Monday, November 9, 2015

Kaya itu cukup

Jika kamu kecewa melihat insan lain punya kereta lagi besar daripada kamu ,cuba kamu lihat mereka yang hanya punya motor buruk , meredah panas ,ribut mahupun hujan ,tanpa teduhan.


Jika kamu kecewa kehilangan salah satu kasut kesayangan kamu, cuba kamu lihat insan yang hanya pakai selipar jepun lusuh, dipakai bertahun tanpa merungut.


Jika kamu letih bekerja, cuba kamu lihat berapa ramai yang masih menganggur, mencari kerja, berulang kali kecewa kerana gagal temuduga.


Jika kamu merungut tentang lauk pauk yang tidak cukup rasa masin ,manis, cuba kamu lihat insan yang meminta sedekah , atau yang berada di tong sampah, mencari botol atau tin untuk dijual. Usahkan ingin merungut tentang lauk pauk, sesuap nasi belum tentu menjadi santapan diri.


Ku tidak menghalang kamu daripada kecewa atau memarahimu jika berperasaan sebegitu.
Itulah adalah norma jiwa.
Perasaan yang barangkali harian.
Tetapi bersederhanalah.
Bersyukurlah dengan hidupmu.

Kaya itu bukan banyak
Miskin itu bukan sedikit.

Kaya itu merasa cukup. :)


-wannursyakira-

Thursday, November 5, 2015

KASIH , QASEH


Sang pencari menerima kasih
Takkan serupa rasanya dengan sudah lama menemui kasih
Rasanya seperti
Pabila gersang berbunga
Pabila rindu tandus mencium akar tumbuhan
Pabila kemarau memeluk hujan

Rasanya indah didamping
Sukma yang sekian lama merintih
Hilang air mata
Nikmatnya berpaut kasih
Selamat, tiada gentar bertakhta





-wannursyakira-

MEMORY THAT NEVER FADE

Mengenang memori.

Kadang-kadang bila bersendiri, sesekali teringat kenangan lalu. Bila tengok sesuatu, terus teringat kenangan yang tercipta bersama wujudnya sesuatu itu.

Saat ini, terkenang kenangan di Jordan bila mendengar lagu yang selalu didengari sewaktu di sana. Di sana , mahu ke mana-mana , aku lebih senang untuk berjalan. Malas nak naik teksi. Aku akan naik teksi bila ada mood untuk bergaduh dengan pemandu teksi, kerna akhir perjalanan, pasti minta lebih. Malas nak sakit hati. Bila ter”sakit” hati dengan Arab, lama juga proses healing tu.  Lagipun , memang aku suka berjalan sambil tengok suasana, perhati kehidupan orang. Jadi, selalunya ketika berjalan , selalu saja ku sumbat earphone di telinga mendengar lagu , instrumental. Bila berjalan , perhati kehidupan orang sekeliling, kononnya jadi muzik latarlah. Dan sebenarnya nak hilangkan ke”awkwardan” bila berjalan seorang diri. Banyak kali juga berjalan seorang sendiri, mahu ke kedai, mahu ke rumah syeikhah, mahu ke rumah kawan. Jadi, nak hilang sepi berjalan seorang jugalah sebenarnya.

Saat ini, tersenyum seorang diri bila terdengar lagu yang didengari dulu. Terbayang suasana di Jordan. Tersengih seorang diri. Dalam perjalanan,  yang setiap hari sama saja laluannya, melihat insan yang sama, kedai yang sama, tapi setiap hari ada watak dan cerita yang berbeza. Setiap kali , melalui syari’ jamiah ( jalan Universiti ) , melihat cerita sama cuma watak berbeza, kanak-kanak perempuan atau lelaki yang sering meminta sedekah dengan pejalan kaki dan ada juga yang menjual gula-gula getah. Sesekali aku menjadi pembeli. 

