Wednesday, May 8, 2019

BERSYUKUR UNTUK BAHAGIA

Bersyukur dan berlapang dada dengan rezeki yang dimiliki.
Masalah kita ni, asyik tengok apa yang ada pada orang lain. Sebab tu asyik merungut dan mengeluh.
Astaghfirullah.
Syukur ,insyaAllah bahagia.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.


Ayat 172, Surah al Baqarah.
Syukur, insyaAllah , Allah akan tambahkan dan lipat gandakan.
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."
Surah Ibrahim, ayat 7


Berdoalah pada Allah.


" Ya Allah ,berkatilah dan murahkanlah rezeki kami dan jadikanlah kami hamba yang bersyukur di atas segala yang Kau berikan".
"Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sentiasa berkongsi rezeki kami dengan yang memerlukan."
Moga hari ini kita lebih menjadi hamba yang bersyukur.

MACAM MANA MAHU POSITIF ?

Kadang-kadang pernah tak kita rasa pelik, ada orang positif betul.
Apa jua yang datang , sentiasa positif.
Sentiasa menganggap ianya pasti ada hikmah dari perkara baik mahupun buruk.
Sentiasa bersangka baik dengan takdir dan perjalanan hidup.
Sentiasa cuba merubah diri menjadi lebih baik dan baik.
Sehinggakan yang melihat dan mendengar dia pun bertukar menjadi positif.
Pendek kata, hidup dan aura dia berada dalam lingkungan positif.

Kita pun jadi hairan dan geram macam mana dia boleh bersikap macam tu.


Takde benda negatif atau masalah ke dalam hidup dia.
Bahagia je ke selalu?
Masalah datang , terus selesai ke?

Rahsianya adalah ;
Sentiasa mendekati yang positif dan jauhi yang negatif.
Sentiasa bina suasana positif, dan jauhi semaksima mungkin suasana negatif.


Sehingga orang lain terkesan sama.


Tipulah tiada masalah, tak sedih, tak kecewa ,tak marah.
Tapi dia MEMILIH untuk tidak membiarkan semua mengawal dia.
Dia MEMILIH untuk mengawal semua itu.


Dia bersedih, dia kecewa dan marah, tapi dengan SEDERHANA DAN CARA YANG BETUL.
Kadang-kadang kita yang selalu biarkan benda atau manusia negatif datang dalam hidup kita.
Tengoklah apa yang kita PILIH UNTUK BACA, CAKAP, TENGOK ,DENGAR, DAN FIKIR.
Kita selalu baca gosip, masalah hidup orang yang tak perlu pun kita tahu.

Kita selalu cakap tentang benda buruk, gosip, mengumpat orang yang tiada langsung manfaat pada kita.
Kita selalu tengok benda yang tak elok ( soft porn, cerita yang didominasi unsur negatif, yang tak membina jiwa dan iman ).


Kita pilih untuk dengar khabar angin, umpatan, gosip , cerita palsu dan benda yang langsung tiada nilai positif dan biarkan ia meresap dalam kepala kita.


Lalu kita pilih untuk menyerabutkan fikiran kita dengan semua anasir yang langsung tiada peri penting pada kita.


Lepas tu, kita soal kenapalah hidup aku semua benda negatif je?
Asyik ada masalah je ?
Serabutnya kepala.


Cuba lepas ni.
BACA benda yang positif, menaikkan semangat dan iman serta ilmu. Unfollow dan unlike page, orang yang lebih banyak negatif dari positif. Subscribe atau follow page atau figura yang datangkan manfaat bila kita spend time baca input mereka.



DENGAR benda yang elok. Orang mengumpat, kita jauhkan diri kalau tak boleh nak larang. Tak payah dengarkan gosip dan khabar angin.
Lagi baik, dengar tazkirah, ayat quran , lagu yang positif yang naikkan iman dan bangunkan jiwa.


CAKAP bila perlu, cakap yang baik saja. Yang tak pasti, tutup mulut, tak payah bercerita. Yang pasti, fikir dulu ,perlu ke tidak nak berkongsi. Baik ke buruk yang banyak kalau dibuka cerita. Banyakkan doakan orang dan diri sendiri daripada asyik membawang tak tentu hala.


TENGOK benda yang elok saja. Yang tak elok dan dilarang agama, elakkan. Kalau dah ternampak, istighfar dan doakan minta dijauhkan kita dari benda yang tak elok dan doakan jugak yang tak elok berubah menjadi baik.



FIKIR yang elok. Yang tak perlu, jangan difikir. Singkirkan unnecessary things. Sangka baik selalu dan bertempat. Jangan cepat judge dan hukum orang. Moga terang sikit akal kita.


PILIHAN DI TANGAN KITA.
Kita memang tak boleh lari dari masalah dan benda negatif.
Tapi kita boleh pilih macam mana nak survive dan redah benda ni semua.


Dapat masalah,
Ada dua pilihan, menyoal takdir atau selesaikan dengan tertib.
Dua-dua hasilkan hasil dan sikap yang berbeza.

Atas kita semuanya.
Dah tak larat dan kuatkan diri sendiri?
Allah ada.
Minta, doa.

Allah takkan sia-siakan hamba dia yang merayu ,meminta.
Allah tak zalim.
Kasih sayang Allah luas dan tiada hujung.

Kita saja yang bongkak sombong, rasa macam boleh survive semuanya dengan kudrat sendiri.

Moga Allah sentiasa dekatkan kita dengan kebaikan.
Moga Allah sentiasa tegarkan kita bernafas dalam kebaikan meskipun tenggelam dalam lautan keburukan.

Sunday, April 21, 2019

BERDOALAH UNTUK JADI IBU YANG BAHAGIA


Children need a happy mother more than a sacrificing mother.
Mothers are springs of happiness
Keep smiling 😊

Bukan senang, berdoalah.
Doa yang sering saya panjatkan.

Berikanlah kami suami isteri keluasan kasih sayang untuk diberi pada anak.
Kelapangan hati.
Kesabaran yang tak berpenghujung.
Keikhlasan untuk berkorban.
Sepanjang mendidik anak.
Serta sentiasa ingat anak adalah pinjaman dan amanah yang perlu dikembalikan dengan kebaikan.

Kita ,ibu bapa didik dan jaga sedaya upaya dan seikhlasnya.
Selebihnya tawakal dan letakkan dalam jagaan Allah sentiasa.

Moga kita dapat menjaga anak dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan. 💕

#catatanparentingsyakira
#ummimasihbelajar

PERJALANAN HIDUP MANUSIA TAK SAMA

Perjalanan hidup manusia takkan sama.
Tak pernah sama.
Dan takkan boleh sama.

Itu hakikat kehidupan yang harus kita terima.
Supaya kita hidup tenang dan bahagia.

Semua takkan sama.
Kerana setiap manusia itu punya keadaan ,keupayaan dan cerita berbeza.

Hidup kita kena macam orang tu.
Hidup anak kita kena macam orang ni.

Mungkin mereka sudah berkahwin.
Mereka sudah mengandung dan melahirkan.
Mereka sudah punya kerjaya yang hebat.
Mereka sudah ada rumah dan kereta.
Anak mereka sudah berjalan.
Anak mereka sudah bercakap.
Anak mereka sudah itu dan ini.
Mereka sudah itu dan ini.

Percayalah.
Kalau kita hidup dengan hanya memandang kehidupan orang lain, tak payah bermimpi nak hidup bahagia.

Yelah, hati tak tenang.
Walaupun sebenarnya mereka juga mungkin menginginkan apa yang kita ada .
Tapi kita buta, asyik melihat nikmat orang lain.

Bersyukurlah dan tenanglah.
Kita mungkin akan dapat seperti mereka , pada masa hadapan.
Ianya bukan milik kita waktu ini.

Kalaupun ianya bukan milik kita pada masa depan, mungkin itulah yang terbaik untuk kita.

Tak semestinya sumber bahagia orang lain juga sumber bahagia kita.
Tak semestinya pencapaian orang lain juga pencapaian kita.

Semua istimewa dengan cara sendiri.
Semua bergerak dengan aturan hidup masing -masing mengikut kehendak dan keadaan.
Semua terjadi mengikut keizinan Tuhan.

Tidak salah untuk berusaha.
Tidak salah untuk kita ingin menjadikan seseorang sebagai idola atau ikutan.

Tapi buatlah dengan redha, tenang dan yakin dengan kemampuan diri sendiri serta perancangan Tuhan.

