Tuesday, December 4, 2012

Healing

ASSALAM.

Today, I want to share one of my most favourite song, HEALING by SAMI YUSUF. 

What a beautiful and motivational lyric! When ever i heard this song, it's make me realize that this world will become more beautiful if we can healing each other!



It's so hard to explain
What I'm feeling
But I guess it's ok
Cause I'll keep believing


There's something deep inside
Something that's calling
It's calling you and I
It's taking us up high to


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing


Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It's Nature's order
There is a hidden force
Pulling us closer


It's pulling you and I
It's pulling us up high


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing


Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all heart
An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
Seek only to give and you'll receive
So, heal and you will be healed



قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً




























































A smile can change a life!! 





The song official mv





Please watch it! it's really meaningful..

* Maafkanku jika ada broken English, kalau salah tlong betulkan. Dulu lpas spm,dapat tawaran blajar TESEL kat maktab , tolak . Nak juga datang Jordan. huhu.

Hauri Islam
Irbid, Jordan










Monday, December 3, 2012

Egokah aku?

Assalam.

Hari ini, ilham kembali tercurah ketika berada di dalam kelas. haha. Bila ilham muncul di kepala terus saya tulis kat buku nota saya bagi memastikan ia tidak hilang dibawa angin. Tapi saya tulis isi penting jelah , bukan satu artikel.

Sebenarnya isu ini yang lama saya ingin abadikan dalam bentuk perkongsian dalam blog.

Iaitu berkenaan dengan  EGO! EGO! EGO!

 Berapa ramai yang mampu mengaku dia seorang yang ego?


Ego itu sebenarnya PARASIT dalam hidup kita dan juga dalam dakwah.

Renungkan sejenak, bagaimanakah bicara sang egois mahu menyentuh jiwa andai bicara orang lain tak mampu menggapai hatinya?

Hatinya terlalu bertakhta sehingga sayap bicara patah sebelum tiba ke takhta hati sang egois.



Terlalu ramai yang mampu memberi tetapi tak ramai yang mampu menerima. Ini hakikat yang kadangkala pendakwah terlupa dan kadangkala melakukannya tanpa sedar.

Ego jika tak direndahkan mampu membawa kita ke tempat yang tinggi sehingga kita sukar untuk mencemar duli turun dari tempat itu.

Ego jika tidak dirawat segera mampu membawa penyakit tinggi diri yang parah sehingga sukar untuk mencari ubatnya. Jika bertemu ubatnya sekalipun , mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Mana mungkin hati yang sudah sebati mengarah insan kini bertukar mengikut insan yang lain.
Susah untuk seseorang yang selalu menegur kesalahan orang untuk menerima teguran orang lain.

Secara logik mudahnya,


SITUASI 1
Bagaimana seseorang yang sudah biasa dipuji masakannya, terpaksa menerima teguran terhadap masakannya. ( biasanya berlaku kat pelajar yang belajar di luar negara, bila housemate masak ^^ )

" Eh, awak masak sedaplah "

Tiba -tiba, datang seseorang kata, " Eh, awak. Masakan ni kurang garam sikit. Biasanya saya letak air asam jawa sikit untuk kasi gempak skit rasa dia ,"


SITUASI 2
Insan yang sangat masyi ( pandai ) dalam bacaaan Quran dan dah hafal semua hukum hakam, sebut je hukum , semua bleh jawab.

"Awak , awak baca salah tu. Sepatutnya baca dengan 4 harakat . Awak baca dengan 2 harakat je tadi ,"

Agak-agaknya apa reaksi mereka yer?.....

Nak kesan ego, tengok bila ketika mana orang yang sama umur dan orang yang lebih muda dari kita menegur kita.Kita terima ke, kita melenting ?

Kerana ego lah, IBLIS tidak mahu sujud pada Nabi Adam alaihissalam. Merasakan dia lebih hebat kerana diciptakan daripada api sedangkan Adam diciptakan daripada tanah.

Surah Taahaa. Ayat 116.
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud, melainkan Iblis, dia enggan sujud.




Jadi sedarlah kita EGO itu membahayakan. Ego bukanlah harus dihapuskan sama sekali, tapi harus dikawal agar tak meninggi diri.. 

Tanyalah pada diri sendiri, EGOKAH AKU?

* Bukan semua mampu mengakui dia seorang yang ego sebab :

1) Memang dia tak ego pun

2) Sebabnya dia EGO tak nak mengaku..

Renung-renungkan dan selamat mentarbiah ego! USAHA yang sangat memerlukan mujahadah yang sangat besar ! Pasti hati terasa sakit..




Nampak tak?  Mungkin ini rasanya nanti  , TAPI PERCAYALAH ALLAH ada untuk membantu kita ...

Chayo!!! 


Hauri Islam
Irbid, Jordan



Sunday, December 2, 2012

Andai nyawa terhenti saat ini

Assalam.

Sedar atau tidak, kita dah tiba ke bulan terakhir untuk tahun 2012.
Sedar atau tidak , sudah hampir setahun lebih diri ini berada di Jordan.
Terasa pantas masa berlalu. Pejam celik, dah jadi senior pon sekarang.

