Wednesday, February 27, 2013

Tak boleh awak suka apa yang saya suka ?

Dalam kehidupan seharian kita, kita pasti akan terlihat pelbagai perbezaan.

Banyak, dan terlalu banyak perbezaan. Seriously!

Dan kita perlu menerima perbezaan itu seadanya,kita tak mampu untuk menahan arus perbezaan dan menukarkannya menjadi persamaan.

Oleh kerana , perbezaan itu terlalu am, jadi saya kecilkan skop perbezaan yang ingin saya " bedah " pada hari ini. Jom kita bedah!

Perbezaan yang saya ingin cakap adalah perbezaan yang cukup ringkas daripada segi KESUKAAN atau KEGEMARAN. Contohnya, kegemaran daripada segi WARNA, MAKANAN , HOBI, CITA-CITA dan sewaktu dengannya.

Jadi jangan bayangkan perbezaan sifat , kaum, atau benda lain. ok.

*Jap, sebelum tu, nak minta maaf kalau rasa serabut dengan terlalu banyak perkataan " PERBEZAAN " ,sebab itu topik kita hari ni.. hehe


Tak perlu nak olah banyak-banyak, kita semua tahu semua ada kegemaran sendiri.

Cik A suka warna kuning dan suka makan masakan melayu, tak suka pedas, Cik A juga seorang yang feminin , suka pakai baju kurung. Kat rumah, pakai siap pakai kain batik lagi. Mak ai, ayu betul! Hobi pula suka menjahit dan memasak.Aduhai , boleh jadi calon isteri solehah!

Datanglah pulak Cik B , yang suka warna hijau dan suka makanan melayu jugak , tapi suka sangat pedas, kalau makan tu, mahu tak semangkuk sambal dia santap. Cik B seorang yang simple , pakaian ape jua OK asalkan menutup aurat. Tak memilih. Kain batik, memang tak pandai nak melibasnya. Hobi pula membaca dan mengumpul setem. Ada lagi orang yang kumpul setem zaman ni?? haha. Apa pun, itulah Cik B.


Kita lihat bagaimana berBEZAnya mereka. Cuba bayangkan mereka tinggal bersama ? Bolehkah mereka menerima yang mereka tak sama ? Cik A tak boleh memaksa Cik B suka apa yang dia suka. Tak boleh nak ubah warna kesukaan Cik B, daripada warna hijau ke warna kuning. Tak boleh..

Dan Cik B tak boleh nak paksa Cik A makan makanan pedas. Sebab dia tak suka. Kesian Cik A , mahu berjag-jag minum air nak cover kepedasan.


Itulah yang saya cuba sampaikan, kita boleh mengajak orang lain menyukai apa yang suka tapi kami tidak boleh MEMAKSA orang lain menyukai apa yang kita suka.

Itu hanya akan membuat orang itu marah atau geram dengan kita.

So, perlahan-lahan cuba terima perbezaan yang terlalu banyak di sekeliling kita. :)

Actually, hidup tanpa perbezaan ni bosan , yelah , cuba bayangkan, kalau pelangi satu warna sahaja, mesti tak cantik . Jalinan warna yang berlainan itu yang menzahirkan kecantikan pelangi itu. Kan ?



Kalaulah semua manusia ni sama , suka warna yang sama, suka makanan sama, mesti tak best kan ?

Yelah tak keluarlah coklat pelbagai rasa, air pelbagai jenama. Kan ? Peliknya kalau semua benda sama sahaja. Serius pelik .

So, persoalan " Bolehkah awak suka apa yang saya suka ? " tak sepatutnya wujud.

Saling menerima sudah cukup meskipun kita menyukai benda berbeza.



bebelanjiwa: Moga aku bisa menerima jua. Amin. 


Hauri Islam
Irbid, Jordan


Monday, February 25, 2013

Kisah Aku dan Cik Sihat


" Cik Sihat, awak nak pergi mana tu?,"

" Nak gi jalan-jalan jap. Tak tau bila saya balik,"

" Lama ke awak nak pergi? Awak nak pergi mana ?Kenapa awak nak pergi tinggalkan saya ," tanyaku bertalu-talu.

" Tgoklah saya balik bila. Saya pun tak tahu. Saya pergi untuk kebaikan awak dan saya," kata Cik Sihat tanpa berpaling.

" Untuk kebaikan saya?," kata-katanya membuatku terfikir.

" Kehilangan saya untuk sementara akan membuat awak menghargai kewujudan saya," kata  Cik Sihat lalu melangkah perlahan.

Ku tersentak. Apakah aku telah mengabaikan Cik Sihatku ini?