Moga hari ini kita lebih baik dari semalam. 😊

#koreksihati
#catatansyakira

MENCARI KEBERKATAN DALAM PERKAHWINAN



Tahniah dan semoga berbahagia buat semua sahabat yang mendirikan rumahtangga. Moga dilimpahi keberkatan dan diiringi keredhaan Allah hendaknya.

Tahniah yang tidak terhingga juga buat mereka yang berjaya menjaga keberkatan sebelum dan semasa perkahwinan berlangsung.

Ada ramai yang menggunakan alasan menjadi raja sehari untuk melakukan perkara yang syubhah dan berlebihan.

Jadi berbahagialah mereka yang bersederhana dan melestari makna sebenar walimatul urus diadakan.
Kerana sederhana itu lebih baik.

Kenapa Islam sangat galakkan walimatul urus ni diadakan sebenarnya ?
Untuk menghebahkan penyatuan dua jiwa agar terhindar dari fitnah.
Untuk berkongsi kegembiraan dan mendamba doa daripada mereka yang berkunjung.

Dari Anas r.a beliau menjelaskan:

“‘Abdurrahman berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma)”. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih seekor kambing”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)

Walimah sangat digalakkan untuk diadakan meskipun dengan hanya seekor kambing. Yakni mengikut kemampuan.
Hukumnya sunat muakkad.

Suka melihat sahabat-sahabat yang bersederhana memilih busana pengantin.
Cukup sekadar membezakan pengantin dan mereka yang berkunjung.
Tidak berlebihan dalam berhias dan bermake up sehingga melambatkan dan menyukarkan nak solat.

Suka melihat sahabat-sahabat yang lebih mementingkan dan meraikan tetamu daripada bimbang make up cair atau sukar nak turun menyapa tetamu dek busana yang menyukarkan pergerakan.

Suka melihat sahabat-sahabat meraikan tetamu yang ingin bergambar kenangan sehingga ke petang daripada bergegas meninggalkan majlis dek photoshoot outdoor pula. Sehingga tetamu yang datang sedikit lewat kecewa tidak dapat bertemu pengantin.

Suka melihat sahabat-sahabat berkongsi gambar perkahwinan yang sederhana, yang  bukanlah gambar terlebih mesra yang patut dijadikan tatapan suami isteri saja.

Suka melihat sahabat-sahabat yang rela mencari sini dan sana jurugambar muslimah untuk bergambar outdoor, dek segan nak bergambar berdua yang mesra depan jurugambar lelaki. Tidaklah salah memilih jurugambar lelaki jika ingin bergambar ramai-ramai ,yang jauh dari posing yang kurang elok di depan ajnabi.

Suka melihat suasana majlis yang dihiasi dengan kemreriahan gurau senda dan keriuhan tetamu bertegur sapa daripada keriuhan majlis dengan muzik dan karaoke sehingga nak bertegur sapa pun terpaksa menjerit jadinya.

Suka melihat pengantin yang sopan meminta diri untuk mendahulukan solat daripada mementingkan make up di muka sehingga berlambat dalam melaksanakan tanggungjawab solat.

Tak kiralah bagaimana atur cara dan gaya majlis kita, moga mendapat berkah dan iringan redha Tuhan perjalanannya, kerana tiada manual tetap untuk sambutan majlis walimatul urus. Harus begitu, dan begini.

Tapi Islam menetapkan panduan.
Jangan membazir dan berlebihan.
Biar mencapai tujuan walimatul urus diadakan.
Jangan diniat untuk menunjuk dan riya'.
Jangan didekatkan majlis kita dengan perkara syubhah apatah lagi yang haram.
Sederhana itu lebih baik untuk diamalkan.

Renungi perjalanan dan persiapan majlis.
Jika ada yang kurang elok, perbetulkan.
Tidak semestianya ramai yang buat, itulah yang betul.
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Sama-sama beringat dan berusaha menjadi lebih baik.

Moga perkahwinan sahabat-sahabat dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmat.
Moga proses sebelum, semasa dan selepas berkahwin sentiasa diiringi keberkatan dan rahmat kasih sayang Allah.

#catatansyakira

Wan Nur Syakira

BAHAGIAKAN PERKAHWINAN DENGAN PENGHARGAAN

Dua minggu ini, terasa penat mental dan fizikal.
Sebab bila fizikal penat, fikiran pun akan terkesan sama.

Kandungan dah nak masuk 30 minggu.
Perut makin besar , susah mahu bangun dan duduk.

Alhamdulillah, Allah uji pula Adam berjaga malam minggu ini.
Ada sehari tu bangun pukul 2 pagi ,tidur balik hampir pukul 5 pagi. 😂

Jadi agak ke laut tidur, dan migrain pun sipi-sipi nak datang. Alhamdulillah, tak datang. Pening saja yang datang.

Tapi ajaibnya, semua penat ni hilang bila suami ucap "terima kasih" dan ucapan sayang.
Selalu pulak tu ucapan itu datang.

Allah, rasa dia memang menenangkan dan menghiburkan badan dan jiwa yang agak keletihan.

Hebatnya ucapan penghargaan seorang suami.
Begitulah hidup berumahtangga, saling menghargai dan menyayangi.

Acknowledge usaha dan kasih sayang sesama pasangan di kala masing-masing keletihan dengan ujian kehidupan.
Isteri ada ujiannya.
Suami ada ujiannya.

Kadang-kadang tak perlu pun ke sana ke mari untuk hilangkan stress, cukuplah berlaku baik dan berucap yang baik sesama pasangan.

Cuba memahami kemelut, ujian dan perasaan pasangan mengikut kemampuan.
Meletakkan diri dalam kasut tanggungjawab pasangan.

Isteri pun jangan lupa berterima kasih pada suami.
Kerana mengerah kudrat menjaga keluarga.
Tak selalu meluah rasa, lebih banyak menyembunyi duka dan masalah.
Tak seperti kita, wanita ,fitrahnya suka meluah dan bercerita.
Nature lelaki macam tu kan.

Jadi peranan kita memahami dan cuba buat suami berkongsi rasa.
Acknowledge usaha dan kudrat suami.
Berbakti sehabis baik.

Jangan sesekali take for granted dalam kehidupan berumahtangga.
Lama-lama jadi kebiasaan.
Dan masing-masing mula melupakan usaha kecil yang pasangan lakukan untuk kebahagiaan bersama.
Lama-lama, hilang rasa seronok untuk berbakti pada rumahtangga.

Sedangkan Allah juga memuji dan memuliakan insan yang melakukan kebaikan dan memberi pahala serta syurga sebagai ganjaran.

Kenapa kita kedekut dengan pujian ,penghargaan serta kata-kata yang baik dalam kehidupan seharian? 😊

Tak kira lah pada siapa.
Yang paling aula, orang yang terdekat dengan kita lah.
Yang bersama kita susah senang.

Kadang-kadang kita murah dengan pujian dan penghargaan pada orang asing hingga lupa pada pasangan sendiri, anak sendiri, ibu bapa sendiri, adik beradik.

 عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى. رواه الترمذى

Ertinya: “Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Rasulullah Shallallau ‘Alaihi Wasallam berasabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” [Hadits Riwayat Tirmidzi]

Ramai yang lupa berbuat baik dan bermesra dengan ahli keluarga sendiri.

Paling baik bukan saja dri segi kata-kata, tapi juga perbuatan.

Jangan mulut saja manis dengan pujian, tapi goyang kaki , tak menolong dan membantu.

Sama-sama contohi akhlak Nabi dalam menyantuni keluarga. 😊

InsyaAllah jika masing-masing berusaha melakukan yang terbaik, Allah pasti tolong dan mudahkan.
Susah macam mana , boleh lalui bersama dengan tenang.
Ribut macam mana pun ujian, boleh beriringan keluar dari masalah.

Moga Allah limpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah kepada setiap rumahtangga . Amin.

Moga dijauhkan daripada panahan mata manusia dan syaitan.

Moga jodoh kekal hingga syurga.

Doakan kami juga! 😊


Wan Nur Syakira

#catatansyakira
#tipsmensyurgairumahtangga
#kamimasihbelajar



TIPS BUANG NEGATIF DARI HIDUP



Kadang-kadang pernah tak kita rasa pelik, ada orang positif betul.
Apa jua yang datang , sentiasa positif.
Sentiasa menganggap ianya pasti ada hikmah  dari perkara baik mahupun buruk.
Sentiasa bersangka baik dengan takdir dan perjalanan hidup.
Sentiasa cuba merubah diri menjadi lebih baik dan baik.
Sehinggakan yang melihat dan mendengar dia pun bertukar menjadi positif.
Pendek kata, hidup dan aura dia berada dalam lingkungan positif.