Dan semester ni sangat memenatkan. Setiap hari, jadual daripada pagi hingga petang. Semester depan, akan CUBA TAKKAN ambil kelas sehingga ke petang. Memang mujahadah sangat kuat bila kelas petang ni.Apa taknya, asyik mengangguk dalam kelas.
Kelihatannya seperti pelajar cemerlang tapi sebenarnya TIDUR.Waduh! ( sila baca dengan loghat Indonesia ^^ )

Nak kongsi satu rangkap puisi yang tetiba tercurah dalam lecture pagi tadi. Masa lecture jugalah, idea nak mencurah. :D

Hiduplah di atas dunia sekadarnya sahaja
Sederhana. Rendah jiwa.
Dunia bukan segalanya
Sementara. Fana . Tak sempurna .
Akhirat sedang menanti sang hamba
Pada hatinya tersemat akhirat
Pada tangannya digenggam dunia.

Hmmm, tetiba lepas karang puisi ni,  masa Doktor menerangkan pasal subjek, tetiba saya  terfikir apa nilai dunia pada diri saya? ( macam pelik masa lecture jugaklah, soalan ini timbul )

Kalau tiba-tiba, Allah ambil nyawa saya sekarang? 
Kat dalam kelas ni, sekarang. Apakah saya bersedia?
Cukupkah amalan saya? 
Dosa saya yang berlambak tu akan diampunkan kah?
Hari yang memenatkan yang saya lalui ini berbaloikah ?
Adakah semua diniatkan kerana Allah?
Terbayang suasana liang lahad yang gelap. Saya seorang. 
Umi dan abah, tempat saya selalu mengadu xde. 
Kawan-kawan yang bergelak ketawa dengan saya xde.

Persoalan -persoalan ini tiba-tiba menyerang minda dalam masa yang sama. Membuatkan saya berdebar sehinggakan bibir saya menuturkan istighfar.Sekiranya Allah ambil nyawa saya sekarang, sekurang-kurangnya saya tengah beristighfar. Sampai begitu sekali debaran saya.

Yelah ajal itu memang tak dapat dijangka. Siapa yang berani jamin esok , kita masih bernafas? 

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfa`atan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan (nya). 

Surah Yunus, ayat 49.


Kita selalu merancang masa depan kita. Nanti lepas grad, nak kerja. Bila ada kerja yang bagus, nak kahwin. Majlis kahwin biarlah yang cantik2. Lepas tu, nak bina rumah sendiri, then ada anak. Blablabla... 

Pernah tak kita merancang andai kita diambil nyawa minggu depan atau esok hari ? Apa amalan yang telah kita lakukan? Solat aku lengkap, Quran hari2 kita baca walaupun satu ayat, takkan cuba sakitkan hati orang, nak balas jasa ibu ayah.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. ~ Surah Ali Imran, ayat 185


Bukan mudah untk mengingati mati dalam hari-hari kita, bukan semua sanggup untuk membayang andai dia mati hari ini, selalu cuba lari daripada hakikat yang suatu hari, nafas pasti terhenti. Malas nak menyerabutkan kepala dengan mengingati saat yang menakutkan itu. 

Tetapi hakikatnya, Sesungguhnya mati itu pasti. Hidup insyaAllah.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. 

Surah Al Anbiyaa, ayat 35


Ramai yang merancang bagaimana untuk selesa dalam kehidupannya di dunia yang sementara, 
TAPI
ramai yang LUPA merancang bagaimana untuk selesa dalam kehidupannya di akhirat yang kekal selamanya.

Ramai yang mampu mencintai kehidupan
TAPI 
Tak ramai yang mampu mencintai kematian



Ya Allah, andai nafas ini terhenti, moga ianya terhenti saat hati ini penuh rasa cinta padaMU.
Andai esok bukan milikku lagi, moga syurga menantiku sebagai tamu,
Andai nadi ini tidak kurasai lagi, moga tenang sebagai ganti tika bertemuMU nanti,
Andai degupan jantung ini mati, moga dosa-dosaku yang menggunung turut beredar pergi.
Ingin ku menemuiMU ya Allah, sebagai hamba yang sarat merinduiMU..
AMIN..




Hauri Islam
Irbid, Jordan











Monday, November 12, 2012

Kerja banyak, masa tak cukup!

Assalam. Keif kum ? Apa khabar semua ? How are you? Moga sihat iman dan hati.

Hari ini, nak kongsi pasal masa. MASA! hmmm, ramai yang hadapi masalah dengan masa.Kerja banyak, masa tak cukup. Masa banyak tapi tak tahu mana nak aturkan. Masa wajib diisi dengan perkara berfaedah.




Sekarang ni, saya nak kongsikan tentang KERJA BANYAK, MASA TAK CUKUP. Saya pun menghadapi masalah yang sama.Kerja yang datang pada waktu yang sama menyebabkan kita pening nak uruskan yang mana dahulu. Silap-silap , boleh migrain kalau tak pandai uruskan masalah ni ( untuk sesiapa yang ada migrain lah ).

Hidup sebagai pelajar yang sibuk dengan study, program-program persatuan, kerja-kerja  persatuan. Sangat penting untuk BIJAK menguruskan kerja yang banyak dengan masa yang tak cukup ini.

So, kita kena ada strategi yang berkesan ! Antaranya tipsnya ialah...

1) Bukan semua menangguh kerja itu tidak baik tetapi awak semua kena bijak mengenal pasti beberapa tugasan yang penting dan perlu diberi keutamaan.

2) Ada ketikanya , tidak tahu hendak memulakan sesuatu kerja.Pemikiran bercelaru. Ketika inilah kita perlu bertanya pada diri sendiri. " APAKAH PERKARA YANG PALING PENTING PATUT DILAKUKAN SEKARANG ??

