Thursday, June 12, 2014

SELAMAT HARI LAHIR, PUTERIKU WAN NUR SYAZWA

Kisah kami dua beradik.

Beza umur kami 6 tahun. Ku ingat lagi, saat umi melahirkan dia, ku berumur 6 tahun . Memori ku menjaga dia sedikit sebanyak masih tersemat di hati. Ketika ku kecil, aku akui aku sering cemburu dengan kasih sayang yang umi abah berikan pada dia. Biasalah, anak sulong akan dimarahi meskipun anak bongsu yang buat kesalahan. Aku taklah mengatakan perbuatan ibuku salah. Bila aku fikir kembali, memang sepatutnya aku yang dimarahi kerna ketika aku yang sepatutnya bertindak matang. Tapi tulah, apa yang ada pada umur 11 tahun. Masih ingat diari yang menjadi tempat meluahkan rasa tidak puas hatiku. Tertawa kecil bila ingat balik.

Nak cerita pasal adik aku yang nombor tiga ni ha, umur dia dah 15 tahun. Dulu selalu gaduh dengan dia, ada saja yang tak kena. Tapi bila menjadi perantau kat luar negara, rindu macam apa. Selalu teringat. Betullah orang kata, bila jauh, barulah sedar rindu dan sayang. Kalau nak cakap I LOVE YOU tu susah, sekarang bila bercakap melalui telefon, rasa sangat nak bagitahu kakak sayang awa.




Memikirkan adik ku yang satu ni, ku jadi teringat diriku ketika di usia dia. Sebagai kakak, terasa sangat mahu bagi nasihat dan ingatkan tentang bermacam perkara. Kerna ku tahu dan pernah melalui usia itu. Usia yang menguji , usia yang mengajar erti kematangan, usia untuk membina diri, serta usia yang dipenuhi dengan pilihan. Pilihan yang menyerabutkan tetapi banyak mengajar.




Ini pesanku padamu adikku.

Jadilah hamba yang bertaqwa. Taqwa pada maknanya. Kejarlah cintaNYA. Jadikan cintaNYA yang paling utama. Ibadah wajib jangan sekali tinggalkan dan lakukan di awal waktu, ibadah sunat perbanyakkan. Sentiasalah baca  biarpun hanya semuka dan perbaiki bacaan Quran. Hiasi minggu dengan puasa sunat. Jika mampu, bangunlah solat malam.




Jadilah anak yang solehah pada umi dan abah. Kakak jauh di sini hanya mampu bertanya khabar dan mendoakan mereka berdua. Awa yang berada di sisi mereka , jagalah mereka sebaiknya, ringankanlah kerja mereka. Ingat sayang, tanpa pengorbanan umi dan abah, tak mungkin kita menjadi kita yang hari ini. Bahagiakan mereka dan doakan mereka.



Jadilah adik dan kakak yang baik.Eratkan kasih sayang sesama adik beradik kita. Usah dihiasi hubungan kita dengan pergaduhan. Nanti bila kita dalam kesukaran, pada umi abah dan adik beradiklah, kita akan bersandar. Semailah kasih sayang dan cinta antara kita. Jaga adik Ida sementara kakak di sini. 



Jadilah penuntut ilmu yang amanah pada ilmunya. Di samping belajar silibus yang ada,ilmu agama jangan dilupa. Yang menghormati gurunya. 



Jadilah sahabat yang baik pada sahabat.Berlapang dada dan saling menerima kelebihan dan kekurangan.



Jadilah muslimah yang menjaga perilaku dan maruahnya. Jadikan malu sebagai mahkota, dalam masa yang sama , letakkan malu pada tempatnya. Lindungilah aurat kita sebaiknya. Muslimah solehah itu, hiasan dunia, dan tempatnya syurga.


Ini ayat-ayat cintaku padamu.

Sempena birthday awa yang ke 15 hari ini, sanah helwah kakak ucapkan! Usia yang bertambah, maka tanggungjawab bertambah. Makin dekat dengan hujung kematian. Manfaatkan usia kita, ye sayang.

Moga awa bukan setakat menjadi adik kakak di dunia, tetapi jua di syurga. Takdir Tuhan menukilkan kita menjadi adik beradik di dunia, biarlah ikatan ini berlanjutan hingga ke syurga.