Kita pun jadi hairan dan geram macam mana dia boleh bersikap macam tu.

Takde benda negatif atau masalah ke dalam hidup dia.
Bahagia je ke selalu?
Masalah datang , terus selesai ke?

Rahsianya adalah ;
Sentiasa mendekati yang positif dan jauhi yang negatif.
Sentiasa bina suasana positif, dan jauhi semaksima mungkin suasana negatif.

Sehingga orang lain terkesan sama.

Tipulah tiada masalah, tak sedih, tak kecewa ,tak marah.
Tapi dia MEMILIH untuk tidak membiarkan semua mengawal dia.
Dia MEMILIH untuk mengawal semua itu.

Dia bersedih, dia kecewa dan marah, tapi dengan SEDERHANA DAN CARA YANG BETUL.

Kadang-kadang kita yang selalu biarkan benda atau manusia negatif datang dalam hidup kita.

Tengoklah apa yang kita PILIH UNTUK BACA, CAKAP, TENGOK ,DENGAR, DAN FIKIR.

Kita selalu baca gosip, masalah hidup orang  yang tak perlu pun kita tahu.

Kita selalu cakap tentang benda buruk, gosip, mengumpat orang yang tiada langsung manfaat pada kita.

Kita selalu tengok benda yang tak elok ( soft porn, cerita yang didominasi unsur negatif, yang tak membina jiwa dan iman ).

Kita pilih untuk dengar khabar angin, umpatan, gosip , cerita palsu dan benda yang langsung tiada nilai positif dan biarkan ia meresap dalam kepala kita.

Lalu kita pilih untuk menyerabutkan fikiran kita dengan semua anasir yang langsung tiada peri penting pada kita.

Lepas tu, kita soal kenapalah hidup aku semua benda negatif je?
Asyik ada masalah je ?
Serabutnya kepala.

Cuba lepas ni.

BACA benda yang positif, menaikkan semangat dan iman serta ilmu. Unfollow dan unlike page, orang yang lebih banyak negatif dari positif. Subscribe atau follow page atau figura yang datangkan manfaat bila kita spend time baca input mereka.

DENGAR benda yang elok. Orang mengumpat, kita jauhkan diri kalau tak boleh nak larang. Tak payah dengarkan gosip dan khabar angin.
Lagi baik, dengar tazkirah, ayat quran , lagu yang positif yang naikkan iman dan bangunkan jiwa.

CAKAP bila perlu, cakap yang baik saja. Yang tak pasti, tutup mulut, tak payah bercerita. Yang pasti, fikir dulu ,perlu ke tidak nak berkongsi. Baik ke buruk yang banyak kalau dibuka cerita. Banyakkan doakan orang dan diri sendiri daripada asyik membawang tak tentu hala.

TENGOK benda yang elok saja. Yang tak elok dan dilarang agama, elakkan. Kalau dah ternampak, istighfar dan doakan minta dijauhkan kita dari benda yang tak elok dan doakan jugak yang tak elok berubah menjadi baik.

FIKIR yang elok. Yang tak perlu, jangan difikir. Singkirkan unnecessary things.  Sangka baik selalu dan bertempat. Jangan cepat judge dan hukum orang. Moga terang sikit akal kita.

PILIHAN DI TANGAN KITA.
Kita memang tak boleh lari dari masalah dan benda negatif.
Tapi kita boleh pilih macam mana nak survive dan redah benda ni semua.

Dapat masalah,
Ada dua pilihan, menyoal takdir atau selesaikan dengan tertib.
Dua-dua hasilkan hasil dan sikap yang berbeza.

Atas kita semuanya.

Dah tak larat dan kuatkan diri sendiri?

Allah ada.
Minta, doa.

Allah takkan sia-siakan hamba dia yang merayu ,meminta.
Allah tak zalim.
Kasih sayang Allah luas dan tiada hujung.

Kita saja yang bongkak sombong, rasa macam boleh survive semuanya dengan kudrat sendiri.

Moga Allah sentiasa dekatkan kita dengan kebaikan.
Moga Allah sentiasa tegarkan kita bernafas dalam kebaikan meskipun tenggelam dalam lautan keburukan.

#koreksihati
#catatansyakira

Sunday, April 7, 2019

ADAM DAN LEGO

ADAM DAN LEGO

Bermain ialah fitrah dan hak anak yang perlu dipenuhi dengan memberi ruang dan masa selayaknya untuk mereka meneroka dunia sekeliling dengan keupayaan serta kehendak sendiri.

Bermain juga sangat berkait rapat dengan fungsi otak, pembentukan emosi dan sikap anak.

Lego adalah salah satu permainan yang sangat baik untuk perkembangan anak.

Adam berada dalam fasa seronok bermain lego , salah satu sebabnya Abinya yang sangat suka melayan dia main sama-sama.

Mula-mula beli dulu, Adam macam tak berminat.
Sebabnya dia masih tak pandai nak cantumkan blok tu.
Jadi, bila nak main, cepat frust dan bosan. 😁

Bila Abi dia duduk sekali main, pegang tangan, ajar cara cantumkan,
barulah nampak macam excited.

Tambah pulak Abi dia buat macam-macam bentuk.
Kipas, kapal, kereta, zirafah ,pistol.
Pastu acah-acah main dengan binaan tu.
Lagilah dia suka.
Terima kasi ye Abi Zulkifli Abd Rahman. 😊

Barulah makin faham dan nampak sebenarnya peranan ibu bapa tunjuk cara macam mana nak buat sesuatu,
dan insyaAllah anak akan ikut.

Macam cikgu dan anak murid.

APA YANG LEGO BOLEH AJAR PADA ANAK KITA?

1- Kemahiran berfikir dan kreativiti.

Sedangkan kita yang tua pun teruji kreativiti bila nak buat bentuk lego, apatah lagi anak kita kan. Ummi pun kadang-kadang fikir bentuk apa lagi nak buat.

Nampak je mainan, tapi kena fikir dan kreatif jugak tau! 😁

Bermain menggalakkan anak membawa pengalaman dan cerita mereka sebagai satu situasi dalam sesuatu permainan. Mereka berimaginasi dan berkomunikasi dengan diri sendiri atau orang lain, mengenai apa yang di mainkan.

Mereka juga mampu berfikir untuk menggunakan peralatan yang diberi, dengan fungsi berbeza dan di luar batas kemampuan.

2- Kemahiran bersosial dan berkomunikasi

Bermain biasanya membabitkan rakan sebaya, sama ada berpasangan atau berkumpulan. Apabila sekumpulan kanak-kanak bermain dalam satu ruang dan alat permainan dikongsi bersama, ini secara tidak langsung memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkomunikasi serta berkongsi idea dan isu kompleks sesama mereka.

Kebiasaannya, anak tidak menggunakan bahasa pertuturan sebagai medium komunikasi, sebaliknya membuat simbol permainan atau aksi tertentu yang mereka fahami. Jadi, bermain sebenarnya ialah perkongsian bahasa yang dikuasai oleh kanak-kanak, sebagai permulaan kemahiran berkomunikasi mereka.

So, main lego pun boleh jadi bonding time antara ibu bapa dan anak.

3- Kemahiran menyelesaikan masalah

Ketika bermain, anak akan mengalami beberapa keadaan yang mencabar seperti  membuat sesuatu binaan lego.

Rujukan : artikel BIARKAN ANAK BERMAIN, tulisan Intan Mas Ayu Shahimi.

Dan satu lagi, boleh ajar anak SABAR dan TERUS BERUSAHA.

Mula-mula Adam geram sebab tak boleh cantumkan, bila kita tenangkan dan cakap, "Adam boleh buat"  lalu ajarkan cara yang betul berulang kali.
Barulah nampak kesannya.
Lama-lama dah boleh buat sendiri sekali dua.

Pencapaian yang baguslah tu!

So, rasa best sangat bila tengok Adam happy dan fokus nak cantumkan lego tu.
Boleh buat dia asyik.
Tapi syaratnya, kita duduk sekali dengan dia.

Bila perhati lama-lama, Adam ni tak suka sangat main sorang-sorang.
Mesti nak ada orang bersama dengan dia.
Tu yang kena sabar sikit.
Hehehe.

Adam sangat suka kalau main dengan budak-budak.
Nampak tak kekok.
Tak takut sangat dengan orang.
Setakat yang diperhatikanlah.

So boleh kata, style Adam main adalah :

Assosiative Play
Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan. Contohnya ialah main kejar-kejar.

Cooperative Play
Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari bongkah.