3) Ada orang yang cenderung untuk melaksanakan semua tugasan dan kerja yang ada. Memang benar sekiranya kerja siap , pastinya merasa lega. Tapi , perlu diingat bahawa jika beban kerja melebihi kemampuan, hasilnya tidak berkesan. Mesti kita takkan berpuas hati dengan hasil kerja yang tak berkualiti.

Hasil kerja yang baik datangnya daripada usaha YANG TELITI dan FOKUS.

4) Sepanjang hari, kita tidak akan bertenaga sepenuhnya. Adakalanya akan berasa letih selepas seharian di universiti atau sekolah.Apabila kita bertenaga, banyak aktiviti yang boleh dijalankan. Bagi memastikan tenaga kita dioptimumkan.

Pastikan tugasan penting dilaksanakan ketika anda berada dalam keadaan benar-benar bertenaga dan bersemangat.Jika keadaan sudah menjadi lemah, lakukan perkara mudah seperti membaca bahan ringan atau melakukan riadah.

5) Banyakkanlah berkomunikasi untuk 'adjust' dan mengubah masa jika perlu.Komunikasi adalah faktor yang amat penting dalam pengurusan masa. Komunikasi juga memberi implikasi yang amat besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik.


Tulah antara tipsnya, dulu mula2 saya dapat tips, terasa disuluh cahaya ke arah jalan yang betul. Cewah! Yelah sangat pening nak menguruskan kerja yang banyak yang datang pada waktu yang sama.

TETAPI kena ingat, meskipun berjuta tips pun kita tahu, tapi kita tak buat dan cuba aturkan. Takkan menjadilah jawabnya.

Muslim itu sibuk dan muslim itu harus tahu bagaimana mengatur urusannya. Dua muwasafat tarbiyah yang berkaitan dengan isu yang kita bincang ni adalah TERSUSUN URUSAN dan SANGAT MENJAGA WAKTU.


Jadi, insyaAllah, moga-moga tips-tips mampu mnjadikan kita muslim yang tersusun urusannya. Yeah! So , apa lagi ? Kerja banyak kan? Pergi buat kerja tu... !  Hehehe..

Moga dapat manfaat dari warkah cinta ni yer.. 

p/s : Nak tulis blog pun, bagai nak rak cari masa. Alhamdulillah, hari ni berjaya memeriahkan krik krik yang selama ini bermaharajalela di blogku ini.. 

Hauri Islam
Irbid, Jordan

Friday, October 5, 2012

Bicara semanis coklat


Assalam.. Setelah lama krik2, hari ni ,nak juga kongsi sesuatu. Biarpun simple, insyaAllah,moga bermanfaat buat hati-hati yang membaca.




Adakala insan mengatur kata tanpa memikirkan implikasinya,


pabila terzahir kekacauan emosi akibat bicaranya,

Insan mula menyalahkan tanpa merenung pantulan itu datang dari dirinya,

Aduhai insan... 



Renungilah pantulan itu sedalam-dalamnya..


Bersama menjaga keharmonian bicara. Pasti comel hari yang direntasi bersama. :)


Mulakannya hari ni dengan namaNya..


Moga hari ni secomel dan semanis coklat ini!



Hauri Islam
Irbid, Jordan

Friday, August 10, 2012

Mistakes in friendship


Sahabat ... 
Berada di perantauan, jauh daripada keluarga, sahabatlah adalah segalanya. 
Tempat mencurah cinta, berbagi duka , merai gembira , menyembuh gagal bersama.
 Merekalah sahabat , merekalah keluarga.

Terpisah jauh dari keluarga, mengajarku erti sahabat sebenarnya. 
Kadangkala perselisihan faham menghiasi cerita, berbeza pendapat dan kelakuan menjentik sabar dalam menghadapinya. 
Terkadang kita lupa menjaga bicara, mengguris jiwa, mencetus rasa kurang selesa.

Kita juga sering mencari nahas semasa bersama sahabat dengan membuat perbandingan:


1. 'siapa yang berkorban lebih banyak untuk siapa'



2. mengungkit perkara yang lepas-lepas kerana marah, tersinggung perkara masa ini...



3. menuduh membuat komen kerana mainan minda dan sangka buruk diri sendiri 

tanpa 
usul periksa




4. lupa pada waktu gembira bersama bila berdepan dgn perbezaan pendapat... 




5. memperbesarkan kesilapan sahabat




6. memperkecilkan usaha sahabat




7. ego merasakan diri betul dan kawan sentiasa silap




8. terlalu fokus dengan perbezaan pendapat daripada persamaan pendapat




9. jika ada perbedaan umur, yang tua selalu merasakan dirinya lebih besar daripada

 yang muda




10. cara bercakap, menaip kata-kata di alam maya yang dibaca dengan emosi 

berlainan...




Bukan mudah untuk dielakkan, tapi petuanya mudah


 - Sahabat adalah kurniaan Allah, hargainya
 selagi dia ada. 








Bila berasa marah, bayangkan besok hari terakhir, dan 
tanya diri adakah berbaloi 

perkara yang kita 
marahkan pada dia yg bergelar sahabat? Kadangkala kita perlu mengalah

sekali sekala untuk meredakan gelojak masalah yang melanda .  








Sahabat mengajar kita erti kehidupan, bahawa hidup ini bukan sendirian, tapi hidup perlu 

pada bahu untuk dijadikan sandaran....Ketika menyandar, biarlah semuanya menyelesakan...


Jadilah sahabat yang mengurniakan haruman agama , bukanlah menjadi sahabat yang 

mendekatkan sahabatnya pada api yang membara!



