pagar (aturan), aturan Allah adalah larangan-laranganNya. Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging jika dia baik maka baiklah seluruh jasad itu, jika dia rusak maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah itu adalah hati.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sekilas dibaca , dapat difahami, semuanya bermula dari hati.


Tanpa kita sedar , tiap kali kita melakukan sesuatu , kita akan bertanya pada hati. Batin kita bertanya sendiri, berkira-kira pabila ingin membuat keputusan mahupun melakukan apa sahaja dalam kehidupan.

Nak makan apa, nak pergi jalan ke mana, nak pakai baju apa, nak kawan dengan siapa.

Pertanyaan –pertanyaan ni semua , selalunya hati yang menjawab. Hanya hati yang tahu apa kita suka, dan apa yang kita tak suka. Lurusnya perbuatan kita bergantung sejauh mana lurusnya hati kita. Amal yang datang hati yang  bersih sentiasa berada di dalam lingkungan redhaNya. Takkan terkhilaf dengan suruhan Allah. Keputusan yang datang dari hati yang bersih sentiasa akan menerbitkan hikmah dan kebaikan tersurat mahupun tersirat, cepat mahupun lambat.

Kalau kita diberikan peluang kita untuk mengeluarkan hati dari jasad dan menatapnya, apakah keadaan hati kita setelah bertahun diberikan ” hak “ untuk menanggung segala dosa dan pahala setelah baligh?
Masih putihkan , hitamkah , kelabukah ?  Cuba nilailah sendiri dengan menilik perjalanan hidup selama ini.

Saya cuba memberikan panduan untuk menilai hati. Matikah , hidupkah ?

Simptom hati yang hampir mati

1)      Bila insan lain menyampaikan nasihat, dia tak boleh menerimanya dengan berlapang dada.
 Nasihat ditolak remeh, tanda ego beraja di jiwa. Hati yang tak mampu menerima nasihat takkan mampu berubah menjadi insan yang lebih baik.
2)      Dia merasakan dosa-dosa kecil itu remeh.

Dosa kecil dianggap seperti biasa. Apabila dosa kecil mahupun besar dipandang enteng , itu tanda hati sakit. Kerna iman takkan berkompromi dengan dosa.

3)      Dia tak merasa nak buat kebaikan

Bila tiada hasrat melakukan kebaikan, mana mungkin cahaya Tuhan mahu bertandang.

4)      Dia tak merasa bersalah bila berbuat dosa.

“Seorang mukmin memandang dosanya bagaikan gunung yang akan runtuh menimpa dirinya, seorang pendosa menganggap dosa seperti lalat hinggap di hidung diusir tangan “



Simptom hati telah mati

1)    Berani meninggalkan solat fardhu

2)    Tenang tanpa merasa berdosa setelah melakukan dosa besar

3)    Berbangga dengan dosa yang dibuat

4)    Tidak merasa bertuhan.


Moga hati kita tidak dihinggapi symptom ini. Moga di hati ini masih tersisa rasa takut pada Allah.

Hati yang tidak tunduk pada Allah, akan bebas melakukan apa sahaja, kerana terasa tiada yang memerhati dan mencatat.

Imam Tabiin di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan hati. Beliau berkata: "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara: ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan ketika berzikir. Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup."


Kadang-kadang kita merasa kita sudah terlalu baik daripada orang lain.

“ Aku ni dah kira cukup baik dah berbanding dia. Sekurang-kurangnya aku solat walaupun lewat. Subuh gajah pun, aku ganti balik. Dia tak solat langsung “

“Aku ni ok apa. Aku pakai tutup aurat walaupun ketat. Dia tu lagilah pakai skirt “

“ Aku dah cukup soleh kalau berbanding dia. Aku baca Quran sebulan sekali . Dia pandai baca pun tidak “


Kita layak digelar baik kerana kita yang buat kebaikan.Bukan kerana insan lain buat kesilapan.Selesa bergelar baik kerna dia buat silap, dan kita masih statik.

Mengapa kita ingin melihat pada yang tidak elok, harusnya kita harus mencontohi yang cantik dan baik. Jikalau kita masih berfikiran begitu, sehingga akhir masa pun , tiada perubahan dalm hidup kita. Sentiasa melihat yang lebih buruk daripada kita.


Tidakkah berusaha menjadi lebih baik dan dekat pada Tuhan, itu lebih baik untuk dilakukan. Kalau kita telusuri kisah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dahulu, mereka berlumba untuk menjadi insan yang paling bertaqwa, yang paling soleh.


Kita boleh lihat dalam kisah sirah sahabat  nabi Saidina Umar Al Faruq dan Saidina Abu Bakar As Siddiq.

Dari Umar radhiallahu ‘anhu berkata,
“Pada suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan kepada kita untuk bersedekah, dan hal itu sangat bertepatan sekali dengan adanya hartaku, lalu saya bergumam, ‘Hari ini saya pasti melampaui Abu Bakar radhiallahu ‘anhu apabila saya mendahuluinya suatu saat nanti,’ lalu saya menginfakkan setengah dari hartaku, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Tidakkah ada yang engkau sisakan buat keluargamu?’ Saya menjawab, ‘Saya telah menyisakan buat mereka semisal harta itu (setengah lagi)’ kemudian Abu Bakar menginfakkan seluruh hartanya, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Wahai Abu Bakar, tidakkah ada yang engkau sisakan buat keluargamu?’ Dia menjawab, ‘Saya telah menyisakan Allah dan RasulNya buat mereka,’ saya berkata, ‘Demi Allah, saya tidak akan mampu melampauinya untuk mencapai keutamaan, selamanya’.” ( Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan at-Tirmidzi, dan berkata hadits hasan shahih, dan ad-Darimi, al-Hakim dan al-Baihaqi, semua riwayat itu dari Umar radhiallahu ‘anhu)

Lihat bagaimana Umar berlumba-lumba untuk menginfakkan hartanya supaya lebih daripada Abu Bakar. Keinginan dia untuk melakukan amal yang terbaik. Tapi, tidak dia menyangka hebat lagi pengorbanan Abu Bakar yang menyerahkan segalanya kepada perjuangan. Hanya Allah dan Rasul yang dia tinggalkan untuk keluarganya.


Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) –

Allah mengkhabarkan Allah ingin melihat siapa yang paling baik amalnya, bukan yang paling buruk amalnya.

Jadi ayuh, kita berlumba menjadi lebih baik.
Dalam masa yang sama, kenali dan baiki hati.

Renungi hati masing-masing.

Mungkin ini masanya hati kita kembali bersih bak salju. Tiada noda yang menjadi karat, menghalang jiwa rapat dengan Tuhan.

Biarlah kita jalani hidup dengan hati yang sentiasa sarat dengan cintaNYA.




"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang  selamat sejahtera ; (Asy-Syu'araa [26] : 88 - 89)


Bila hari Pengadilan tiba, tiada guna harta,keluarga yang kita bina tika kita di dunia. Yang menjadi neraca nilaian Allah hanyalah hati. Biar kita pulang dengan hati yang sejahtera padaNya.

Usah diabai suara hati yang ingin berubah, didiklah ego, biar kuat melawan bisikan syaitan. Ya, untuk membersih hati, cukup payah. Tetapi pahit ini akan bertukar manis bila saat nyawa terputus dari jasad.

Taman syurga menunggu. Bidadari syurga menanti.
Tidakkah nikmat syurga menarik jiwa?

Yang berjuang kerana Allah, tiada sia-sia yang datang. Semuanya ganjaran.





Kenali dan baiki hati.

Selamat Berjaya!

HAURI ISLAM
IRBID, JORDAN