" Cepat balik tau. Jangan pergi lama-lama," jeritku melihatkan Cik Sihat yang kian jauh daripada aku.

Keluhan beratku lepaskan. Aku tak mampu hidup dengan baik tanpanya. Aku harap dia akan cepat-cepat habis merajuk.

"Cik Sihat, baliklah. Dah seharian awak pergi. Seharian ini jugaklah, hidup saya tak teratur.Allah, kembalikan dia padaku," doaku sebelum menelan ubat selesema.


Sekian, cerita Aku dan Cik Sihat.




Jaga cik Sihat or encik Sihat anda semua sebelum dia merajuk.

bebelanjiwa: serius tak nak sakit. Nak dekat exam ni. Hari Khamis dan Sabtu ni. huhu.

Hauri Islam
Irbid, Jordan

Wednesday, February 6, 2013

Di situlah tempatku berehat

Sesungguhnya hari-hari yang dilalui yakni kehidupan sungguh meletihkan.

Dan suatu tempat, jika kita datangi lima kali sehari ditambah pula dengan kunjungan lain, pasti dapat menghilangkan keletihan itu.

iaitu SOLAT.

Jika bagimu solat adalah meletihkan, sebenarnya kamu tidak solat, tetapi kamu hanya "bergerak".

Ya Allah,Jadikanlah solat kami tempat meraih ketenangan dan cintaMU agar letih dunia berlalu.




 Hari-hari yang berlalu yakni kehidupan hanya keletihan yang sia-sia sahaja sekiranya tidak dihubungkan denganNYA.

Moga keletihan di dunia fana ini berbaloi untuk kesenangan akhirat yang selamanya.

Sahaja aku hidup keranaMU, ya Allah.


Terimalah solatku.


bicarajiwa: Sungguh semester  ini meletihkan. Kuliah, kelas tahfiz dan tajwid, dan amanah-amanah lain. Moga semua penat dikira olehMU, Ya Allah.

Hauri Islam
Irbid, Jordan 

Saturday, February 2, 2013

Salam Semester Baru!

Assalam.

Salam semester kedua! Berakhir sudah cuti winter kali ini. Esok sekolah sudah dibuka!

Semangat baru. Azam baru . Niat baru . InsyaAllah, diiringi redhaMU, Ya Rab.

Nak kongsikan pengalaman semasa di Amman dua minggu lepas.

Ketika berkunjung rumah sahabat Syria di Amman dua minggu lepas, berpeluang untuk pergi ke markaz Quran tempat adiknya belajar. Nama adiknya Salsabila. 

Berkeras dia menginginkan saya pergi ke tempat dia belajar Quran. Sungguh telatahnya sangat kebudak-budakan dan" innocent'. Maka, saya dan dua sahabat bersama pergi ke sana.

Alhamdulillah, berkesempatan bertemu dengan pengetua markaz tersebut, namanya Nadiah. Bekas graduan Fiqh Wa Usul Universiti Zarqa'. Apa lagi , ambil peluang untuk bertanyakan soalan tentang takhasus ini. ( macam lawatan kerja dari Malaysia pulak rasanya masa itu ). 




Dia menghadiahkan sebuah buku yang ditulisnya sendiri , hasil tugasan yg diberi pensyarahnya dalam subjek ikhtiarinya, Hadis. Kajiannya berkenanaan dengan hadia Imam Mahdi.

Sungguh kagum! Graduasi dengan kemampuan menulis buku sendiri dan mencetaknya untuk kebaikan orang ramai. 

Saya memintanya menitipkan pesanan atau kata-kata semangat pada buku yang dihadiahkan itu.Terasa bersemangat bila membaca pesanannya yang ditulis pada buku.



" Ukhtiku, kerana taqwa , kita bersua. Kerana Allah,kita bersaudara. Ku berdoa pada Allah agar menjagamu dengan penjagaanNYA yang mulia, mengizinkan kamu menjaga kitabNYA, dan menjadikan kamu daripada kalangan 
insan yang BERAMAL , 
insan yang IKHLAS , 
insan yang DITERIMA amalannya. 

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar."


Akan ku cuba ya ukhti.

Dan bisakah aku? Mulakan dengan semangat baru untuk sem baru.InsyaAllah.

Selamat melangkah ke semester baru! Lillahi taala.

bebelanjiwa :
Berkira-kira nak buat tajuk apa untuk subjek Asalib Bahas, jgn hangat-hangat masa ni sudah. Mohon dijauhkan kehangatan sementara ini. Amin.


Hauri Islam 
Irbid, Jordan