Hadis a
l-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: 

"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk." 

SAHABAT ADALAH CINTA..:D


p/s : to all my friends, luv u coz Allah! 


Wednesday, August 1, 2012

Awak, kenapa saya tak TENANG???

Alhamdulillah.. 14 Ramadhan masih menjadi milik kita , kalau Malaysia 13 Ramadhan.. (Jordan puasa awal sehari daripada Malaysia, matematik saya A masa SPM..:))

Lafaz tahmid pastinya harus menjadi alunan bibir ini, bukan ? Terlalu banyak kurniaan yang telah dihadiahkan kepada kita. Sehingga kadangkala kita terlupa betapa bernilainya hadiah itu, dan bila ia menghilang pergi, barulah kita mengerti betapa kita memerlukan ia.

Mungkin ada di antara kita yang pernah merasai hadiah KETENANGAN , dan pernah merasai kehilangannya.
Kadangkala, dada terasa sesak, tak senang duduk, minda terasa mampat, emosi menjadi hangat, mengundang hiba.Tangan berkali-kali menepuk dada seolah-olah bertanya mengapa diri kita merasa begitu. 
Mengapa kita tidak TENANG ? Seolah-olah terhijab segala rasa. Tika itu, terasa mahu menjerit sepuas-puasnya. ( tapi yelah takkan nak menjerit depan orang kan.. nanti dihantarnya ke balai polis kerana menganggu ketenteraman awam


wHErE iS mY PeAcE tAbLet????


Saya nak tanya, kalau awak tak tenang , awak akan buat apa? ( saya tanya awak yang sedang bacalah ^^ )

Adakah awak akan duduk bersendirian,tutup pintu , tutup tingkap, bertapa , menarik nafas dalam-dalam sambil menyeru dalam hati ," Wahai ketenangan, datanglah kepadaku ?

Adakah awak akan luahkan pada sahabat ," eh, kenapa ah hari ni aku serabut je? Tak tenang . Asyik nak marah je, kalau boleh dengan engkau sekali, aku nak marah," ?

Adakah awak akan dengar lagu yang awak rasa boleh membawa ketenangan , " You are not alone, and i will be with you .. lalala , lagu Michael Jackson?

Setelah apa yang awak buat, adakah awak tenang ????

Jawabnya, YA! atau ERRRRR... ?

Sebenarnya, kita semua lupa yang ketenangan yang hakiki itu datang dari ALLAH.. sedangkan rasa cinta itu datang darinya, apatah lagi ketenangan. Ya, Allah yang mendamparkan ketenangan pada jiwa.
"Alah, cliche btul jawapan tu, memanglah ketenangan tu datang dari Tuhan.Semua orang tahu,"
Tapi pernah tak kita cuba betul-betul meminta dariNYA ketenangan itu?


Mintalah padaNYA, 
Beramallah keranaNYA, 
Jalanilah hidup keranaNYA, 
Mulakanlah hari dengan namaNYA..
 Pasti tenang itu dirasa! 
Ragu ? Cubalah...
 Biasakan memulakan sesuatu dengan niat dan amal yang baik, insyaAllah, tenang pasti menjelma..

Contohnya, di bulan Ramadhan ini, pastikan kita bersahur, bukan kuantiti makan yang dikira, tapi berkatnya didamba,lanjutkan dengan solat sunat sebelum Subuh, seterusnya solat subuh berjemaah, dan akhirnya membaca Quran. InsyaAllah, puasa yang dijalani terasa ringan dan nikmat.

Namun, jangan permulaannya sahaja yang baik, jangan lupa pertengahan dan pengakhirannya. Iringi semuanya dengan namaNYA.



" Oleh itu, ingatlah kepadaKU, nescaya AKU ingat pula kepadamu "
Surah Al Baqarah, ayat 152

Mungkin ada yang akan cakap, " Senang ah cakap,ingat senang ke ketenangan tu nak datang,"

Apa kata kita cuba sama-sama? InsyaAllah, Allah takkan mengecewakan hambanya yang mengerjakan ma'ruf kerana Dia.

p/s : Saya ajak dengan penuh rasa cinta. Awak semua tak nak ke sambut rasa cinta saya ni?..:) ( cyap warna pink lagi tulisan ni.. tanda bodek melampau,, hehe )


Hauri Islam
Irbid, Jordan











Monday, July 23, 2012

Uniknya 1 Ramadhanku kali ini ! Part 2

Jika sebelum ini, cabaran 1 Ramadhan diceritakan dengan penuh kesungguhan, ingin pula ku ceritakan keindahan 1 Ramadhan di sini.


NIKMAT 1 RAMADHAN

Bermulanya keindahan itu, apabila aku dah sahabatku dikejutkan oleh sahabat Arab untuk bersahur. Riuh betul mereka. Pintu bagai nak pecah diketuknya sambil menjerit " sahur". Dengan malasnya, bangun untuk buka pintu.Pabila pintu dibuka, terlihat wajahnya yang tersengih.Ku turut tersengih melihat sengihannya itu.
"Syukran," kataku.Alhamdulillah, mujur mereka mengejutkan kami. Kalau tak, terbabas lah agaknya.

