Saturday, December 29, 2018

MEMAAFKAN ITU MEMBAHAGIAKAN

Bukan mudah untuk memaafkan insan yang pernah buat salah pada kita.

Bukan mudah juga nak berbuat baik pada insan yang berbuat buruk pada kita.

Ya, bukan mudah. Sebab itu ganjarannya besar di sisi Allah.

Ya, bukan mudah. Sebab itu mintalah selalu dengan Allah supaya memiliki hati yang mulia, merendah hati, bisa meamaafkan dan berbuat baik tanpa batasan.

Allah Azza wa Jalla berfirman,

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan perbuatan baik, serta berpisahlah dari orang-orang yang bodoh. [al-A’raf/7:199]

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

 (Orang-orang yang bertakwa adalah) mereka yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya serta (mudah) memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. [Ali-Imran/3:134]

Memaafkan tidak akan mengubah masa lalu, tetapi pasti akan mengubah masa depan.

Hari-hari yang bakal dilalui lebih menenangkan dan bebas dari dendam dan kesedihan.

Moga kita berjaya mendidik hati kita.
Moga Allah memberikan kita hati yang mulia.

#tipskoreksihati

Wan Nur Syakira

Wednesday, December 26, 2018

MENSYURGAI RUMAHTANGGA : SENTIASA MENGHARGAI MENGIKAT HATI

Antara rahsia kebahagiaan dan keutuhan sesebuah rumahtangga adalah tidak berhenti mensyukuri dan menghargai pasangan.


Jangan berhenti menghujani pasangan dengan penghargaan, pujian dan kata-kata yang baik. Acknowledge semampunya usaha yang pasangan lakukan untuk membahagiakan rumahtangga.


Perkara kecil yang bermakna kadangkala kita "take for granted". Sedarkah kita kadangkala ada sesuatu yang pasangan kita suka ,tapi mereka tinggalkan kerana kita kurang suka.


Contohnya,pasangan berkorban memilih makanan, tempat dan barang yang kita suka daripada memilih apa yang dia suka. Pasangan bertanyakan apa makanan kesukaan kita dan cuba memasaknya. Nampak kecil tetapi itulah tanda betapa tolak ansur dan kasih sayangnya pada kita.


Sentiasalah berterima kasih dan acknowledge pencapaian pasangan.


" Terima kasih kerana hantarkan pergi kerja, bawak saya jalan-jalan hujung minggu, terima kasih sebab tolong dukung anak selalu, belanja makan, tahniah sebab berjaya tenangkan anak kita menangis, tahniah sebab berjaya selesai task di pejabat, tahniah sebab dah dapat gaji setelah bekerja penat lelah,  dan sebagainya. Little things but powerful! Trust me, its really works. 😊


Pernah baca, antara punca hubungan menjadi retak apabila pasangan mula mengabaikan perkara-perkara kecil ini dan take for granted lalu membuatkan rumahtangga hilang rasa ingin berbakti antara satu sama lain.



Cuba kita renungkan wajah pasangan kita ketika dia tidur. Mungkin tidur keletihan dan kepenatan, berbuat dan berkorban untuk kita. Cuba perhalusi kebaikan yang pasangan kita lakukan pada kita hari ini berbanding melihat perkara kecil yang negatif.


Ya, boleh saja kita mahu melihat yang negatif, lihat pada sesuatu yang buat kita terasa atau marah tapi kita yang rugi. Tak rasa bahagia. Tak rasa tenang. Padahal kebaikan yang diberi lebih besar saiznya berbanding kekurangan yang dilakukan. Jernihkanlah hati dan perasaan dengan kesyukuran.

Of course, its not easy. Sebab itu, dalam hidup berumahtangga, harus punya hati yang besar dan lapang.
Hati yang besar dan lapang dengan kebaikan, kemaafan, toleransi, dan kesabaran.
Harus berjuang untuk mengharmonikan perasaan dan rumahtangga.