Lebih pada interaksi dengan orang lain.
Suka kalau main ramai-ramai.

Jadi kalau kat rumah, ummi dan abi lah rakannya. 😁

Ada banyak jenis PLAY sebenarnya.
Boleh try google.
Dalam buku sis Adlil Rajiah pun ada cerita.

Oh ye ,saya beli lego ni dekat Giant je. RM 15 aje satu bekas kalau tak silap.

Jadi, jomlah kita ajar anak main permainan yang sesuai dengan usia dan boleh ajar anak kita macam-macam benda dan nilai. 😊


Wan Nur Syakira


#catatanparentingsyakira
#ummimasihbelajar


Wednesday, April 3, 2019

REDAKAN TANGISAN ANAK DENGAN PUJIAN DAN PUJUKAN


Pagi ni , setelah siap makan , mandi , main semua, Adam start mintak makanan balik sambil nangis-nangis. Padahal baru je selesai makan nasi sepinggan , pisang dua biji, segelas susu dan air masak lagi. 😁 So, ummi dah boleh detect ni mesti merengek tidur sebenarnya. Dodoi jap sambil dukung, tak nak, nak turun. Jadi,ummi letaklah kat bawah. Bagi dia nak pergi mana. Kalau meronta macam tu, memang tak tidur.

Ummi duduk dekat tilam , perhatikan Adam yang menangis ,keluar dari bilik ,pergi kat meja makan.

 Nak give time Adam expresskan emosi dia. Adam dah masuk fasa tantrum sikit-sikit.
 So, ummi kena cool.
Kalau tak haru. 😂

Lepas tu, kejap je,Adam datang balik kat ummi. Menangis lagi ini.

Pastu ummi depa tangan ,"Meh ummi nak peluk, Adam sedih ye, sebab Adam nangis kan, Adam nak tidur ni sebenarnya,", ummi nak try console Adam. Sambil ummi cakap tu,  dia peluk, elok duduk macam koala.

Ummi tak berhenti lagi bercakap.
" Adam nak tidur ye. Adam nangis bukan saja-saja, Adam sedih . Adam baik. Adam soleh. Adam pandai joget, pandai solat."

Tetiba, Adam berhenti menangis, macam fokus dengar pujian ummi. Hehe. Ummi fikir ini peluangnya , puji lagi, puji lagi.

" Adam pandai buat bunyi ayam, bunyi ular, bunyi lembu, " sambil ummi buat bunyi , Adam pon terkekek ketawa. Aduh, tadi nangis ni ketawa pulak. Macam ummi je, haha.

" Adam pandai nyanyi lagi kereta kecil warna merah, pandai nyanyi lagu malam yang sepi ,lagu Abc , lagu alif ba ta, lagu 25 rasul, " sambil ummi nyanyi satu persatu.

Ummi intai dengan anak mata, Adam dah ralit , dah nak layu mata. Lega ummi! Habis lagi 25 rasul, tidurlah anak ummi tersayang ini. 💪 Ummi berjaya menghadapi tangisan Adam dengan cool. Bukan senang oi.. 😂😂

Ummi jumpa cara baru nak redakan tangisan Adam dan tidurkan Adam untuk hari ini. Tak tahulah berkesan tak untuk hari esok. 😁

Rupanya baby pun suka kalau kita acknowledge emosi dan kekeliruan mereka. Ini antara tips yang saya dapat melalui pembacaan.

 Bila kita sebut kita faham dan tahu mereka sedih, sebenarnya mereka faham kita cuba memahami. Yelah, mereka tak boleh nak ekspresikan dengan kata-kata ,jadi tangisan dan bahasa badanlah ekspresinya. Jadi ibu bapa kena peka dan tahu tentang perkembangan emosi anak kita bila umur tertentu supaya kita lebih tenang dan bahagia.

Bila kita positif hadapi tantrum anak dan give time untuk dia lepaskan, bila dia datang pada kita, cuba tenangkan dan alih perhatian anak, insyaAllah anak akan lebih senang untuk tenang.

TIPS HADAPI TANTRUM BANYAK DISEBUT BILA SAYA BACA.

1- Beri anak masa untuk nangis dan lepaskan emosi mereka.

2- Bila bertenang, mereka akan datang balik. Takpun, kita pergi dekat anak, pujuk dengan lembut dan alihkan perhatian dengan mainan, nyanyian dan sebagainya.

3- Banyakkan bersabar dan tidak berkasar. Kelak anak kita juga akan turut sama berkasar.

Nak buat memang susah dan memerlukan kesabarannn, tapi insyaAllah sabar yang manis akhirnya. 😊

#catatanparentingsyakira
#ummimasihbelajar

Tuesday, March 12, 2019

TIPS DAN KELEBIHAN AJAR ANAK MAKAN SENDIRI

SHARING : AJAR ANAK MAKAN SENDIRI

Alhamdulillah, Adam dah perlahan-lahan boleh guna garpu untuk makan. Guna sudu masih belum boleh sangat lagi . Takpe, step by step kita cuba bina motor skill. 😊

Penting sebenarnya kita ajar anak kita makan sendiri. Suap makanan sendiri, minum air sendiri, kemas tempat makan sendiri. Untuk ajar anak berdikari dan meningkatkan saraf motor anak-anak.

Kita ajar anak makan sendiri, bukan sebab kita malas atau kita nak syok-syok makan tanpa gangguan, tapi kita nak anak kita pandai berdikari. Percayalah, anak kita lebih dari boleh untuk buat tapi kita kena ajar dengan penuh kesabarannnnnnn.. 😁

Dan sebenarnya ajar anak makan lagilah membuatkan kita tak tenang juga nak makan, sebab tumpah situ, tumpah sini. Buang situ, buang sini. Tapi, lumrah kanak-kanak kan, mana ada yang terus pandai. Kitalah yang kena sabar dan didik tanpa henti dan berulang kali.

Bak kata suami Zulkifli Abd Rahman ," Takpelah Adam, Abi dulu pun masa kecil, bukan terus pandai makan sendiri. Sekarang pun, Abi ada tertumpahkan air walaupun dah besar panjang". Kita pun dengar, muhasabah jugak.

Ketika seminar parenting hari tu pun , Ibu Rose ada share.

Mungkin bila kita sabar dengan anak kita yang kecil dan lemah  tertumpahkan air disebabkan tak pandai pegang atau jarinya kecil pada saat ini, satu hari nanti, bila kita dah tua, dah tiada tenaga, tangan pun terketar-ketar, anak kita pula yang bersabar dengan kita sebab tumpahkan air atau makanan. 😭

Allahu.. Terus sentap bila dengar.

Bisiklah pada anak sambil lap air yang dia tumpahkan, " Hari ini ummi sabar dengan Adam, sebab tumpahkan air , ummi tahu Adam masih tak pandai, tangan Adam kecil, tak kuat. Jadi bila ummi dah tua nanti, masa ummi dah takde tenaga ,tangan pun tak kuat , harap Adam pula yang sabar dengan ummi ye."

Nescaya sambik lap air dengan anak , kita pulak yang keluar air mata. 😂

Ibu Rose ada cakap dialog macam ini
adalah PROGRAMMING OUR FUTURE. Moga melekatlah dalam minda anak kita.

Nak share.

Lima sebab perlunya biasakan anak makan sendiri

• Meningkatkan kemahiran menggunakan deria

Waktu makan adalah antara waktu yang paling banyak memberi pendedahan kepada anak kecil dengan deria baru seperti rasa, bau, dan tekstur. Membiarkan mereka memegang makanan mereka sendiri adalah cara yang baik untuk mengembangkan kemahiran menggunakan deria mereka.

• Meningkatkan kemahiran koordinasi

Pergerakan menceduk dan menyuapkan makanan memberikan peluang yang baik bagi anak-anak anda meningkatkan kemahiran koordinasi tangan, tetapi mungkin ia akan mengambil sedikit masa sebelum mereka berupaya untuk tidak menumpahkan makanan. Bersabarlah!

• Memupuk nilai berdikari

Membiarkan bayi anda menyuap makanan sendiri dapat memupuk nilai berdikari pada diri bayi anda, tetapi pastikan juga anda mengawasinya supaya tidak terlalu gelojoh atau berlaku sebarang perkara tidak diingini.

• Penggunaan dan kesedaran anggota badan yang lebih baik

Dalam anak anda melatih diri untuk menyuapkan makanan, mereka akan mempelajari di mana letaknya mulut, berapa banyak daya yang diperlukan untuk menggerakkan tangan, cara memegang cawan dan lain-lain anggota badan yang digerakkan.