Selesai bersahur, kami solat berjemaah bersama-sama.Sahabat Arab kami itu yang menjadi imam. Untuk pertama kalinya, kami solat Subuh berimamkan sahabat Arab. Tetapi ada peristiwa yang lucu berlaku. Terlalu bahaya untuk diceritakan. Biarlah menjadi simpanan peribadi. Jujurnya terasa bahagia pabila dapat solat berjemaah bersama sahabat-sahabat. Terasa nikmat ukhwah itu mengalir ke hati, mendinginkan raudhah jiwa. Tangan yang dihulur untuk bersalam setelah selesai solat Subuh memberikan rasa bahawa diri ini tidak sendirian. Ku punya sahabat di sisi.

Setelah itu, seperti yang ku ceritakan pada post sebelum ini, ku menolong sahabatku  berpindah rumah, ke shopping mall dan etc.Pabila tiba waktu sebelum berbuka, sekali lagi terasa nikmat melihat sahabat-sahabat membaca Al Quran. Masing- masing memegang Al Quran. Sebenarnya ku terlupa untuk membawa Al Quran, lantas seorang sahabat menghulurkan senaskhah Al Quran padaku. Katanya dia sudah selesai.
Terima kasih, sahabat..

Pabila tiba waktu berbuka, kami makan nasi minyak beramai-ramai. Plastik dibentangkan, nasi dituangkan,lauk dibubuh, acar diserak-serakkan.. hehe.. bunyinya macam ganas kan..Semua itu diletakkan dengan penuh keayuan.Ketika ku makan, tiba-tiba, saat itu, terdetik di fikiran, 1 Ramadhanku terasa sangat indah kerana dapat berbuka beramai-ramai macam ini. Ramai juga yang dijemput sahabatku itu untuk berbuka bersama. Ramadhan pertama kami sebagai seorang perantau.Aku tersenyum sendiri melihat sahabat-sahabat sebelahku.

Malam itu, aku menunaikan solat terawih di Masjid Universiti. Pelajar Melayu biasa panggil, masjid jamiah.Alhamdulillah, aku datang awal dan mendapat tempat duduk yang selesa. Di bawah kipas . Teringat pula , semasa di sekolah menengah, selesai solat fardhu, pabila nak solat rawatib , semua cari port yang ada kipas then cakap " Kipas is the centre of ibadah".. hehehe.. Kelakar..



                                                         MASJID JAMIAH...

Pabila waktu Isyak makin mendekat, masjid semakin penuh. Serius ramai yang datang. Ingatkan wanita-wanita Arab ni suka solat kat rumah. Tapi rupa-rupanya tak. Habis satu kerabat dibawanya. Dari neneknya sehinggalah cucunya.Kalau kat kampungku, ruang jemaah perempuan taklah sampai penuh. Sebabnya semua bawa diri sendiri.Maksudnya, taklah bawa satu rumah.Anak-anak kecil ditinggalkan kat rumah.

Berbeza dengan Arab pula, anak-anak yang kecil tu dibawa sekali.Comel jer tengok kanak-kanak perempuan berumur 3, 4,5 tahun pakai pakaian solat terkedek-kedek jalan.Respect dengan ibu bapa yang didik mereka dari kecil lagi datang solat terawih.

Istimewanya, solat terawih di masjid ini, imam akan baca satu juzuk semalaman. InsyaAllah, sebulan Ramadhan, al Quran berjaya dikhatamkan. Jujur , solat terawih kali ini tak seletih dan semengantuk yang dirasakan di Malaysia. Serius cakap, bacaan imam, Sheikh Ma'mun ( gambar )sungguh menusuk kalbu.. Walaupun satu rakaat dibacanya satu muka surat al Quran ,namun tak terasa sangat keletihan berdiri dek kemerduan alunan bacaannnya. Terbuai bersama alunan suci itu. Terasa sebentar 11 rakaat yang didirikan.

*Sheikh Ma'mun tersangatlah baik dengan pelajar Malaysia.Selalu dijemput ke majlis yang dianjurkan oleh pelajar Malaysia. 


Kalau di Malaysia, orang tertunggu-tunggu moreh, masyarakat di sini tertunggu-tunggu doa ketika solat witir.Yang paling mengharukan, bacaan qunut ketika solat witir, doa yang dibaca Sheikh Ma'mun
tersangat bisa membuat air mata menitis. Panjang doanya, dalam maksudnya. Yang paling melekat di hati ini, " Ya Allah, muliakan kami dengan Islam dan muliakan Islam dengan kami". Jiwaku tersentap. Memang benar , aku mulia kerna Islam tapi mampukah Islam mulia       kerana aku? Air mata mula membanjiri mata. Pabila didoakan saudara-saudara di Syria, sebak makin terasa. Bagaimanakah mereka di sana? Dengan hidangan apakah mereka berbuka ? Mampukah mereka bersolat dengan selesa dan aman seperti kami ? Serius, doanya tembus ke hati , menetap di kalbu.

Selesai sahaja solat witir, baruku tersedar kanak-kanak yang berumur lingkungan 5 tahun menghabiskan solat terawih daripada awal hingga ke akhir. Dahlah imam baca panjang.Kalau kanak-kanak kat Malaysia, solat 2 atau 4 rakaat, berhenti , lpas tu bermain kat luar masjid. Fuh! Respect awk, my dear.. moga jadi wanita solehah besar nanti ..