Maaf andainya tak mampu menjadi kakak yang baik. Selalu membebel ke. Cerewet ke. Mohon ampun ya.Ingat pesan kakak. Ini bukan arahan seorang kakak, tetapi nasihat tanda cinta seorang kakak pada adiknya.

Kakak sentiasa ada bila awa memerlukan.Sentiasa di sisi awa. Kakak sayang awa. *ok.sebak.

SANAH HELWAH, SYAZWA!



Hauri Islam
Irbid, Jordan










Monday, June 9, 2014

Sahabat bukan malaikat

Indah sungguh rasa bila ada yang memahami keadaan kita.

Kisah semalam.

Sebenarnya badanku sudah letih. Kaki terasa hilang kudratnya. Kepala pun sedikt pening. Malam tadi, pukul 1 pagi, baru ku pejamkan mata. Exam pagi tadi membuatkan ku bersengkang mata. Badan ini jika bertemu lembutnya tilam , pasti kan belayar ke alam mimpi. Namun, melihat sahabat-sahabatku yang sibuk memasak , terasa serba salah meninggalkan mereka yang kelihatan bersungguh-sungguh masak. Terasa seakan mementingkan diri sendiri jikaku hanya fikirkan tentang diriku.

Ku batalkan niatku untuk rehat. Sekali sekala melihat housemate semangat memasak, terhibur hati. Sedang mereka memasak, ke selesaikan kerja berbaki. Potong sayur, membasuh pinggan.

" Awak ok tak, kira ? Mesti awak letihkan?  Semalam tidur lewat, kalau awak nak rehat sekarang, boleh je, " kata housemateku sambil tersenyum. Tangannya memegang senduk dijauhkan sedikit dariku.

Ya Allah, rasa nak menangis tak ingat bila dia mengucapkan pertanyaan itu. Terharu! Seakan bisa membaca gerak hati dan kudrat badanku. Rasa itu tak dapat ku huraikan dengan kata-kata yang tepat. Prihatin mereka membuatkan aku bahagia.

Itu secebis kisah bahagia sebuah persahabatan kerana Allah.

Dulu bila aku terdengar, terbaca tentang ukhwah manis kerana Allah. Tentang antara bukti halawatul iman itu, pabila dua saudara bercinta keranaNYA. Aku tak bisa membayangkan bagaiman rasanya. Mampukah rasa itu dibumikan dalam taman hati manusia? Atau hanya semata hikayat yang berlagu tanpa realiti ?

Kini,ku bisa nyatakan dengan penuh keyakinan, ku dapat merasai persahabatan yang dibina kerana Allah.

Bisa kamu bayangkan, tika kamu jatuh, ada huluran tangan buatmu
Tika kamu sepi, kau punya jiwa yang menjadi peneman.
Tika kamu sakit, ada hangat jagaan yang cuba menyembuhkan.
Tika kamu lemah, ada satu hati yang cuba menguatkan.

Indahnya persahabatan seorang taman. Bila berada jauh di perantauan, sahabatlah ibu, sahabatlah ayah. Menangis bersama,ketawa bersama.

Ku akui kesihatanku sedikit terganggu berbanding sahabatku yang lain. Kudratku tak sekuat mereka. Kadangkala tak mampu bertahan seharian dalam bekerja. Terlalu cepat keletihan. Ku perlukan rehat walau sebentar, barulah ku bisa menyambung pekerjaanku.

Namun, kelemahanku ini diterima dengan berlapang dada oleh mereka. Itu yang membuatkan aku terharu dan bahagia.

Moga persahabatan ini terus bercahaya. Jika ada suramnya, moga hilang segera. Doa Rabitah jangan dilupa.Jadikan ia zikir dalam bersahabat.

Pesan ku satu.

Sahabat bukan malaikat.Jika diharap kesempurnaan, bukan pada manusia. Itu milik yang Esa. Sahabat punya kelebihan, punya kekurangan. Itu harus kita terima. Berlapang dada dalam bertaamul dengannya.

Selamat bersahabat semanis gula!!





bebelanjiwa: ku bahagia punya teman!!!

Hauri Islam
Irbid, Jordan




Tuesday, June 3, 2014

ANTARA DURI DAN HARUMAN MAWAR ?

Di kala musim cuti, kadang ku termenung sendiri. Memikir nikmat diri. Minda terarah kehidupan yang sedang dilalui. Naik turun, suka duka yang telah ku jalani sepanjang 21 tahun sudah ku bernafas.