• Pembangunan saraf motor

Anak anda berupaya meningkatkan kemahiran menggunakan saraf motor. Mereka akan belajar sendiri cara membuka mulut, cara mengambil makanan daripada sudu atau bagaimana untuk mengambil makanan yang tertinggal di bibir. Semua ini akan meningkatkan kemahiran penggunaan saraf motor anak anda.

Rujukan artikel SI KECIK SUAP MAKANAN SENDIRI, tulisan SITI NADIRAH HAFIDZIN.

Bersepah memang tak dapat dielakkan. Jadi untuk kurangkan tenaga dan stress nak kemas, saya buat macam ni.

1- Makan di meja makan. Bukan makan di depan tv, dekat sofa atau tempat lain. Kita didik anak untuk makan di tempat makan.

2- Saya guna baby chair. Kalau tak memang susah nak bagi makan, sambil Adam duduk diam-diam. ( Untuk pastikan anak behave ketika duduk di baby chair dan makan, tips ni boleh rujuk latest post fb Adlil Rajiah. Beliau ada share ).

3- Pastikan pakai baby bib. Saya beli yang kalis air. Bukan cotton. Yang ni beli dekat Shoppee RM 5 saja. Saya beli 3 helai, boleh prepare pergi jalan-jalan or balik kampung. Mula-mula dulu, Adam tak nak pakai, jadi pasrahlah bajunya kotor masa makan. Lama-lama, tak tahulah kenapa tetiba bila pakaikan,  Adam dah tak buang dah. Jadi ummi bersyukurlah pada Allah. 😄

4-  Bawah baby chair ,saya bentangkan kain buruk , bila makanan jatuh ,jatuh atas kain . Senang nak kemas. Tak susah nak sapu.

5- Lepas makan, of course  bersepah atas baby chair anak, jadi ajak anak bersihkan sama-sama. Ajak anak kutip makanan yang dah jatuh kat atas meja. Percayalah, memang lambattt anak kita kutip tapi bersabarlah. Kita pasti happy kalau lepas ni, anak dah pandai kemas sendiri. Saya ajar Adam lap meja dia dengan tisu. Buat sama-sama. Lagi anak suka.

Tapi akan ada hari , anak tiada mood atau cranky, jadi sesuaikanlah dengan kondisi anak masing-masing.

Tapi yang pasti, kita sebagai ibu bapa yang kena ajarkan. 😊

Tips nak ajar anak makan sendiri dan baik:

IBU BAPA JANGAN CEPAT PUTUS ASA, SEBAB KADANG-KADANG KITA YANG CEPAT PUTUS ASA DARIPADA ANAK KITA. ANAK KITA TAK PUTUS ASA LAGI KITA DAH LETIH TENGOK SEBAB LAMBAT, BERSEPAH DAN SEBAGAINYA.

#ummimasihbelajar
#catatanparentingsyakira

Thursday, March 7, 2019

JANGAN BIARKAN ANAK MENGEMIS KASIH SAYANG






Bila anak dah tidur, baru boleh menulis. 

Bila anak dah tidur, terasa sayu juga melihat wajah anak sendiri. Mak-mak selalu macam tu. 😂

Adam dalam fasa menjadi bayang ummi. 😂
Mengekori ke mana saja ummi pergi. Nak masak, ikut. Nak tengok apa yang ummi dok kacau dalam kuali. Nak ke dapur ambil barang,ikut. Nak ke bilik, ikut. Boleh kata macam dah jadi sebahagian dari ummilah. 

Sesekali timbul rasa , aduh, letih juga ada yang mengikut macam ini. Tak jalan semua kerja rumah. 

Tapi selalu teringat ilmu parenting yang saya baca dan baru-baru ini , ketika seminar bersama sis Adlil Rajiah dan ibu Rose.

Waktu anak kita kecil ni, tak lama pun. Sekejap saja. Sedar tak sedar, dah 6 bulan, setahun, lima tahun, masuk sekolah rendah.

Sabarlah sebentar ketika waktu anak kita kecil. Sampai bila je anak akan ikut kita. Pejam celik, pejam celik, kita pula yang dok mengikut anak kita. 

Positifkan minda. 
Hargailah kasih sayang anak kita pada kita sekarang.
Kasih sayang anak kecil besar sangat. 
Tak reti nak marah ibu ayah lama-lama, tak reti nak berdendam lama-lama.
Senang sungguh memaafkan ibu bapa ,tak seperti kita orang dewasa. 

Sebab itulah, sekarang saya cuba ,bila Adam berkepit nak main dengan saya, saya tinggalkan kerja rumah sebentar. 

Pinggan mangkuk, kain baju, lantai tak bersapu,  kain tak terjemur, bisnes online, mesej tak berbalas boleh tunggu, tapi masa dengan anak tak dapat kembali semula.

Janganlah kita kerap ber"kejap" ,  ber"nanti" dengan anak. 
Kadangkala kita kata kejap ye, tapi rupanya kita tipu anak sendiri. Bukan kejap kita buat urusan kita, tapi lama sampai anak tertunggu. 

Saat dia nak berkepit tulah saat yang paling dia perlukan kita , saat yang paling baik kita nak didik, nasihat dan ajar mereka tentang perkara baru. 

KNOW YOUR PRIORITY.
YOUR CHILDREN IS YOUR PRIORITY.

Quote yang paling menyentuh hati ketika seminar hari itu :

" TO THE WORLD, YOU ARE A MOTHER.
TO YOUR CHILD, YOU ARE THE WORLD".

Aahlah, dalam hati mengiakan. 
Kita orang dewasa dah bina dunia kita. 
Kawan-kawan, kerjaya, skill dan sebagainya.
Kita dah lalui macam-macam.
We have everything.

Tapi anak kita. 
Kitalah dunia mereka.
Kitalah guru pertama mereka. 
Kitalah rakan permainan mereka.

Kitalah tempat mengadu. 
Kitalah tempat bercerita.
Kitalah tempat mereka dapatkan perlindungan.

QUOTE yang mengharukan juga ketika seminar hari tu:

"YOU MAY LOOK UP TO EVERYONE SUCCESSFUL IN THE WORLD , BUT REMEMBER THERE IS  SOMEONE WHO WILL ALWAY LOOK TO YOU."

Siapa ?
Anak kita. 

Allah.. rasa macam nak peluk anak terus masa baca quote ini. Too meaningful! 

Antara perkara yang menakutkan Adam adalah bunyi mesin basuh (sekarang dah kurang takutnya sebab selalu brainwash dia ,yang mesin basuh tu baik, tolong ummi basuh baju 😂 )

Tiap kali Adam mendengar bunyi mesin basuh, tiap kali itulah dia akan berlari , cari pelukan ummi ).
Kadangkala rasa macam special , excited sebab dia cari perlindungan dekat kita , anak kita percaya kita adalah tempat yang selamat untuk dia berlindung. 

Pernah tak kita ibu bapa rasa macam special dan excited bila anak datang kat kita bila mereka takut ?

Atau. 
Kita marah balik.
Kita tunjukkan wajah tak senang.
Atau kita kata alah, tak perlu takut pun benda macam tu. 
Merendah-rendahkan ketakutan dan kebimbangan mereka.

Sepatutnya kita menenangkan dan menceritakan kenapa ketakutan dan kebimbangan mereka itu tak sepatutnya ada. 

Yelah, budak kecil pastinya takut dengan bunyi mesin basuh, sebab dia kecil. Kita pulak dah besar dewasa. 

THE POINT IS : Bila anak kita perlukan kita, luangkanlah masa dan emosi. 

Jangan biarkan anak kita mengemis kasih dan perhatian dari ibu bapanya sendiri. 
Kasihanilah anak kita. 

Anak adalah amanah dan anugerah. 
Hargailah dan berbuat baiklah.
Ikhlaslah memberi kasih sayang.

Saat anak kecil dan innocent sekejap je, tak lama. 
Cipta memori dan kenangan bersama. 

Please , jangan bagi gajet untuk isi masa anak. 
Teknologi takkan mampu menyamai sentuhan dan belaian ibu bapa. 

Percayalah, bila kita luangkan masa untuk anak walaupun letih dan sibuk  ,bila kita dah tua, anak akan luangkan masa bertanyakan khabar meskipun jauh , meskipun anak sibuk dan letih. 
😊

Wan Nur Syakira 

#catatanparentingsyakira
#ummipunmasihbelajar

Sunday, March 3, 2019

TANDA KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA

Dari Ibnu Abbas r.a katanya : " *Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu :*

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur

2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh

3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh

4. Albiatu sholihah, iaitu suasana yang kondusif (baik) untuk iman kita

5. Al malul halal, atau harta yang halal

6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama

7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah."