                                 
                    adalah dimaklumkan bukanlah ini kanak-kanaknya.. cuma nak bgtau dalam besar inilah kanak-kanak itu.. ( comelkan , jupe dia mase pergi Karak Castle )

Keluar sahaja masjid, syabab Melayu menunggu untuk menemani akhawat pulang ke destinasi masing-masing.Namun ku dan roomate ditarik sahabat Arab, untuk balik bersama ke sakan.Namanya Asmahan. Katanya ," saya akan jadi murakibah kamu". Tanpa sempat memaklumkan apa-apa pada syabab yang sepatutnya mengiring kami, ku ditariknya bersama. Dalam perjalanan pulang, ku berkenalan dengan sahabat Asmahan, namanya Yusra. Dia memakai niqab dan seorang yang sangat peramah. Sepanjang perjalanan pulang ke sakan, ku berbual dengannya.Baru ku tahu dia juga belajar di kuliah Syariah tapi tak pernah berjumpa dengan dia ( yelah macamlah pelajar syariah sikit sangat nak kenal semuanya )

Ku bertanya padanya," Keif lughati ? (bagaimana bahasa arabku) ,"

" Alhamdulillah, jayyidah.Fahimtu kalamik," ( bagus.Saya faham kata-kata awak )

"Keif ramadhan fil urdun? ( bagaimana ramadhan di Jordan ) ," tanyanya lagi.

"Alhamdulillah, kuwayyisah.Uhibbu solat terawih huna ( bagus.Saya suka solat terawih di sini ),"

Setalah itu, dia bertanya padaku adakah aku menghafaz al Quran.Ku katakan padanya tidak tetapi aku sedang berusaha untuk menghafal sedikit demi sedikit dimulakan dengan surah Al Baqarah.

" Awak hafizah ?," tanyaku.

"Alhamdulillah, saya hafizah. Hmmmm, bagaimana jika saya tolong awak hafal ? Saya akan buat jadual untuk awak. InsyaAllah, kalau awak bersunggguh, dua tahun awak akan dapat hafal semuanya .Nanti saya tasmi' awak", cadangnya.

" Sungguh awak mahu tolong saya?," ku seakan tak percaya. Siap nak buat jadual lagi. Rajinnya dia.

"Ya. Kalau awak pulang ke Malaysia sebagai seorang hafizah, pasti ibu bapa awak sangat gembira," dia meyakinkanku. Ku terharu.Dahlah baru kali pertama berbual dengannya , pastu dia ingin menolongku menghafal. Serius terharu.

Moga dengan pertolongannya, aku mampu mencapai impian yang kadang-kadang aku rasa macam tersangat susah untuk dicapai. Hafizah..Doakan yer..




                                      Bukan sekadar disentuh , tapi ingin disimpan dalam hati..

Sungguh 1 Ramadhan kali ini cukup berbeza daripada yang sebelumnya.. Terasa istimewa.. Moga momentum ibadahku dapat ditingkatkan dan dikekalkan pada bulan seterusnya.. Ramadhan masih menerima kita sebagai tetamunya, usah lepaskan jemputan ini sewenang-wenangnya.. Fastabiqul khairat!


      Hauri Islam
Irbid, Jordan


Saturday, July 21, 2012

Uniknya 1 Ramadhanku kali ini ! Part 1


Ramadhan Kareem! Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang pada diri ini untuk menjadi tetamu Ramadhan pada tahun ini. Ramadhan kali ini ramadhan pertama yang ku lalui di negara orang.. Jordan , bumi syam... Alhamdulillah, nikmat yang tertara yang dikurniakan padaku..



CABARAN 1 RAMADHAN

Hari ini, sekali lagi, alhamdulillah, Allah telah berikan kekuatan pada diri ini untuk menjalani ibadah puasa selama 15 jam... Serius cakap bukan mudah untuk puasa selama 15 jam, ditambah dengan musim soifi yang sudah mula menunjukkan belang kepanasannya yang bisa mengeringkan semua air dalam badan ( over plak tapi memang btul, terasa sangat kering). Kena minum air 2 liter pada malamnya supaya dapat menampung air yang hilang dek kepanasan ini.Cahaya matahari yang sangat terik , suhu yang mencecah 45 darjah celcius, tanpa kipas, hidup terasa bagai tiada arah..

Ketika inilah, kesabaran teruji.. Tidak dinafikan terbayang-bayang air sejuk yang dapat menghilangkan dahaga.. dan tika itulah juga, imaginasi itu segera dibunuh dengan mengingatkan diri bahawa sesungguhnya SABAR itu indah. Beginilah rupanya rasa insan-insan yang mungkin tidak mampu untuk makan dan minum dek kesusahan yang dihadapi. Dengan tiba-tibanya, terasa bersyukur dengan nikmat makan dan minum yang selama ini telah dicukupkan untukku.. 

Salah satu tips untuk mudah bersyukur adalah sentiasalah melihat insan yang di bawah anda daripada melihat insan di atas anda. Kita akan rasa bersyukur kerana masih lebih baik berbanding orang yang di bawah kita .( tips selalu digunakn apabila dapat markah rendah dalam exam.. hehe )

Kebetulan juga, ada sahabat-sahabatku berpindah rumah kelmarin dan aku menolong mereka mengangkat barang-barang ke tingkat 4.Fuh! Memang betul-betul teruji. Banyak kali aku berhenti , melepaskan lelah ketika mengangkat barang-barang itu. 

Tika itulah, dalam mencari semangat untuk meneruskan perjuangan itu, ku mula terbayang 

Bagaimanakah Rasulullah dan sahabat-sahabat berperang saat Ramadhan ketika Perang Badar?

 Dan juga ketika pembukaan Mekah? 

Bagaimana Ramadhan Tariq bin Ziyad yang memimpin 12000 tentera Islam tika pembebasan Sepanyol?  Semangat Ramadhan Salahuddin Al Ayubi saat membebaskan Masjidil Aqsa ? 

