Bismillah.
Salam cintaNya yang sentiasa harum.
Hati.
Syurga rasa. Taman berkumpul segala perasaan.
Di sana juga, iman dan nafsu tinggal bersama. Saling
berjiran.
Dan kita pemilik tanahnya.
Umumnya mengetahui, hati ini titik yang paling penting yang ada
dalam jasad kita. Rasulullah s.a.w. telah mengkhabarkan ini pada kita berabad
dulu melalui hadisnya,
عَنْ أَبِيْ عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بِشِيْر رضي الله
عنهما قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: (إِنَّ
الحَلالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَات
لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاس،ِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ
اسْتَبْرأَ لِدِيْنِهِ وعِرْضِه، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَقَعَ فِيْهِ. أَلا
وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَىً . أَلا وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ، أَلا
وإِنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ وإذَا
فَسَدَت فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ أَلا وَهيَ القَلْبُ) رواه البخاري
ومسلم .
Dari Abu Abdullah An Nu’man bin Basyir Radhiallahu
‘Anhuma, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi wa Aalihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya yang halal adalah jelas dan yang
haram juga jelas dan di antara keduanya terdapat perkara yang samar, kebanyakan
manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menghindar dari yang samar maka
dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara yang samar maka dia telah terjatuh dalam perkara yang haram, seperti
penggembala yang berada dekat di pagar milik orang lain dikhawatiri dia masuk
ke dalamnya. Ketahuilah setiap raja memeliki pagar (aturan), aturan
Allah adalah larangan-laranganNya. Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat
segumpal daging jika dia baik maka baiklah seluruh jasad itu, jika dia rusak
maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah itu adalah hati.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sekilas dibaca , dapat difahami, semuanya bermula dari hati.
Tanpa kita sedar , tiap kali kita melakukan sesuatu , kita
akan bertanya pada hati. Batin kita bertanya sendiri, berkira-kira pabila ingin
membuat keputusan mahupun melakukan apa sahaja dalam kehidupan.
Nak makan apa, nak pergi jalan ke mana, nak pakai baju apa,
nak kawan dengan siapa.
Pertanyaan –pertanyaan ni semua , selalunya hati yang
menjawab. Hanya hati yang tahu apa kita suka, dan apa yang kita tak suka.
Lurusnya perbuatan kita bergantung sejauh mana lurusnya hati kita. Amal yang
datang hati yang bersih sentiasa berada
di dalam lingkungan redhaNya. Takkan terkhilaf dengan suruhan Allah. Keputusan
yang datang dari hati yang bersih sentiasa akan menerbitkan hikmah dan kebaikan
tersurat mahupun tersirat, cepat mahupun lambat.
Kalau kita diberikan peluang kita untuk mengeluarkan hati
dari jasad dan menatapnya, apakah keadaan hati kita setelah bertahun diberikan
” hak “ untuk menanggung segala dosa dan pahala setelah baligh?
Masih putihkan , hitamkah , kelabukah ? Cuba nilailah sendiri dengan menilik
perjalanan hidup selama ini.
Saya cuba memberikan panduan untuk menilai hati. Matikah ,
hidupkah ?
Simptom hati yang hampir mati
1)
Bila insan lain
menyampaikan nasihat, dia tak boleh menerimanya dengan berlapang dada.
Nasihat ditolak remeh, tanda ego beraja di
jiwa. Hati yang tak mampu menerima nasihat takkan mampu berubah menjadi insan
yang lebih baik.
2)
Dia merasakan dosa-dosa
kecil itu remeh.
Dosa kecil dianggap seperti biasa. Apabila
dosa kecil mahupun besar dipandang enteng , itu tanda hati sakit. Kerna iman
takkan berkompromi dengan dosa.
3)
Dia tak merasa nak buat kebaikan
Bila tiada hasrat melakukan kebaikan, mana
mungkin cahaya Tuhan mahu bertandang.
4)
Dia tak merasa bersalah
bila berbuat dosa.
“Seorang mukmin memandang dosanya bagaikan
gunung yang akan runtuh menimpa dirinya, seorang pendosa menganggap dosa seperti
lalat hinggap di hidung diusir tangan “
Simptom
hati telah mati
1) Berani meninggalkan solat fardhu
2) Tenang tanpa merasa berdosa setelah melakukan
dosa besar
3) Berbangga dengan dosa yang dibuat
4) Tidak merasa bertuhan.
Moga hati kita tidak dihinggapi symptom ini. Moga
di hati ini masih tersisa rasa takut pada Allah.
Hati yang tidak tunduk pada Allah, akan bebas
melakukan apa sahaja, kerana terasa tiada yang memerhati dan mencatat.
Imam Tabiin
di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan
hati. Beliau berkata: "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara: ketika
melakukan solat, membaca al-Quran dan ketika berzikir. Jika engkau
merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka
ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup."