Adakah kita sudah bahagia?
Kalau kita tiada tanda ini, carilah dan binalah kebahagian kita.
Kerana hanya kita sendiri yang mampu menciptanya.


Wan Nur Syakira

Thursday, February 28, 2019

MEMUSNAH FITNAH, MENGHIDUP MAWADDAH

Fitnah alam maya sangatlah merbahaya dan menyakitkan.
Terkena kepada insan biasa sehinggalah pemimpin dalam negara.

Sangat merbahaya hingga kita sebagai pembaca dan pendengar jadi keliru dan pening.
Timbullah pelbagai sangkaan.

Di kala adanya banyak berita begini, berhentilah sebentar membaca.
Di kala orang bercerita berita begini di sekeliling kita, berhentilah mendengar.

Sesekali terdetik baca komen di laman facebook akhbar tentang sesuatu berita.
Sedih baca.
Sebab banyak penilaian dan kata-kata yang sangat dasyat, tiada langsung sangkaan baik dan kata-kata yang baik.
Last sekali, dah kurangkan baca sebab tak nak terkena tempias negatif yang ada.


Doalah dalam hati,
Ya Allah, jauhkanlah hati ini dari mempercayai dan terpedaya dengan fitnah kepada sesiapa sahaja.
Jauhkanlah kami juga dari panahan mata manusia dan mata syaitan.
Jauhkanlah keluarga kami dari bahaya fitnah dan hasad.

Tambahkan juga doa ini dalam solat.

Kita tak tahu.
Apa yang menimpa mereka juga mungkin boleh berbalik pada kita.
Jika kita turut sama  seronok mempercayai dan menyebar fitnah.

Jangan kita tergolong dalam insan yang bergembira "meratah" daging saudara sendiri.

Kita kena akui ,
Sudah akhir zaman,
Semua jadi kucar kacir.
Selalu yang jahat jadi baik.
Yang baik jadi jahat .
Kerana fitnah dan keburukan.

Moga Allah terangi hati kita,
Untuk kenal mana baik dan buruk.
Untuk kuat melakukan segala yang baik dan tinggalkan yang buruk tanpa putus asa.
Untuk teguh bernafas dalam kebaikan meskipun lemas lautan keburukan.

Biar yang buruk makin hilang.
Biar fitnah makin pudar


Wan Nur Syakira

Monday, February 18, 2019

DOA ,SENJATA IBU UNTUK ANAKNYA



Realiti masa sekarang, generasi berakhlak makin pudar dan hilang. Pemuda pemudi sekarang makin hilang adab dan malu. Lihat saja apa yang dikongsi di media sosial mereka. Dengar saja kisah guru yang mengajar di sekolah.



Makin tenat.
Makin parah.
Cakap-cakap mereka bukan biasa-biasa.


Selaku ibu, selalu bimbang tegarkah dan mampukah untuk semai akhlak yang baik dalam diri anak.
Nak tak nak, ibu bapa harus jadi qudwah yang baik dan boleh dicontohi oleh anak.


Nak share amalan peribadi yang selalu saya buat untuk Adam, setiap kali pakaikan baju dan seluarnya, saya akan bacakan doa memakai pakaian kuat-kuat .

" Ya Allah, sebagaimana Kau cantikkan rupaku, Kau cantikkanlah akhlakku."


 Lalu saya lanjutkan dengan doa,

"Ya Allah, jadikanlah Adam anak yang soleh, anak yang mudah dididik dan dilentur, anak yang jaga solat , quran dan akhlaknya", dan saya lanjutkan juga doa-doa yang lain.

Tak lupa, doa, " Ya Allah ,berilah kekuatan dan kesabaran buat abi dan ummi untuk didik anak -anak. Moga dapat jadi contoh yang baik buat anak". Doa untuk diri kita juga.


 Dengan harapan, moga Allah makbulkan doa ini dan Adam mengerti harapan umminya ini.



Satu lagi, pengaruhi minda separa sedar anak. Ketika anak sudah mahu tidur, sudah lali, bisikkan doa dan harapan kita untukknya.

Bercakaplah dengan anak kita tentang akhlak yang baik sambil menyusu dan anak sudah mahu terlelap.

 Kuasa minda separa sedar ini sangat hebat dan akan terkesan untuk jangka waktu yang lama. Orang barat kata, " bed time story". So, ambillah peluang ini untuk doakan, nasihatkan anak biarpun anak masih kecil. Moga ada hasilnya buat ibu yang tiada putus asa mendidik. Tips ini saya dapat dari kuliah Ustazah Asma' Harun.


Sudah pasti, tiada kelihatan lagi kesannya pada waktu ini, kerana Adam masih kecil. Belum menginjak 2 tahun pun. Tapi sebagai ibu, wajib kita usaha untuk anak tersayang. Kita juga sebagai ibu, haru sentiasa berubah jadi lebih dan baik. Kitalah role model pertama mereka.


Moga Allah hiasi anak kita dengan akhlak mulia.
Moga keluarga kita bahagia dengan berakhlak mulia.
Moga Allah himpunkan kita satu keluarga di syurga dengan asbab akhlak mulia. Amin. 😊

#tipsparentingbahagia

Wan Nur Syakira


Thursday, February 7, 2019

TIPS RUMAHTANGGA BAHAGIA




Alhamdulillah, hari ini tepat usia 3 tahun akad nikah saya dan suami. Majlis perkahwinan kami dulu pun ketika cuti raya Cina.  Ramai sahabat mendirikan rumahtangga raya cina ni. Antara perkara yang saya buat sebelum bernikah dulu, meminta nasihat daripada mereka yang sudah berkahwin.

Tips dan nasihat yang diberi sangatlah berguna dan menjejak realiti. 😁 Membuatkan kita lebih bersedia menghadapi kehidupan berkeluarga.

Sempena ulangtahun yang ketiga , nak share nasihat dan tips untuk semua ( hasil perkongsian family dan sahabat, pembacaan, dan belajar dari suami ).

1- Kena sentiasa sabar, sabar dan sabar. Ini pastinya sifat yang wajib ada. Sebagaimana pasangan bersabar dengan kerenah kita, kita perlulah juga bersabar dengan kerenah dia.

2- Jangan meletakkan expectation yang terlalu tinggi. Jangan gambarkan kehidupan kahwin itu seperti drama yang kita selalu tengok itu. Jangan expect pasangan kita akan buat itu dan buat ini, bagi itu dan bagi ini. Nanti kita akan kecewa jika expectation kita tidak kesampaian, terima apa jua mengikut kemampuan bersama. Bila kurang expectation, kita akan tetap bahagia dan bersyukur walaupun pasangan kita memberi atau buat benda yang kecil dan simple.  Banyakkan memberi, insyaAllah ada masa kita akan menerima. Lalui hidup dengan sederhana. Sama-sama bina hidup sedikit demi sedikit.

3-  Toleransi yang maha besar. Masing-masing punya karakter dan perangai. Jadi, bersedialah untuk bertolak ansur. Jangan terlalu fikir diri sendiri sahaja, kerana perkahwinan itu bukan hanya tentang aku, tetapi ia tentang kita tapi tanpa dilupa juga hak pasangan sebagai individu.

Rasulullah SAW bersabda: "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

4-  Jadilah insan yang pemaaf dan jangan sesekali mengungkit kisah lama yang telah dibincang dan dimaafkan. Jangan ungkit! Itu bahaya. Boleh jadi barah dalam diam. Maafkanlah dan lepaskanlah. Kita dan pasangan tak sempurna, ada cacat cela, saling memaafkan.  Bila buat salah, minta maaf dan rendahkan ego serta berani menghadapi kesalahan. Kadangkala ada situasi yang memerlukan kita meminta maaf meskipun kita rasa kita tak salah, sebab ianya adalah tindakan yang sesuai pada waktu itu, untuk meredakan keadaan dan bukan pada waktu lain.

Apologizing does not always mean you're wrong and the other person is right. It just means you value your relationship more than your ego.- Mark Matthews



5- Selalu berkomunikasi. Jangan selalu dipendam masalah dan perkara yang perlu diselesaikan. Bila pasangan bercakap, diam dan dengar begitulah juga sebaliknya. Bagi ruang sesama sendiri untuk beri pendapat. Jangan cepat memintas. Sentiasalah menggunakan bahasa yang baik , bukan bahasa yang kasar dan mencarut. Mulakan dari awal perkahwinan, supaya jadi budaya. Walaupun dalam keadaan marah, bahasa tetap terjaga.