Bagaimanakah Ramadhan Saifuddin Qutuz ketika Perang Ain Jalut yang turut menyaksikan isterinya ,Jullanar syahid dalam peperangan tersebut ? 

Tak terbanding rasanya dengan setakat mengangkat barang sebegini. 

Ya Allah, kurniakan kekuatan dan kesabaran seperti mereka yang tidak mengendahkan lapar dan dahaga, panas terik cuaca demi berbakti kepada Islam.

Setelah selesai mengangkat barang, aku dan sahabat-sahabatku ke shopping mall.( yelah macam mana nak berbuka kalau beras xde )  Kami ke sana dengan berjalan kaki kerana jaraknya yang tak berbaloi untuk menaiki teksi.( sebenarnya malas nak melayan kerenah pemandu teksi yang suka meminta tambang mahal ).Sekali lagi berjalan kaki di bawah cahaya matahari yang terik. Allah.. Sabar itu indah...

Selesai membeli belah dan ku terus pulang ke sakan, aku dan roomate dijemput untuk berbuka di rumah seorang sahabat satu sekolah menengah dengan kami.Kami ke sana lewat sedikit kerna sebelum itu, aku ke shoppping mall. Oleh kerana sudah lewat dan rumahnya agak jauh, kami menaiki teksi ke sana. Ketika perjalanan, tiba-tiba sahaja, pemandu teksi itu berhenti di tengah-tengah jalan. 

Kami berdua terkejut. Dia segera keluar dari kereta. Rupa-rupanya, dia meleraikan beberapa orang Arab bergaduh.Tidak menyangka pada Bulan Ramadhan begini pun, mereka masih bergaduh. Kami seakan terpause sebentar melihatkan mereka bergaduh.Haruskah kami keluar dari teksi itu? Kami berdua berpandangan.Sahabatku menenangkanku yang tampak berdebar sambil berkata , sekiranya pergaduhan itu berlarutan , kami akan keluar dari teksi itu. Kelihatan semakin ramai yang datang termasuk beberapa orang polis menenangkan pergaduhan yang sebenarnya di antara 2 orang sahaja.

Pergaduhan itu berjaya dileraikan beberapa ketika.Pergaduhan itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Kereta di belakang mula membunyikan hon. Kelihatan pemandu teksi ku kembali ke kereta setelah keadaan sudah reda, namun dia tampak marah dengan kereta yang berada di belakang teksi kami yang terus membunyikan hon.Dia berbalas kata, namun ditenangkan pemandu lain. Dia segera masuk ke dalam teksi dan meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan itu, aku mengingat kembali pergaduhan tadi, mereka bergaduh sehinggakan baju mereka terkoyak.Mujur pergaduhan itu tidak lama, kalau tak, dah lama kami cabut dari teksi itu.( tapi bila fikir balik, mmg patut kami cabut dari awal.. kan

 Wajah pemandu teksi seakan masih panas dengan kata-kata pemandu kereta di belakang sebentar tadi.Lega terasa apabila kami semakin hampir dengan rumah sahabat kami. Namun begitu..Nak dijadikan cerita, kereta di hadapan kami lambat kerana memberi laluan kepada kereta lain.Pemandu teksi kami tampak masih bengang dengan kejadian tadi membunyikan hon dan menjerit sesuatu kepada kereta di hadapan.Hatiku berkata, takkan nak bergaduh lagi kot. 

Telahanku tepat apabila pemandu kereta hadapan keluar dari kereta dan pemandu teksi turut melakukan benda yang sama. " Min ( bukn nama sebenar), mereka nak bergaduh, Jom lah kita keluar! Letak duit, kita cabut," Sahabatku mengangguk. Terpancar kebimbangan di wajahnya.Kelam kabut kami keluar, sehingga terjatuh bag sandang yang dibawa sahabatku.Sahabatku mencampak 1 dinar melalui jendela tempat duduk sebelah pemandu.Kami segera melangkah meninggalkan teksi itu. 

Ku menghela nafas kelegaan, bersyukur yang amat sangat kerana kami tidak terkena apa-apa tempias dari pergaduhan itu." Cukuplah saya seorang belajar kat sini kalau macam ni keadaannya.Saya takkan bagi adik saya datang sini, " kataku pada sahabatku itu sambil berjalan kaki ke rumah yang dituju.

Sungguh aku sangat berdebar. Sahabatku, tidak berhenti menenangkan aku.Tiba di rumah yang dituju, terasa tenang kerana melihatkan sahabat lain sedang membaca Al Quran sementara menunggu waktu berbuka. Hilang seketika rasa berdebar mendengar alunan bacaan mereka..



 Hauri Islam
Irbid, Jordan

Mengemis kasihNya..

Ramadhan Kareem..

Hari ini, terdetik di hati nak kongsikan sebuah lagu yang sangat menjadi favourite saya dari dulu. Seingat saya, kali pertama saya mendengar lagu ini, ketika bermalam di rumah sahabat saya, saya mendengar MP3 miliknya. Kali pertama mendengar terus jatuh cinta dengan melodinya serta liriknya.



Istimewanya lagu ini, adalah pada LIRIKNYA...



Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati
Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi
Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaKu
Ya Allah…

Sangat menggambarkan tentang diri sendiri.Sekiranya dihitung dosa yang membelenggu diri ini, bisa jatuh terduduk,kerna letih mengiranya. Kesilapan demi kesilapan dilakukan. Moga bulan Ramadhan kali ini mampu membersihkan diri ini daripada dosa.