Kadang-kadang kita merasa
kita sudah terlalu baik daripada orang lain.
“ Aku ni dah kira cukup baik
dah berbanding dia. Sekurang-kurangnya aku solat walaupun lewat. Subuh gajah
pun, aku ganti balik. Dia tak solat langsung “
“Aku ni ok apa. Aku pakai
tutup aurat walaupun ketat. Dia tu lagilah pakai skirt “
“ Aku dah cukup soleh kalau
berbanding dia. Aku baca Quran sebulan sekali . Dia pandai baca pun tidak “
Kita layak digelar baik kerana kita
yang buat kebaikan.Bukan kerana insan lain buat kesilapan.Selesa bergelar baik
kerna dia buat silap, dan kita masih statik.
Mengapa kita ingin melihat
pada yang tidak elok, harusnya kita harus mencontohi yang cantik dan baik.
Jikalau kita masih berfikiran begitu, sehingga akhir masa pun , tiada perubahan
dalm hidup kita. Sentiasa melihat yang lebih buruk daripada kita.
Tidakkah berusaha menjadi
lebih baik dan dekat pada Tuhan, itu lebih baik untuk dilakukan. Kalau kita
telusuri kisah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dahulu, mereka berlumba untuk
menjadi insan yang paling bertaqwa, yang paling soleh.
Kita boleh lihat dalam kisah
sirah sahabat nabi Saidina Umar Al Faruq
dan Saidina Abu Bakar As Siddiq.
Dari Umar radhiallahu ‘anhu
berkata,
“Pada suatu hari Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan kepada kita untuk bersedekah, dan
hal itu sangat bertepatan sekali dengan adanya hartaku, lalu saya bergumam,
‘Hari ini saya pasti melampaui Abu Bakar radhiallahu ‘anhu apabila saya
mendahuluinya suatu saat nanti,’ lalu saya menginfakkan setengah dari hartaku,
maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Tidakkah ada yang
engkau sisakan buat keluargamu?’ Saya menjawab, ‘Saya telah menyisakan buat
mereka semisal harta itu (setengah lagi)’ kemudian Abu Bakar menginfakkan
seluruh hartanya, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Wahai
Abu Bakar, tidakkah ada yang engkau sisakan buat keluargamu?’ Dia menjawab,
‘Saya telah menyisakan Allah dan RasulNya buat mereka,’ saya berkata, ‘Demi
Allah, saya tidak akan mampu melampauinya untuk mencapai keutamaan,
selamanya’.” ( Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan at-Tirmidzi, dan berkata hadits
hasan shahih, dan ad-Darimi, al-Hakim dan al-Baihaqi, semua riwayat itu dari
Umar radhiallahu ‘anhu)
Lihat bagaimana Umar
berlumba-lumba untuk menginfakkan hartanya supaya lebih daripada Abu Bakar.
Keinginan dia untuk melakukan amal yang terbaik. Tapi, tidak dia menyangka
hebat lagi pengorbanan Abu Bakar yang menyerahkan segalanya kepada perjuangan.
Hanya Allah dan Rasul yang dia tinggalkan untuk keluarganya.
Dialah
yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya
dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang
yang bertaubat) –
Allah mengkhabarkan Allah ingin melihat
siapa yang paling baik amalnya, bukan yang paling buruk amalnya.
Jadi ayuh, kita berlumba menjadi lebih
baik.
Dalam masa yang sama, kenali dan baiki
hati.
Renungi hati masing-masing.
Mungkin ini masanya hati kita kembali
bersih bak salju. Tiada noda yang menjadi karat, menghalang jiwa rapat dengan
Tuhan.
Biarlah kita jalani hidup dengan hati yang
sentiasa sarat dengan cintaNYA.
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat
memberikan pertolongan sesuatu apapun, Kecuali (harta benda dan
anak-pinak) orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati
yang selamat sejahtera ; (Asy-Syu'araa [26] : 88 - 89)
Bila hari Pengadilan tiba, tiada guna
harta,keluarga yang kita bina tika kita di dunia. Yang menjadi neraca nilaian
Allah hanyalah hati. Biar kita pulang dengan hati yang sejahtera padaNya.
Usah diabai suara hati yang ingin berubah,
didiklah ego, biar kuat melawan bisikan syaitan. Ya, untuk membersih hati,
cukup payah. Tetapi pahit ini akan bertukar manis bila saat nyawa terputus dari
jasad.
Taman syurga menunggu. Bidadari syurga
menanti.
Tidakkah nikmat syurga menarik jiwa?
Yang berjuang kerana Allah, tiada sia-sia
yang datang. Semuanya ganjaran.
Kenali dan baiki hati.
Selamat Berjaya!
HAURI ISLAM
IRBID, JORDAN