Perasaan kasihan hanya Tuhan yang tahu. Tapi tidaklah selalu aku membeli, nanti makin meminta-minta. Berpada-pada dalam memberi. Setiap kali, akhir perjalanan, sekiranya aku tidak membeli atau memberi, aku selalu bertanya pada diri sendiri adakah aku insan yang kejam, tak mengendahkan permintaan dan usaha kana-kanak itu. Kemampuan aku juga terbatas. Wang juga cukup-cukup makan. Doa aku hulurkan dek ketidakmapuanku untuk memberi. Bayangkan umur sebegini , 4 , 5 tahun, sepatutnya waktu pagi, berada di bangku sekolah, belajar dan bermain bersama rakan sekelas, mereka meredah dunia yang mencabar dengan mencari makan sendiri.


4 tahun aku di sana, 4 tahun menyaksikan kisah yang sama, 4 tahun menghadapi rayuan dan permintaan yang sama, 4 tahun berdoa perkara yang sama , moga mereka terkeluar dari kesempitan hidup dan dilimpah bahagia.

Pastinya tiap kali mengenang kenangan, kerinduan akan jadi teman.

Salam kerinduan buat Jordan dan seisinya.



First year trip.


-wannursyakira-

Sunday, October 25, 2015

BEING UNKNOWN



When everybody around you try and compete to get everybody know them.
By posting their cute, gorgeous , beautiful pictures on social media.Chasing follower and liker.

Namun tak adil untuk menghukum semua dengan hukum yang sama.Tak semua begitu. Mungkin mereka ada sebab tersendiri. Sebab yang harus dan halal untuk mereka dedahkan wajah mereka di media sosial. 

Apa yang saya ingin sampaikan,
Dalam keadaan semua orang mengejar perhatian mungkin di atas pelbagai sebab.

Being unknown is special.
Being mysterious is rare.
Especially for girls. Now,showing your beauty and your true self in social media is trend , to show that you are not fake.

Kata-kata seperti " kau ni hipokritlah, its okay untuk tunjuk diri kita yang sebenar kadang-kadang, bukan selalu, kau ni cantiklah, kalau post gambar kat instag, mesti berduyun follow kau,." diungkap oleh orang sekeliling kita. 

Tak kurang juga yang rasa insecure bila tengok sahabat-sahabat ramai follower, liker, friend di laman facebook atau instag. " Aku ni tak cantik ke, rasanya dah cantik, gambar dah filter cantik-cantik, brightness pun dah setting elok-elok,"

Tambah lagi satu sebab untuk rasa tertekan. 

Bila tengok kawan-kawan beli baju baru, handbag baru, shawl baru, kasut baru, dan post di instagram , ratusan liker. Cemburu, nak juga ada seperti itu. Sanggup berhabis duit untuk beli yang baru. Rasa insecure kerana dia lagi cantik pada pandangan kita dan orang lain.

Come on girls.
First, being unknown is not fake, it just you choose who can see your beauty , coz girl's beauty is just for someone have right to see it. 

Second, sederhana dan merasa cukup itu adalah punca ketenangan. Kenapa nak kejar pandangan dan nilaian manusia ? Letih dan perit rasanya, bila hidup atas persepsi orang. Hati manusia berubah, hari ini mereka suka yang ini, esok suka yang lain.

So girls , its okay for being unknown in human's eyes, just make sure Allah know you.
And its okay  for having an ordinary clothes, non branded things, as long you are happy with it, cover you aurat without tabaarruj and Allah like it.



-wannursyakira-



Sunday, October 11, 2015

CULTURE SHOCK DI MALAYSIA



Friday, June 5, 2015

MALAM SIANG

Malam pergi,
Siang gantinya, 
begitu lah norma dunia,
 kekal aturannya,
cuma kita manusia ,
pabila dipejam mata,
Mungkinkah bisa dibuka semula?


-wannursyakira-

AIR MATA BUKAN JENAYAH

Air mata bukan jenayah,
Bukan juga tanda lemah,
Itu nikmat tuhan,
Mengapa ditahan?
Tangisan itu rahmat,
Penawar hati serta jiwa yang tersiat


-wannursyakira-