InsyaAllah, lama-lama pasangan kita akan menyedari kesyukuran kita dan pasti akan berbuat sama. Jangan berhenti menghargai dan berdoa pada Allah, agar kita menjadi pasangan yang mensyukuri kebaikan manusia dan nikmat Tuhan. 😊

Allah dah janji, yang sentiasa bersyukur Allah akan lipat gandakan.
InsyaAllah, Allah akan lipat gandakan kasih sayang pasangan kita pada rumah tangga yang dibina.

#tipsmensyurgairumahtangga
#doakansyurgakamijuga

Wan Nur Syakira

Tuesday, December 25, 2018

SELF REFLECTION

Kadang-kadang kita lupa nak tengok diri kita sendiri sebab terlalu asyik tengok orang lain.

Senang sangat share, komen, kritik kesalahan dan masalah orang sekeliling.

Sehingga lupa nak sebarkan benda baik dan ajar pada kebaikan.

Asal ada isu dan gosip, cepat saja tangan nak komen sesuatu, tapi kewajipan kita untuk sebar nasihat dan ilmu dilupakan.

Perhatikan muka buku kita , dipenuhi dengan posting apa ?

Banyak yang positif atau banyak yang negatif ?

Yelah, kadang-kadang benda yang negatif dah ramai sangat yang share, apa kata kita pulak banyakkan benda yang positif untuk tatapan bersama . 😊

#jomsebarkankebaikandanilmu
#nasihatuntukdirisendirijuga


Wan Nur Syakira

HEBATNYA KASIH ALLAH

Hebatnya dan kasihnya Allah pada hambaNya , walaupun sekecil zarah kebaikan yang kita lakukan , Allah tetap akan balas.

Dalam surah al Zalzalah, Ayat Ke-7:

فَمَن يَعمَل مِثقالَ ذَرَّةٍ خَيرًا يَرَهُ

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihatnya”.

Zarah ni sebesar mana je?
Kalau kita nak tengok, kena guna alat ,baru nampak.

Kita pun kadang-kadang tak mampu nak hargai dan lupa akan  kebaikan yang besar yang insan lain buat pada kita, apatah lagi kebaikan sekecil zarah yang orang lakukan pada kita.

Tapi, Allah hargai.
Allah janji dalam Al Quran, Dia akan ingat dan balas.
Malaikat catat kebaikan meskipun sekecil mana kebaikan kita lakukan.
Dan pasti Allah beri ganjaran di akhirat nanti.

Subhanallah, lihat betapa besarnya adil dan kasih Allah pada kita, para hambaNya.

Kita lihat diri kita.
Kita pernah catat ke kebaikan orang lain pada kita untuk kita balas ?
Tak pernah kan.

Manusia selalu dan terlalu sibuk merungut dan mengeluh itu dan ini. Terlalu sibuk mengejar penghargaan orang pada kita.
Terlalu sibuk buat itu, buat ini nak impress kan orang lain.

Sampai kita lupa , kejar penghargaan manusia ni selalunya berakhir dengan keletihan dan kesedihan.

Yelah, manusia . Tak sempurna.

Jadi, lapangkan hati.
Bersederhanalah dalam mengejar penghargaan.
Lebihkan mengharap dan yakin pada Allah.
Renungkanlah besar dan hebat kasih Allah pada kita.

Jalanilah kehidupan untuk dapat redha Allah. 😊

Wan Nur Syakira

STOP UNKIND PEOPLE WITH KINDNESS

Don’t let unkind people stop you from being kind.  Remember, the people most in need of some kindness are those who seem strangers to it. So go out of your way to be kind to those most in need of our kindness, the unkind people of the world. - Mufti Menk

Bila kita terlalu banyak melihat benda yang tak baik, emosi dan fikiran kita jadi makin negatif.
Saya pun pernah rasa macam ini.
Bila melihat masyarakat sekeliling dengan bermacam masalah dan isu.

Tapi jangan pernah kita berhenti buat baik dan sebar kebaikan.
Adakala lebih baik kita banyak mendoakan orang yang buat perkara buruk agar mereka tersedar, daripada terlalu mengkritik dan memarahi mereka.

Peranan kita.

Refresh iman dengan solat, segala ibadat dan ilmu.

Indahkan akhlak dengan akhlak Rasulullah dan ilmu.

