Friday, May 10, 2013

Aku dan Akaun

Kisah diriku dan akaun.

Kali pertama bertemu, tanpa diduga, 

Dan harus bersahabat pula.

Harapnya sentiasa mesra.

Moga Allah redha.

#tugas baru, bendahari,induksi kepimpinan mppmj#

#status fbku hari ini.




Contoh akaun... pinjam dari google image.. tapi akaun yang sebenarnya lagi rumit daripada yang ini..


First time, menyandang bendahari persatuan. Ku tahu pasti akan ketemu benda yang baru. Dan sebenarnya, diriku dan nombor bukanlah sahabat yang baik dari sekolah menengah. Matematik moden bisa ku hadam lagi, namun add math membuatku pitam. Aduhai! Temanku yang duduk di sebelah mejaku  ketika Tingkatan 5 sangat hebat dalam matematik. Berilah dia nombor, pasti dia terlompat teruja. Hehehe. Ok itu sangat hiperbola . Ku sering terfikir macam mana dia bisa 'bermain' dengan nombor. Dan akhirnya dia mendapat A+ dan aku B+. Alhamdulillah.

Dan ku pernah berazam tidak akan ku dekati nombor lagi, yakni kaedah math yang memeningkan. Tapi tidaklah ku ini "failed' sangat dalam math. Ku masih bisa mengira dong. Dan sebenarnya aku juga tidak berminat dengan perniagaan. Serius! Tak pernah terlintas masa kecik-kecik dulu nak jadi ahli perniagaan yang berjaya. Instead berangan nak jadi businesswoman, I hope i could be florist. Haha. Ummiku ketawa terbahak-bahak melihatkan catatan cita-citaku pada buku notaku ketika di sekolah rendah. Angan typical kanak-kanak perempuan yang hanya melihat sesuatu dengan pandangan naif. Kerna tertonton cerita Cina petang-petang di TV3 , heroinnya menjual bunga, jadi ku juga turut berangan nak jadi penjual bunga. Ya Allah, kelakar sungguh bila ingat balik. Kembali tentang perniagaan, sebagai bendahari, ku harus memantau biro ekonomi di bawah persatuan. Dah namanya biro ekonomi, berniagalah tugasnya. Ku temu pula perniagaan yang ingin ku hindari.

Hmmmmm, Ku belajar suatu perkara. Manusia itu bisa merancang kitab takdirnya, namun tulisan takdir oleh Allah itu membatasi rancangan kita. Bayangkan, betapaku tak suka akan nombor dan perniagaan, namun akhirnya kedua benda ini yang akan mendampingiku sepanjang satu sesi. Ajaib bukan takdir Allah ?

Dan aku pasti takdir ini akan mengukir ribuan pengalaman dan pengetahuan baru buatku. Jalani, nikmati pengalaman yang akan mendatang dalam lukisan kehidupan. Setelah ku kenali akaun, terdetik di hati ini, seronok juga bermain dengan akaun ini. Ajaib bukan takdir Allah, yang mencampakkan rasa suka pada benda yang dahulunya kita tak berapa suka ?

Liabiliti semasa, aset tetap, ekuiti pemilik, yuran terakru, kunci kira-kira, stok akhir, jualan bersih, istilah-istilah baru yang mengunjungi hidupku sekarang.



Dan juga, akaun mengajarku erti AMANAH! Jangan memandang enteng duit yang berada di tangan kita, lebih-lebih lagi ia bukan milik kita. Ya Allah, ku sebenarnya rasa takut yang amat sangat bila ianya tentang DUIT. Setiap aliran masuk dan keluar ( KREDIT dan DEBIT ) harus dicatat cermat agar tak terlepas sedikit pun. Tak bisa ku bayangkan yang bekerja sebagai akauntan, harus amanah tahap maksima. Moga Allah lindungiku daripada sikap khianat dan lalai.Amin.


Pray for me!

Nak jadi seorang yang amanah bukan senang.. 

bebelanjiwa: Membebel pada minggu exam. Masa musim exam, gatal nak update blog. 


Hauri Islam
Irbid, Jordan

ILMU INI

Memegang gelaran penuntut ilmu,
Tak mengenal lelah serta rehat,
Kadangkala air mata menjadi peneman,
Tika jalan ini kelihatan sukar,
Kadangkala terukir senyuman,
Pabila akhirnya memahami ilmu yang dicurahkan,
Kadangkala terbit perasaan dengki,
Melihat langkah sahabat seperjuangan seakan lancar tanpa duri,
Kadangkala mahu berhenti,
Pabila ada sahaja cabaran melingkari,

Namun, rasa cinta akan ilmu yang menyegarkan nafas musafir ilmu ini,
Moga cinta ini selama-lamanya mengiringi langkahku ,
Kerna jika cinta itu pergi, ilmu ini tiada nikmatnya lagi,
Hanya akan masuk ke telinga kanan dan keluar telinga kiri. 

Ya Allah, permudahkan langkah aku dan sahabat-sahabatku. Ku bimbang kami hanya menjadi pelakon dalam mencari ilmu , jadikan kami penuntut ilmu yang menghayati sepenuh hati.

*coretan ketika study week. mesti semua tengah stress trmsuklah diri sendiri. Allah musta'an.




bebelanjiwa: berdebar exam!

Hauri Islam
Irbid, Jordan