Monday, July 23, 2012

Uniknya 1 Ramadhanku kali ini ! Part 2

Jika sebelum ini, cabaran 1 Ramadhan diceritakan dengan penuh kesungguhan, ingin pula ku ceritakan keindahan 1 Ramadhan di sini.


NIKMAT 1 RAMADHAN

Bermulanya keindahan itu, apabila aku dah sahabatku dikejutkan oleh sahabat Arab untuk bersahur. Riuh betul mereka. Pintu bagai nak pecah diketuknya sambil menjerit " sahur". Dengan malasnya, bangun untuk buka pintu.Pabila pintu dibuka, terlihat wajahnya yang tersengih.Ku turut tersengih melihat sengihannya itu.
"Syukran," kataku.Alhamdulillah, mujur mereka mengejutkan kami. Kalau tak, terbabas lah agaknya.

Selesai bersahur, kami solat berjemaah bersama-sama.Sahabat Arab kami itu yang menjadi imam. Untuk pertama kalinya, kami solat Subuh berimamkan sahabat Arab. Tetapi ada peristiwa yang lucu berlaku. Terlalu bahaya untuk diceritakan. Biarlah menjadi simpanan peribadi. Jujurnya terasa bahagia pabila dapat solat berjemaah bersama sahabat-sahabat. Terasa nikmat ukhwah itu mengalir ke hati, mendinginkan raudhah jiwa. Tangan yang dihulur untuk bersalam setelah selesai solat Subuh memberikan rasa bahawa diri ini tidak sendirian. Ku punya sahabat di sisi.

Setelah itu, seperti yang ku ceritakan pada post sebelum ini, ku menolong sahabatku  berpindah rumah, ke shopping mall dan etc.Pabila tiba waktu sebelum berbuka, sekali lagi terasa nikmat melihat sahabat-sahabat membaca Al Quran. Masing- masing memegang Al Quran. Sebenarnya ku terlupa untuk membawa Al Quran, lantas seorang sahabat menghulurkan senaskhah Al Quran padaku. Katanya dia sudah selesai.
Terima kasih, sahabat..

Pabila tiba waktu berbuka, kami makan nasi minyak beramai-ramai. Plastik dibentangkan, nasi dituangkan,lauk dibubuh, acar diserak-serakkan.. hehe.. bunyinya macam ganas kan..Semua itu diletakkan dengan penuh keayuan.Ketika ku makan, tiba-tiba, saat itu, terdetik di fikiran, 1 Ramadhanku terasa sangat indah kerana dapat berbuka beramai-ramai macam ini. Ramai juga yang dijemput sahabatku itu untuk berbuka bersama. Ramadhan pertama kami sebagai seorang perantau.Aku tersenyum sendiri melihat sahabat-sahabat sebelahku.

Malam itu, aku menunaikan solat terawih di Masjid Universiti. Pelajar Melayu biasa panggil, masjid jamiah.Alhamdulillah, aku datang awal dan mendapat tempat duduk yang selesa. Di bawah kipas . Teringat pula , semasa di sekolah menengah, selesai solat fardhu, pabila nak solat rawatib , semua cari port yang ada kipas then cakap " Kipas is the centre of ibadah".. hehehe.. Kelakar..



                                                         MASJID JAMIAH...

Pabila waktu Isyak makin mendekat, masjid semakin penuh. Serius ramai yang datang. Ingatkan wanita-wanita Arab ni suka solat kat rumah. Tapi rupa-rupanya tak. Habis satu kerabat dibawanya. Dari neneknya sehinggalah cucunya.Kalau kat kampungku, ruang jemaah perempuan taklah sampai penuh. Sebabnya semua bawa diri sendiri.Maksudnya, taklah bawa satu rumah.Anak-anak kecil ditinggalkan kat rumah.

Berbeza dengan Arab pula, anak-anak yang kecil tu dibawa sekali.Comel jer tengok kanak-kanak perempuan berumur 3, 4,5 tahun pakai pakaian solat terkedek-kedek jalan.Respect dengan ibu bapa yang didik mereka dari kecil lagi datang solat terawih.

Istimewanya, solat terawih di masjid ini, imam akan baca satu juzuk semalaman. InsyaAllah, sebulan Ramadhan, al Quran berjaya dikhatamkan. Jujur , solat terawih kali ini tak seletih dan semengantuk yang dirasakan di Malaysia. Serius cakap, bacaan imam, Sheikh Ma'mun ( gambar )sungguh menusuk kalbu.. Walaupun satu rakaat dibacanya satu muka surat al Quran ,namun tak terasa sangat keletihan berdiri dek kemerduan alunan bacaannnya. Terbuai bersama alunan suci itu. Terasa sebentar 11 rakaat yang didirikan.