Bacalah sesuatu yang menyebar positif ( al Quran, hadis ,buku )

Buat baik sesama kita melalui segala anggota ( jari yang menulis, mulut yang berbicara, mata yang melihat, berfikir dan bersangka baik ).

Cegah yang buruk semampu kita.
Adakala ada yang terlalu sibuk mencegah buruk, tapi lupa nak menyebar baik.

Doakan sentiasa dalam solat, semoga masyarakat kita bertambah baiknya, makin hilang buruknya dengan hadirnya orang baik -baik membawa keindahan kebaikan sehingga menutup segala keburukan. 😊

Lets spread kindness and good deed together! 💕

Wan Nur Syakira.

Friday, December 21, 2018

BAIK MENGATASI BURUK

Don’t let unkind people stop you from being kind.  Remember, the people most in need of some kindness are those who seem strangers to it. So go out of your way to be kind to those most in need of our kindness, the unkind people of the world. - Mufti Menk

Bila kita terlalu banyak melihat benda yang tak baik, emosi dan fikiran kita jadi makin negatif.
Saya pun pernah rasa macam ini.
Bila melihat masyarakat sekeliling dengan bermacam masalah dan isu.

Tapi jangan pernah kita berhenti buat baik dan sebar kebaikan.
Adakala lebih baik kita banyak mendoakan orang yang buat perkara buruk agar mereka tersedar, daripada terlalu mengkritik dan memarahi mereka.

Peranan kita.

Refresh iman dengan solat, segala ibadat dan ilmu.

Indahkan akhlak dengan akhlak Rasulullah dan ilmu.

Bacalah sesuatu yang menyebar positif ( al Quran, hadis ,buku )

Buat baik sesama kita melalui segala anggota ( jari yang menulis, mulut yang berbicara, mata yang melihat, berfikir dan bersangka baik ).

Cegah yang buruk semampu kita.
Adakala ada yang terlalu sibuk mencegah buruk, tapi lupa nak menyebar baik.

Doakan sentiasa dalam solat, semoga masyarakat kita bertambah baiknya, makin hilang buruknya dengan hadirnya orang baik -baik membawa keindahan kebaikan sehingga menutup segala keburukan. 😊

Lets spread kindness and good deed together! 💕


Wan Nur Syakira

Thursday, December 20, 2018

MENGGENGGAM SOLEHAH DALAM ARUS GLOBALISASI

Menjadi wanita solehah bukan mudah.
Perlu pada usaha dan kekuatan melawan nafsu dan godaan.

Godaan gadis zaman ini.
Populariti di media sosial.

Tak popular di ig, twitter, dan fb, hidup terasa kosong dan bosan. Bilangan follower menentukan nilaian diri.

Jujurnya aku simpati dengan godaan dan ujian buat remaja hari ini. Lebih mencabar untuk membentuk diri dan mencari identiti kerana pengaruh dan anasir yang maha pelik tersebar di media.

 Sedangkan zaman remaja aku dulu, tidaklah diuji begini hebat kuasa media sosial. Challenge itu dan ini, parodi ,tik tok, dubmash dan banyak lagi apps yang mencabut rasa malu dan sopan.

Letih dan sedih tengok.

Teringat zaman remaja dulu, rezeki bersekolah agama, tak dinafikan memang banyak dugaan juga nak jadi baik ketika zaman remaja, adakala terbuat salah juga , bukan senang dengan darah muda dan remaja.

Tapi insan sekeliling sangatlah main peranan dalam menasihati aku. Mak ayah, saudara mara, senior zaman sekolah, guru dan sahabat.
Yang paling mempengaruhi aku waktu itu, senior zaman sekolah dan sahabat.
Ya, pengaruh rakan sebaya.

Zaman remaja , zaman ghairah mencuba.
Lebih terkesan dengan perasaan sendiri. Zaman kadangkala lebih mengejar seronok yang sekejap , susah nak melihat jauh ke depan.

Bimbang sungguh melewati ig anak muda yang  ghairah memburu like dan populariti, yang selalu buat paid review, hingga kadangkala melampaui batas susila dan agama.
Malu tolak ke tepi.