Dari sekolah rendah , ku kira memoriku bermula di situ, sehingga sekolah menengah dan sekarang di universiti.Dan jika diizinkan , ku akan bergelar graduan tahun hadapan. Doakan.

Ku cuba kira nikmat dan ujian yang ku terima. Pasti tak mampu dibilang, namun ku cuba membilang kenangan yang jelas terpahat kemas di ingatan. Ku kira jua kelebihan dan kelemahan diri. Ku teliti satu-satu.


UJIAN DAN NIKMAT. KELEMAHAN DAN KELEBIHAN

Semestinya, semua manusia akan merasa. Ujian adalah lumrah kehidupan. Ujian adalah hiasan kehidupan,yang pasti mengajar kita banyak perkara.

Namun, lumrah manusia juga lemah ketika diuji. Diuji dengan bermacam dugaan. Kehilangan, ditipu, ditinggalkan, kegagalan. Saat ini,mungkin kita akan merungut dan mempersoalkan, kenapa aku ? Kenapa tidak dia? Sedangkan aku yang lebih berusaha daripada dia, lebih bersungguh, lebih rajin dari dia. Lebih menyakitkan pabila kita diselubung kegagalan dan dia dilambung kejayaan, sedangkan kita dan dia sama.

Sahabat anda, yang hari-hari , tengok movie, dan kamu berhempas pulas belajar, bersedia awal, dua minggu sebelum exam. Study awal. Dan dia masih dibuai movie dan game , dan hanya study last minute. Tup, tup, keluar result exam , dia yang lebih tinggi dari kita. Mana tak angin ???? Hati diuji, lisan diiuji. Pasti kita tanya kenapa? Dan kenapa ?

Kita diuji dengan kehilangan. Kehilangan insan yang tersayang. Jiwa meraung, minda terasa beku. Terasa lemah seluruh badan.Seakan mahu rasanya masa berhenti,memutar kembali agar bisa masa dengan dia lebih dinikmati dan dimanfaatkan. Diri mula membandingkan, kehidupan insan lain dengan kita. Kenapa keluarga dia itu masih lagi sempurna ? Sedangkan mereka hari-hari dihanyut dunia,seaakan lupa akhirat menanti di hujung sana,dan aku yang sentiasa beribadat dan mengingati dia, mengapa aku pula diuji begini??

Saat pertanyaan ini menerpa, harusnya kita beristighfar pada Dia.

Lupakah kita, ujian itu tanda sayang Allah pada kita. Di antara berbilion hambanya, dia hadiahkan ujian itu buat kita.Supaya kita dekat pada Dia, mengadu pada Dia,

Seandainya bisaku ku umpamakan, ujian itu sebuah lubang yang dalam, pasti untuk melepaskan diri dari situ memerlu kekuatan yang tiada taranya. Dan tika itu, jiwa mengharap sandaran, mendamba pertolongan. Tiada jawapan yang paling tepat, selain kembalilah pada Allah. Percayalah, tika semua pergi meninggalkan kamu, Allah lebih lebih dan lebih daripada cukup. Ketahuilah, Allah sentiasa bersama kamu.

Ayat cinta buat yang beriman.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta 

SURAH ANKABUT , AYAT 2-3

Dia beri ujian, untuk kita zahirkan iman yang sebenar. Goyahkah tika diuji,atau makin utuh mencintaiNYA.

Dia beri ujian, untuk lihat kepada siapa kita mengadu pasrah, kepada siapa kita berserah.

Syukur tika diduga, syukur jua tika dianugerah bahagia. 

Bila diduga, usah cepat melatah, duduk sebentar. Renung hikmah dan maknanya. Allah sedang berbicara. Allah sedang menyantuni kita.



Mungkin juga kerna ini bukan ?


Kadangkala kita terlalu memilih untuk melihat banyak ujian, daripada melihat anugerah yang Allah berikan.

Mengapa selalu dibilang duri yang ada pada sekuntum mawar sedangkan menikmati haruman mawar itu lebih membahagiakan ?


Positif. :)

Kuatkan hati. Kuatkan jiwa. Bina hubungan denganNya.

Apa yang mendatang, ujian, nikmat, kelemahan mahupun kelebihan, syukur akan buat kita bahagia.




bebelanjiwa: syukur ye syakira... dah nama syakira maksudnya syukur.

Hauri Islam
Irbid, Jordan