6- Kalau pasangan kita tengah marah , sebaiknya kita diam dan dengar. Tolak ke tepi, dia salah atau kita salah. Jikalau kita turut sama marah dan meninggi suara, keadaan akan jadi bertambah teruk dan luar kawalan , mungkin ada yang terluka kerana terlepas perkataan yang kurang elok disebabkan marah dan geram. Tak mudah nak buat tips ni, ya saya tahu. 😁 tapi ianya sangatlah membantu untuk menghalang pergaduhan menjadi lebih besar dan besar. Bila dah sejuk, baru bincang lagi sekali.

7- Ilmu sangat penting! Ilmu merangkumi semua benda. Tahu tanggungjawab dan hak  sebagai seorang isteri dan suami secara mendalam, bukan tahu acuh tak acuh sahaja.Hukum hakam berkaitan perkahwinan, hubungan suami isteri, hubungan kaum kerabat dan sebagainya. Ambil tahu ganjaran menjadi suami dan  isteri yang bertanggungjawab dan soleh solehah supaya lebih bermotivasi untuk jadi pasangan yang baik. Seeloknya tambahkan ilmu mengenai cara komunikasi antara lelaki dan perempuan, psikologi lelaki dan perempuan. Oleh sebab itu, kalau ada apa- apa, saya cuba untuk terus terang, malas nak berkias, hasil baca buku Men from Mars, Women from Venus. Sangatlah membantu, barulah hidup tak emo sepanjang masa sebab kita dah tahu nature pasangan dan kita tahu apa nak buat.

8- Bersedia untuk meraikan dua keluarga. Kini, kita sudah mempunyai keluarga mentua. Kita sudah punya dua ibu dan dua ayah. Alangkah indahnya nikmat ini.  Bergaullah dengan baik semampunya. Bersedia menerima keadaan keluarga pasangan dan berusaha menyesuaikan diri. Mempunyai ipar duai yang baik dan best adalah salah satu nikmat juga! 😊 Alhamdulillah, saya dikurniakan nikmat ini. Hehe.

8- Doa jangan lupa. Selalu berdoa agar cinta antara suami isteri diikat dengan cinta Allah. Bercinta kerana Allah. Berdoa agar diberi kekuatan untuk mencintai kelebihan mahupun kekurangan pasangan dan menerima seadanya. Dijauhkan dari panahan mata syaitan dan manusia. Dikurniakan zuriat yang soleh solehah.  Dilimpahi sakinah ,mawaddah dan rahmah.

Solat jemaah bersama jadikan budaya. Paling kurang, sekali sehari solat jemaah. Lagi power, kalau boleh, masa gaduh pun, boleh solat sekali. Hehe. Saling mengingati sesama pasangan. Adakan sesi berkongsi peringatan seminggu sekali.

Moga terpelihara keluarga kita dari azab api neraka.

Firman-Nya yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka." (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Sama-sama memberi layanan terbaik pada pasangan, ibu bapa dan keluarga, insyaAllah bahagia rumahtangga.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sembahlah Allah SWT dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, ahli keluarga, anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri. Sebelum kita melakukan kebaikan kepada orang lain, perlu dilihat adakah kebaikan atau ihsan kita sampai kepada kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga kita terlebih dahulu." (Surah an-Nisaa', ayat 36)

Semua tips ini saya belajar dari keluarga, ,kawan-kawan, orang sekeliling, pembacaan, ceramah dan pengalaman perkahwinan setahun jagung. Saya dan suami juga masih belajar dan belajar untuk mangharmonikan rumahtangga. Saya sendiri pun masih banyak kelemahan. Lain orang ,lain pendapat dan pengalaman ,tak sama perjalanannya. Namun, matlamat tetap sama ,kita mahu kita dan keluarga bukan saja bertemu di dunia, tapi berbahagia juga di syurga. 😊

Moga Allah mudahkan segala urusan sahabat semua yang bakal mendirikan rumah tangga. 🤗

Moga dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah seperti mana yang firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya (sakinah) dan dijadikan-Nya di antaramu mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah ar-Ruum, ayat 21)

Doakan juga perkahwinan kami kekal hingga ke syurga Firdaus! 😊

#tipsmensyurgairumahtangga
#thirdannivesary

Monday, January 21, 2019

AIB YANG DIBUKA

Bahayanya media sosial yang wujud sekarang membuatkan kita terleka dan terlalai akan buruk dan dosa yang sengaja dikongsikan untuk tatapan semua orang.

Ya, kini semuanya nak dikongsi.
Semua tentang hidup kita.
Apa yang kita buat, siapa yang kita jumpa, di mana kita berada.

Berlumba update dan share.
Sampai lupa apa sebenarnya yang kita share tu.

Share ootd kita yang tak kurang sempurna menutup aurat , kita tahu dosa  tapi kita tutup mata demi nak berkongsi. Tiada segan , tiada rasa serba salah memperlihatkan apa yang perlu ditutup.

Share gambar bersama boyfriend dan tunang yang kadang-kadang lebih dari lagak suami isteri, kita tahu tak betul, tak berkat hubungan ini tapi kita tutup hati dan mata. Tidak lagi segan menunjukkan kasih ,rindu pada dia yang belum menjadi suami pada khalayak manusia.

Share gambar berparti, bergaul tanpa batasan, pergi ke tempat yang kurang baik untuk kaki jejakkan kaki ( konsert, kelab, etc ).

Dulu kita segan dan malu nak berkongsi benda yang kurang betul kita buat, tapi sebab ramai yang buat, kita terikut.

Ada perkara yang kita tahu kita buat salah, dosa atau keburukan, tapi tak mampu lagi nak berhenti, janganlah berkongsi dan tunjukkan pada manusia.
Jangan ditambah berat dosa yang kita lakukan.
Cukuplah aib kita, biar kita yang tahu.

Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
.
” Setiap daripada umatku diampunkan melainkan golongan mujahirin. Antara perbuatan mujaharah ialah di mana seorang lelaki melakukan satu amalan pada waktu malam kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada waktu malam. Lalu dia berkata : Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan ini dan perbuatan itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan lalu dia bangun pagi dan mendedahkan apa yang Allah tutup darinya.” (Riwayat al-Bukhari(6069)
.
al-‘Aini menyatakan bahawa perbuatan mendedahkan dosa yang dilakukan adalah perbuatan yang gila. (Rujuk ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari (32/225)
.
Ini bermakna, jangan sesekali mendedahkan dosa yang dilakukan jika ianya bertujuan untuk berbangga dan memperkecilkan dosa. Simpan dan sembunyikanlah ia. Biar ia menjadi rahsia antara kita dengan Allah. (Rujuk Fath al-Bari (10/486)



Kuatkanlah hati dan iman untuk simpan.
Kita tak tahu berapa ramai yang lihat dan terkesan.
Lebih teruk, ada yang mencontohi.
Bayangkan bertambah lagi berat keburukan yang kita buat.

Kita buat, kita tunjuk, ada yang ikut.
Allah..
Kasihanilah diri kita sendiri.

Cuba kita bayangkan.
Kita tiba-tiba takde, Allah tarik nyawa.
Orang akan lihat timeline fb,tweet, atau gambar ig.
Itulah kehidupan kita selama ini.

Itulah.
Yang kurang berkat, kita kongsi.
Yang salah, kita tunjuk tanpa malu.
Yang kurang betul, kita share tanpa rasa bersalah.

Ruginya kita.
Allah tutup aib, kita buka sendiri.

Jom refresh soc med kita.
Cuba padam yang buat hati kurang tenang.
Padam yang salah dan dosa.
Simpan sendiri, tutup rapat-rapat.
Cuba tahan untuk tak kongsi.

Masih tak boleh dan tak kuat nak berhenti buat yang buruk.
Doa dan usaha.
Doa dan usaha.

Ingatlah, banyak sungguh yang kita tunjuk kat manusia, nanti bila dah putus nyawa, banyak tak kita nak tunjuk dekat Tuhan?

Moga Allah kuatkan kita untuk jaga aib dan dosa kita.
Moga Allah kuatkan kita untuk tinggalkan dosa dan benda yang tak berkat.
Moga Allah kuatkan kita untuk buat banyak kebaikan dan pahala.

Wan Nur Syakira

Tuesday, January 15, 2019

JANGAN GOPOH MENILAI TAKDIR

Beriman pada Qadha' dan Qadar.