Yang menayangkan kisah couple masing-masing , lebih dari pasangan yang dah beranak pinak.

_

Buat adik remaja sekelian, akak doakan moga selamat melalui alam remaja dengan maruah terjaga, malu yang terpelihara, dan akhlak yang mulia. Moga tiada sesalan di alam dewasa nanti.

Akak doakan sentiasa ada insan di samping kamu semua yang membimbing dan menasihatkan apa yang betul dan salah. Supaya kamu tak akan buat perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah , dan minta dijauhkan, melanggar ajaran agama.

Ya,bukan senang, tengok kawan-kawan sebaya ada beribu follower, duit masuk sebab paid review untuk benda yang sia-sia, ada banyak boyfriend , tapi letak dalam kepala , itu bukan segalanya, dik.

Istimewa gadis dan wanita kerana prinsip ,iman dan maruah yang terjaga. Bukan rupa dan penampilan semata.

Istimewa gadis dan wanita, kerna akhlak yang cantik , malu pada tempatnya dan pandai menjaga diri. Bukan siapa yang paling berani menyahut challenge itu, dan berani buat parodi.

Gadis dan wanita yang pandai jaga diri, insyaAllah Allah akan bagi lebih dari kita dapat lihat dengan mata kasar.

Buat semua orang tua, bimbinglah anak remaja dengan contoh yang terbaik untuk mereka ikuti. Baik buruk mereka selalunya datangnya dari perlakuan kita yang dilihat mereka.

Sekarang ni, orang dewasa lagi mengarut dari anak muda, sibuk berparodi itu .
Terbaru lagu mengarut Bobo Di Mana, berlumba orang dewasa buat parodi sampailah artis pun terkejar buat parodi, jadi yang remaja pun terikut-ikutlah mengikut, sedangkan kita kita tahu lagu dan video ada unsur softporn.
Ya Salam.... Tepuk dahi.

Nasihatlah dan sayangilah anak muda semampu kita.

Anak remaja tak terbina dengan sendirinya, harus ada orang dewasa yang mencorakkannya. Seperti mana kita dulu.

Jangan didiamkan saja apa yang buruk, cubalah bertindak semampu kita.

Ingat pesan Rasulullah ,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

Ikhlas,
Wan Nur Syakira,
Akak yang bimbang melihat anak remaja zaman kini.

SEDEQAH : BERI UNTUK JADI KAYA



Hari ni nak share pasal Sedeqah lah.

Akhir bulan ni, alhamdulillah,ramai yang gajinya dah masuk.
Kita pun mula bayar apa yang patut.

Segala mak nenek bil kita langsaikan.
Tak lupa hutang yang masih dalam tanggungan.

Atau baju-baju dah lama dok usha dari berbulan lepas, inilah masanya untuk membeli.

Jangan dilupa sekali, SEDEQAH.
Apa salahnya, kita dah bahagikan elok-elok bahagian yang nak dibayar, kita asingkan sekali bahagian SEDEQAH.

Sedeqah lah ke mana-mana pun ,
apa-apa jumlah pun ,
mengikut keikhlasan dan kemampuan.
Sekarang senang , boleh transfer online je.
Nak tak nak je.
Kita cari apa badan-badan, persatuan, rumah anak yatim, ngo , yang boleh dipercayai , jadikan favourite account,  bila dapat gaji, terus transfer.

Sedeqah ni besar ajaibnya.
Besar nilainya.
Percayalah.
_
Kalau tak , takdenya orang kafir nak dibangkitkan balik ke dunia, dan nak jadi orang yang bersedeqah.

"11Dan belanjakanlah (infaqkanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat BERSEDEQAH dan aku termasuk orang-orang yang soleh?” -  Surah Munafiqun , ayat 10

Cuba fikir,
Kenapa dalam banyak-banyak amalan ,
kenapa mereka nak bersedeqah ?
Kenapa tak solat ?
Kenapa bukan mengaji al Quran ?
Kenapa bukan buat haji, puasa ?
Kenapa bukan korban ?

Nah, tengok, besarnya nilai dan timbangan sedeqah di sisi Allah.


 " Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya)lagi Maha mengetahui.

262. Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya  dan menyakiti (perasaan si penerima) mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak pula bersedih hati.

Al Baqarah, ayat 261-262
_
MasyaAllah, banyaknya Allah bagi untuk orang bersedeqah.



Ibaratnya, kita bagi RM 10 darab 7= RM 70 , darab lagi 100.
RM 7000
_

Wah, sedekah RM 10 macam sedekah rm 7000.
Plus, Allah cakap lagi , Allah akan lipat gandakan untuk sesiapa yang Allah kehendaki.
Wah,bonus siap, mana nak cari amalan yang untung macam ni.😱

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (QS. Al Hadid: 18)
_

Bagi sikit, kalau Allah nak gandakan berjuta kali, atas asbab kita ni ikhlas, masyaAllah , untung kita kat akhirat nanti.

Itu kat akhirat.
Kat dunia, pastinya hidup bahagia.
Rezeki berkat, berkat kita berkongsi.
_

Salah satu tips nak kenal rezeki kita berkat atau tak.  Tanda rezeki berkat ialah bila ianya sikit, tetap merasa cukup, bila ianya banyak, boleh dibahagikan dan dikongsi.

Tanda rezeki tidak berkat ialah bila sikit, hidup makin sempit, bila banyak, makin tamak.

Rezeki yang tidak berkat umpama minum air laut, makin diminum , makin haus.
_

Cuba kita renung rezeki kita tiap bulan .
Makin hari, makin cukup atau makin sempit ?

Kalau masih tak cukup, cuba kita berkongsi sedikit rezeki kita dengan orang lain.

Cuba kita hayati ayat ni.

Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.

Surah Saba' , ayat 39.
_

Allah akan ganti, apa yang kita beri dan kongsi.
Bahkan lagi banyak.
Ayuh kita istiqamahkan diri bersedeqah setiap bulan! 😊


Wan Nur Syakira
Yang sentiasa berdoa Alla murahkan ,berkati rezeki dan jadikan diri ini hamba bersyukur.

SOLEHAH DI MATA SIAPA ?


Jangan pernah berhenti jadi solehah. Solehah yang bukan acuan manusia, bukan yang digambar manusia , bukan seperti yang dipertontonkan di instagram atau media sosial.

Wanita solehah yang digambar Allah dan Rasul.
Itu sebenar-benar solehah.

1. Abdullah bin Amr radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan sabda Rasulullah Sallallahu'alaihi wa sallam: "Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah." (HR. Muslim no. 1467)

2.Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bagi lelaki yang ingin menikah: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara yaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, karena kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung." (HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466)

3.Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: "Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerna Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34)

Cuba kita belek hari kita. Belek pakaian, aurat, pergaulan, solat, Quran, media sosial, hubungan dengan ibu bapa dan kawan-kawan, hubungan dengan lelaki. Nak jaga mata, tangan ,lidah, dan semua anggota.

Tanya iman, solehahkah?

Jika kita isteri, bertambah tanggungjawab. Bagaimana hubungan dengan suami, bermanis mukakah, menjaga aib suami dan rumah tanggakah, hubungan dengan mentua baikkah.

Solehah di zaman ini, memang susah. Mengejar trendy kadang yang labuh dirasakan kolot. Yang sederhana dikatakan kusam dan ketinggalan zaman.

Solehah di zaman ini, memang susah. Kerja menekan diri, over time lagi, sampai tak sempat solat awal, solat pun cepat-cepat, Quran pun susah nak baca walau semuka sehari, Mathurat apatah lagi.

Solehah di zaman ini, memang susah. Tak nak berboyfriend, keluar berdua tapi semua orang buat macam tu. Orang lain share gambar dating, menguji sungguh.

Ketahuilah, yang berusaha nak jadi solehah, Allah takkan kecewakan awak. Bahkan kasih dan sayang Allah melimpah buat awak. Wanita nak jadi solehah seperti awak, dah tak ramai. Ramai dah kalah. Jadi, kuatkan hati. Kejarlah redha Allah.

Jadilah solehah di mata Allah, bukan mata manusia ,follower ,liker. We can do it, my dear sisters. 💪


Wan Nur Syakira

#notamengejarsolehah