Perbanyakkanlah istighfar dan memohon ampun dariNya di bulan Ramadhan kali ini.. Moga Allah mengampuni segala dosa kita.. Amin...


Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Moga keampunanNYA dan syurgaNYA menjadi milik kita.. Amin..


Hauri Islam
Irbid, Jordan

Tuesday, June 19, 2012

Program Bedah Buku bersama Abdul Latip Talib

Assalam, alhamdulillah, hari Sabtu lepas, diberi peluang untuk menghadiri Program Bedah Buku bersama penulis novel sejarah no 1 di Malaysia , ABDUL LATIP TALIB di Universiti Jordan di mantiqah Amman. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Penuntut Malaysia Amman ( PPMA ) yang pertama kali menganjurkan program buat pelajar-pelajar dari semua mantiqah di Jordan . Tahniah buat sahabat2 PPMA ! Meskipun dengan bilangan ahli yang sikit , mereka mampu mengadakan program sebegini..


Sebenarnya dah lama saya dengar pasal Pak Latip ( beliau sendiri yang membahasakan dirinya dengan panggilan ini ).Semuanya dari bukunya lah. Kat sekolah menengah dulu, kebanyakan sahabat, senior  dan junior memiliki buka Pak Latip ni.Kiranya Pak Latip ni sangatlah popular di sekolah dulu. Lihatlah pada jualan buku-bukunya , best seller kot.Ada tu,apabila tanya siapa penulis kegemaran, jawabnya Pak Latip.Terbayang-bayang kenangan baca buku Pak Latip kat asrama sekolah dulu ( teringat pula dorm lama .. rindunya ).Tak sangka Allah bagi peluang untuk berjumpa dengan beliau sendiri.



Inilah orangnya.. Abdul Latip Talib... 
Mesti korang semua ada baca salah satu buku dia yang best tu kan..


Beliau datang ke Jordan untuk kajian buku beliau yang seterusnya.Sebelum ni, Pak Latip dah pergi Turki, Sepanyol untuk kajiannya. Sekarang ni,giliran Jordan menerima kehadirannya.

Dalam program yang diadakan hanya sehari ini, kami bersama-sama ' MEMBEDAH' dua buku, 



BADIUZZAMAN SAID NURSI PEJUANG DAN PEMIKIR ISLAM TURKI

MUSTAFA KAMAL ATATURK

* teringat dulu first time dengar istilah bedah buku dalam cerita indonesia.. tak berhenti ketawa.. sebab kelakar bunyinya.. rupa-rupanya orang Malaysia pun guna istilah yang sama..


Dalam sesi soal jawab yang diadakan, banyaklah soalan-soalan yang ditanya. Ada yang bertanya tentang pengalaman, tips menjadi sorang penulis..Banyak yang Pak Latip kongsikan bersama kami..

 Sebenarnya Pak Latip bukanlah lepasan universiti, tetapi dia mampu untuk menjadi penulis yang terkenal dan berilmu. Ini membuktikan bahawa semuanya bergantung pada insan itu sendiri sejauh mana azam dan tekad untuk mencapai impiannya. Tanpa segulung ijazah, beliau mampu menjadi seperti hari ini. Buku digemari, diri dikenali, bahkan jasanya dalam memperkenalkan sejarah tokoh -tokoh Islam kepada masyarakat Malaysia  tak dapat dipertikaikan lagi. 

Ada satu kisah yang diceritakan Pak Latip, ada seorang ibu yang menamakan anaknya Khalid Al -Walid setelah membaca bukunya. Saya sejujurnya , buku Pak Latip yang pertama saya baca ialah Hulagu Khan. Barulah saat itu saya mengenali betul-betul siapakah Hulagu Khan...



buku pertama karya Pak Latip yang saya baca...

Saya ingin sangat merasai bagaimanakah puasnya perasaan dapat menyebarkan kisah-kisah tentang Islam pada masyarakat. Menyedarkan insan dari lena setelah membaca tulisan kita. Menggerakkan nadi untuk berubah menjadi seperti tokoh yang digambarkan dalam tulisan kita. Menyuburkan semangat untuk berjuang seperti tokoh-tokoh Islam yang dirakamkan perjuangannya melalui tulisan kita. 

Pasti indah rasanya mampu menyebarkan keagungan Islam melalui figura-figura ini.Lalu menyuburkan cinta kepada dini tercinta ini.. Dakwah adalah cinta..:) Pasti Pak Latip merasakan nikmat perasaan ini, bukan? Moga rasa ini mampu hadir dalam hidup saya.. Amin..

Pak Latip juga banyak kali menekankan tentang NIAT dalam setiap apa yang kita buat. Tak kiralah penulisan atau apa jua bidang pun. Niatlah kerana Allah Yang  Maha Esa, pasti apa yang kita lakukan mendapat redhaNya..


Dan point terakhir, sewaktu saya melihat dirinya berbicara, hati saya berkata .. Pasti bukan mudah berada puncak kejayaan seperti ini, pasti banyak yang dikorbankan, pasti banyak cabaran yang merintangi. Dan perjalanan ini memerlukan ketabahan dan kesungguhan yang teguh supaya tidak terhenti di pertengahan jalan.. Pastinya keikhlasan perlu dihadirkan agar mendatangkan kemanisan berpanjangan... Moga ku mampu menjadi insan yang hebat seperti Pak Latip.. Amin...

Sedikit gambar sepanjang program bedah buku ini...










Hauri Islam
Irbid, Jordan