Ramai yang gagal melakukan.

Di sebalik takdir dan ujian, Allah akan hadirkan hikmah.

Mungkin tak terlihat di awalnya ,mungkin juga kan terzahir di tengahnya dan mungkin jua akan tersua di akhirnya.

Ramai yang tak sabar menanti hikmah. Ramai tergopoh gapah menafsir lekukan ujian yang datang tanpa menghiraukan ia datang dari Tuhan.

Kerana manusia inginkan kepastian yang segera dan dapat dilihat sekarang, terlupa hikmah itu pasti datang.

Jadi akhirnya dek kegopohan, hikmah yang datang asyik terhijab kerna terlalu banyak menyoal takdir daripada merenung takdir dalam-dalam.

Allah takkan datangkan sesuatu yang sia-sia.
Cuma yang kita terlalu gopoh menilainya.

#tipskoreksihati

Wan Nur Syakira

BERHENTI MELIHAT MEREKA

Sederhana menjalani kehidupan.


Hidup dikelilingi media sosial kadangkala membuatkan kita menyoal kehidupan sendiri.


Kenapa hidupku tak semewah mereka ?

Seselesa mereka ?

Seindah mereka ?

Sebahagia mereka?

Secantik mereka ?


Bergelumang dengan tayangan kehidupan insan lain, selalunya buat kita lupa akan keindahan kehidupan kita sendiri.


Membuatkan kita lupa hakikatnya sederhana itu lebih menenangkan dan membahagiakan.


Sederhana itu lebih dekat dengan redha Tuhan.
Sederhana itu lebih dekat dengan nabi junjungan.



Jangan terlalu percaya dengan apa yang kita lihat.
Kita tak tahu di sebalik kehidupan mereka.
Kita tak tahu kisah di sebalik hati mereka.


Usahlah terlalu memandang hidup mereka.
Membandingkan hidup mereka dengan kita hingga lupa banyaknya yang kita ada.


Lupa apa itu syukur.
Lupa apa itu cukup.
Lupa apa itu kaya yang sebenar.


Kaya itu cukup, kaya itu bila kita dilimpahi redha dan kasih sayang Tuhan, bukan semata kasih manusia , kaya itu bila kita mampu berkongsi, kaya itu bila kita bersederhana ,kaya itu bila kita bebas dari perasaan hasad dan riyak, kaya itu tidak membazir dan banyak lagi definisinya.


Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Nah, definisi kaya dari baginda. 😊



Ingatlah punya harta yang banyak itu banyak tanggungjawab.

 Sabda Rasulullah SAW:

لاَ تَزُوْلُ قَدَمَا عَبْدٍ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ: عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَ أَفْنَاهُ, وَعَنْ عِلْمِهِ مَا فَعَلَ بِهِ, وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَ أَنْفَقَهُ, وَعَنْ جِسْمِهِ فِيْمَ أَبْلاَهُ.

“Tidak terlepas kaki seorang hamba sehingga ia akan ditanya tentang empat perkara (yaitu):Tentang umurnya untuk apa ia habiskan?;Tentang ilmunya untuk apa ia amalkan?; Tentang hartanya darimana ia dapatkan kemana ia belanjakan?; dan  Tentang badannya untuk apa ia gunakan?.Sunan Tirmizi


Pokoknya, memerhati, usah sampai lupa mensyukuri.
Memerhati, jangan sampai menyoal takdir sendiri.
Memerhati, biar tanpa hasad di hati.
Memerhati, biar bersama doa mengiringi.

#tipskoreksihati

Wan Nur Syakira

Sunday, January 13, 2019

BERDOALAH UNTUK KEKAL DALAM KEBAIKAN


Kadang-kadang bila kita melakukan kebaikan melalui perbuatan, cara kita hidup, cara kita berpakaian, Allah akan datangkan ujian untuk uji kekuatan kita melakukannya.


Mungkin Allah nak uji adakah kita lakukan semua tu kerna pandangan manusia atau pandangan Allah.

Sebab kadang-kadang, kita lakukan sebabkan nak impress mak ayah, family, kawan, suami atau sesiapa saja.

So last sekali, bila kita diuji dengan perginya manusia yang kita ingin dia kagumi kita, kita pun berhenti buat itu. Sebab dia dah tiada. Kenapa nak buat lagi benda baik tu?

Cuba tanya diri?
Pernah tak jadi macam ni?

"Itu" boleh jadi apa saja.
Boleh jadi cara kita bercakap, cara kita berpakaian, ibadah kita dan sebagainya.

Sebab itu, jangan tinggal doa sewaktu kita melalui hari dengan kebaikan.

"Ya Allah,ikhlaskan aku dalam melakukan kebaikan dan berikan kekuatan untuk istiqamah dalam melakukannya".

Salah satu doa yang sering dibaca nabi Muhammad.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَ عَلَى طَاعَتِكَ
" Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu".

Kita tak tahu masa depan.
Kita tak tahu sebesar mana ujian.
Boleh jadi nikmat juga buat kita gagal untuk istiqamah.

Yang boleh kita minta, semangat dan iman yang kuat untuk lalui bila mana ujian dan nikmat datang.

Jika pada mulanya, kita melakukan kebaikan kerana manusia, berusaha untuk jadikan amal itu kerana Allah,doalah pada Allah ,hadirkan ikhlas kerana Allah, bukan lagi manusia.

Kerana bila manusia pergi, kita masih teguh di situ.
Buat baik tanpa goyah.

Kerana kita buat kerna Allah.
Yang takkan pergi dan takkan mati.

#tipskoreksihati

Wan Nur Syakira

Thursday, January 3, 2019

HATI YANG SIHAT SUKAKAN NASIHAT

Tanda hati kita sihat dan sejahtera dengan iman adalah kita mampu mendengar nasihat daripada sesiapa sahaja.

Tanpa mengira sesiapa itu "siapa" .
Tanpa melihat jawatan, darjat, umur , mahupun harta.

Cuba kita renungkan mampukah kita merendah hati dan mendengar nasihat dari orang yang muda dari kita sama ada kanak-kanak, adik kita, atau anak kita.

Adakah kita mampu mendengar nasihat dari sahabat kita yang sama umur mungkin?

Jika kita terasa malas dan memandang rendah dengan nasihat sesiapa atas alasan mereka tidak sama dari segi sesuatu dengan kita, itu tanda hati kita bermasalah. Bimbanglah akan keadaan hati kita kalau kita rasa macam tu.

Mungkin kita kadang-kadang adore dengan penyampaian seseorang atau sesetengah ustaz atau ustazah, dan tidak menyukai cara penyampaian sesetengah pendakwah yang lain, tapi itu tak bermakna kita boleh memandang rendah pada nasihat yang mereka sampaikan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda ;

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi. Ada seseorang yang bertanya, Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus ? Beliau menjawab, Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain”. (HR. Muslim no. 91).

Tak ingin mendengar nasihat salah satu tanda kesombongan yang ada pada diri. Moga dijauhkan hati kita daripada sifat ini.

Hati yang sedia menerima nasihat, ini adalah sesuatu yang sangat hebat kerana hati ini mudah dibentuk dan akan sentiasa ingin cuba berubah menjadi lebih baik dan baik. Tak kira kita tua atau muda, atau dah beruban sekalipun.

Jika hati mudah dibentuk meskipun umur sudah keemasan, insyaAllah sosok itu akan sentiasa berubah menjadi lebih baik dan baik.


Nak kongsi satu doa yang saya baru berjinak-jinak amalkan adalah " Ya Allah, jadikanlah hati aku mudah menerima nasihat dan mudah dibentuk.

Pada mulanya, saya doakan untuk memiliki anak-anak yang mudah dilentur dan dididik. Tiba-tiba saya terfikir, takkanlah mahu anak saja yang mudah ditegur dan dididik, sepatutnya diri sendiri yang sebagai ibu dan anak juga lagilah utama punya hati sebegitu.

Ye bukan mudah, ianya perlukan mujahadah nak lawan ego dan apa jua anasir negatif dalam diri, tapi nak tak nak ,kita kena lawan juga kan? 😊


Moga Allah kurniakan hati yang sejahtera sentiasa pada kita semua.
Bukanlah hati yang panas dan memberontak mendengar nasihat yang baik,
tetapi hati yang tenang dan bahagia mendengar nasihat dan peringatan.

Sebagaimana do’a Nabi Ibrahim (Alahissalam) yang didalam Surah As Syu ‘ara, ayat 87-89:

“Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan,(yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera ( Qalbun Salimun)".

#tipskoreksihati

Wan Nur Syakira