Thursday, December 20, 2018

MENGGENGGAM SOLEHAH DALAM ARUS GLOBALISASI

Menjadi wanita solehah bukan mudah.
Perlu pada usaha dan kekuatan melawan nafsu dan godaan.

Godaan gadis zaman ini.
Populariti di media sosial.

Tak popular di ig, twitter, dan fb, hidup terasa kosong dan bosan. Bilangan follower menentukan nilaian diri.

Jujurnya aku simpati dengan godaan dan ujian buat remaja hari ini. Lebih mencabar untuk membentuk diri dan mencari identiti kerana pengaruh dan anasir yang maha pelik tersebar di media.

 Sedangkan zaman remaja aku dulu, tidaklah diuji begini hebat kuasa media sosial. Challenge itu dan ini, parodi ,tik tok, dubmash dan banyak lagi apps yang mencabut rasa malu dan sopan.

Letih dan sedih tengok.

Teringat zaman remaja dulu, rezeki bersekolah agama, tak dinafikan memang banyak dugaan juga nak jadi baik ketika zaman remaja, adakala terbuat salah juga , bukan senang dengan darah muda dan remaja.

Tapi insan sekeliling sangatlah main peranan dalam menasihati aku. Mak ayah, saudara mara, senior zaman sekolah, guru dan sahabat.
Yang paling mempengaruhi aku waktu itu, senior zaman sekolah dan sahabat.
Ya, pengaruh rakan sebaya.

Zaman remaja , zaman ghairah mencuba.
Lebih terkesan dengan perasaan sendiri. Zaman kadangkala lebih mengejar seronok yang sekejap , susah nak melihat jauh ke depan.

Bimbang sungguh melewati ig anak muda yang  ghairah memburu like dan populariti, yang selalu buat paid review, hingga kadangkala melampaui batas susila dan agama.
Malu tolak ke tepi.

Yang menayangkan kisah couple masing-masing , lebih dari pasangan yang dah beranak pinak.

_

Buat adik remaja sekelian, akak doakan moga selamat melalui alam remaja dengan maruah terjaga, malu yang terpelihara, dan akhlak yang mulia. Moga tiada sesalan di alam dewasa nanti.

Akak doakan sentiasa ada insan di samping kamu semua yang membimbing dan menasihatkan apa yang betul dan salah. Supaya kamu tak akan buat perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah , dan minta dijauhkan, melanggar ajaran agama.

Ya,bukan senang, tengok kawan-kawan sebaya ada beribu follower, duit masuk sebab paid review untuk benda yang sia-sia, ada banyak boyfriend , tapi letak dalam kepala , itu bukan segalanya, dik.

Istimewa gadis dan wanita kerana prinsip ,iman dan maruah yang terjaga. Bukan rupa dan penampilan semata.

Istimewa gadis dan wanita, kerna akhlak yang cantik , malu pada tempatnya dan pandai menjaga diri. Bukan siapa yang paling berani menyahut challenge itu, dan berani buat parodi.

Gadis dan wanita yang pandai jaga diri, insyaAllah Allah akan bagi lebih dari kita dapat lihat dengan mata kasar.

Buat semua orang tua, bimbinglah anak remaja dengan contoh yang terbaik untuk mereka ikuti. Baik buruk mereka selalunya datangnya dari perlakuan kita yang dilihat mereka.

Sekarang ni, orang dewasa lagi mengarut dari anak muda, sibuk berparodi itu .
Terbaru lagu mengarut Bobo Di Mana, berlumba orang dewasa buat parodi sampailah artis pun terkejar buat parodi, jadi yang remaja pun terikut-ikutlah mengikut, sedangkan kita kita tahu lagu dan video ada unsur softporn.
Ya Salam.... Tepuk dahi.

Nasihatlah dan sayangilah anak muda semampu kita.

Anak remaja tak terbina dengan sendirinya, harus ada orang dewasa yang mencorakkannya. Seperti mana kita dulu.

Jangan didiamkan saja apa yang buruk, cubalah bertindak semampu kita.

Ingat pesan Rasulullah ,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

Ikhlas,
Wan Nur Syakira,
Akak yang bimbang melihat anak remaja zaman kini.

No comments:

Post a Comment