*Sheikh Ma'mun tersangatlah baik dengan pelajar Malaysia.Selalu dijemput ke majlis yang dianjurkan oleh pelajar Malaysia. 


Kalau di Malaysia, orang tertunggu-tunggu moreh, masyarakat di sini tertunggu-tunggu doa ketika solat witir.Yang paling mengharukan, bacaan qunut ketika solat witir, doa yang dibaca Sheikh Ma'mun
tersangat bisa membuat air mata menitis. Panjang doanya, dalam maksudnya. Yang paling melekat di hati ini, " Ya Allah, muliakan kami dengan Islam dan muliakan Islam dengan kami". Jiwaku tersentap. Memang benar , aku mulia kerna Islam tapi mampukah Islam mulia       kerana aku? Air mata mula membanjiri mata. Pabila didoakan saudara-saudara di Syria, sebak makin terasa. Bagaimanakah mereka di sana? Dengan hidangan apakah mereka berbuka ? Mampukah mereka bersolat dengan selesa dan aman seperti kami ? Serius, doanya tembus ke hati , menetap di kalbu.

Selesai sahaja solat witir, baruku tersedar kanak-kanak yang berumur lingkungan 5 tahun menghabiskan solat terawih daripada awal hingga ke akhir. Dahlah imam baca panjang.Kalau kanak-kanak kat Malaysia, solat 2 atau 4 rakaat, berhenti , lpas tu bermain kat luar masjid. Fuh! Respect awk, my dear.. moga jadi wanita solehah besar nanti ..

                                 
                    adalah dimaklumkan bukanlah ini kanak-kanaknya.. cuma nak bgtau dalam besar inilah kanak-kanak itu.. ( comelkan , jupe dia mase pergi Karak Castle )

Keluar sahaja masjid, syabab Melayu menunggu untuk menemani akhawat pulang ke destinasi masing-masing.Namun ku dan roomate ditarik sahabat Arab, untuk balik bersama ke sakan.Namanya Asmahan. Katanya ," saya akan jadi murakibah kamu". Tanpa sempat memaklumkan apa-apa pada syabab yang sepatutnya mengiring kami, ku ditariknya bersama. Dalam perjalanan pulang, ku berkenalan dengan sahabat Asmahan, namanya Yusra. Dia memakai niqab dan seorang yang sangat peramah. Sepanjang perjalanan pulang ke sakan, ku berbual dengannya.Baru ku tahu dia juga belajar di kuliah Syariah tapi tak pernah berjumpa dengan dia ( yelah macamlah pelajar syariah sikit sangat nak kenal semuanya )

Ku bertanya padanya," Keif lughati ? (bagaimana bahasa arabku) ,"

" Alhamdulillah, jayyidah.Fahimtu kalamik," ( bagus.Saya faham kata-kata awak )

"Keif ramadhan fil urdun? ( bagaimana ramadhan di Jordan ) ," tanyanya lagi.

"Alhamdulillah, kuwayyisah.Uhibbu solat terawih huna ( bagus.Saya suka solat terawih di sini ),"

Setalah itu, dia bertanya padaku adakah aku menghafaz al Quran.Ku katakan padanya tidak tetapi aku sedang berusaha untuk menghafal sedikit demi sedikit dimulakan dengan surah Al Baqarah.

" Awak hafizah ?," tanyaku.

"Alhamdulillah, saya hafizah. Hmmmm, bagaimana jika saya tolong awak hafal ? Saya akan buat jadual untuk awak. InsyaAllah, kalau awak bersunggguh, dua tahun awak akan dapat hafal semuanya .Nanti saya tasmi' awak", cadangnya.

" Sungguh awak mahu tolong saya?," ku seakan tak percaya. Siap nak buat jadual lagi. Rajinnya dia.

"Ya. Kalau awak pulang ke Malaysia sebagai seorang hafizah, pasti ibu bapa awak sangat gembira," dia meyakinkanku. Ku terharu.Dahlah baru kali pertama berbual dengannya , pastu dia ingin menolongku menghafal. Serius terharu.

Moga dengan pertolongannya, aku mampu mencapai impian yang kadang-kadang aku rasa macam tersangat susah untuk dicapai. Hafizah..Doakan yer..




                                      Bukan sekadar disentuh , tapi ingin disimpan dalam hati..

Sungguh 1 Ramadhan kali ini cukup berbeza daripada yang sebelumnya.. Terasa istimewa.. Moga momentum ibadahku dapat ditingkatkan dan dikekalkan pada bulan seterusnya.. Ramadhan masih menerima kita sebagai tetamunya, usah lepaskan jemputan ini sewenang-wenangnya.. Fastabiqul khairat!


      Hauri Islam
Irbid, Jordan


No comments:

Post a Comment