Saturday, March 23, 2013

Bisakah

 Lirik lagu Bisakah yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza sangat menusuk hati pabila kali pertama ku dengari. Sungguh bermakna untuk dikongsikan.


Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu


~ Rintihan seorang pendosa, ingatlah,tiada insan yang tak layak dimaafkan manusia, sedangkan Allah tak pernah memandang sepi permohonan maaf kita, siapa kita untuk bakhil dalam memberi maaf ? 

 Lihatlah bagaimana Rasulullah memaafkan ketika mana kita merasakan dia tak layak dimaafkan. 

Lihatlah pada keampunan yang dianugerahkan Allah yang tiada penghujungnya. 


Maaf sememangnya tidak mampu mengubah masa lalu, tapi pasti akan mengubah masa hadapanmu.

bebelanjiwa: Moga aku bisa memaafi dan bisa dimaafi.

Hauri Islam 
Irbid, Jordan

Thursday, March 21, 2013

Pabila waktu diperlahankan

Aku percaya kita dapat merasa bila kita CUBA merasa.

Sejak daripada dulu, aku memang suka berjalan yakni bersiar-siar. Jikalau di kampungku yang terletak jauh di pedalaman, petang-petang, akan ku minta adik perempuanku untuk memboncengku melihat kampung. Rindu! Tabiat suka berjalan ini makin terserlah sejak belajar di Jordan apabila ke mana-mana pun, aku hanya berjalan. Di Jordan, jarang sekali ku mengambil teksi melainkan tempat yang betul-betul jauh dan merasa letih yang maha sangat. Serius, aku sangat suka berjalan! Meskipun natijahnya keletihan, aku rasakan kepuasan.Kadangkala ku sengaja pulang melalui pintu keluar universiti yang paling jauh dari rumahku dan mengambil jalan-jalan yang melambatkan ku sampai ke rumah.

Kadangkala, berjalan jauh membuat aku merasa ku meninggalkan jauh masalah dan semua benda yang tak baik di belakang. Bye, bye!

Hari ini, tika ku berjalan pulang, dari kuliahku menuju ke pintu keluar, suasana jamiah ( universiti ) penuh dengan pelajar yang berkejar ke kuliah. Peak time! Waktu 15 minit untuk pertukaran kelas seakan tidak cukup kalau kelas sebelumnya di kuliah yang jaraknya sangat jauh dengan kuliah yang kedua.

Ditambah pula dengan pelajar yang melepak di bawak pokok atau di bangku. Seperti lautan manusia ku ibaratkan. Pernah sekali terdetik di hatiku, suasana jamiah seperti pasar malam. Penuh sesak dengan manusia. Suasana pasar ini hanya berlaku apabila peak time lah.

Dan hari ini, tika ku melangkah dalam lautan manusia ini, ku rasa sesuatu. Sesuatu yang menyelesakan. Terasa waktu melangkah perlahan , seperlahan langkah yang ku atur. Wajah insan-insan yang berjalan di kanan, kiri dan hadapanku ku perhatikan. Perlahan waktu memberiku rasa itu. Rasa apa ?



Aku rasa aku tidak keseorangan. Aku rasa ditemani. Aku tidak rasa sendiri. Aku tidak merasa sepi.
Ada aku. Ada dia. Ada kamu. Ada mereka.

Seraya senyumku terlukis. Bahagia berbunga mekar. Terasa terawang-awang di langit biru. Ditambah hari ini cuaca cukup indah , bagai turut bahagia bersama hati ini. Langit biru yang cantik, dihiasi awan seputih salju yang menyenangkan pancaindera. Mentari bersinar , memberi hangat yang mendinginkan hati. Waduh, rasa yang cukup indah!

Sungguh, hari ini, ku akui fitrah manusia tak mampu bersendiri. Hatta Nabi Adam merasa sunyi sendiri di syurga yang penuh kenikmatan tanpa ada yang menemani, hadirnya Hawa mengisi kekosongan sepi.  Apatah lagi kita manusia biasa. Dari kecil ditemani, dari saat ditiupkan roh, kita sudah ditemani seseorang , iaitu ibu kita. Kan ?

Dan sepanjang perjalanan pulang ke rumah, senyum masih bertakhta.

Alhamdulillah, hidupku dianugerahkan peneman yang terindah. KELUARGA, TEMAN-TEMAN.

Dan jika mereka tidak ditakdirkan menjadi penemanku, ku punya DIA.

Abadi. Kekal. Takkan hilang.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Surah Al Baqarah, ayat 186.


Perlahankan masa, aku percaya kita merasa bila kita CUBA merasa.

bebelanjiwa: Nikmat bahagia harus disyukuri. قل الحمدالله, يا يأيها لأصدقاء!

Hauri Islam
Irbid, Jordan

Monday, March 18, 2013

Tegar.

Dada berombak. Nafas terasa sesak. Mencari -cari oksigen yang kononnya seakan hilang. Mata ku pejam rapat . Mencari tenang. Mengawal perasaan.

Aku melakukannya lagi! 

Kadangkala kita terulang-ulang kesilapan yang sama meskipun kita berjaga-jaga daripada melakukannya.

Dan berulang-ulang juga ada insan yang terluka.

Sukar sekali menapak di jalan perubahan. 


Tidak cukup dengan duri merintangi, ditambah pula dengan lemahnya hati.

 
Ditusuk pula hasutan syaitan kanan dan kiri.

Selalu saja putus asa menyinggah, dan terfikir melarikan diri mungkin cara terindah. Mana tidaknya makin cuba diubah, seringkali kesilapan sama diulangi, dan menyegarkan kembali parut yang kian menyembuh. Terasa ingin lari jauh dari insan. Terkurung sendiri, sendiri. Takkan menyakiti yang lain. 


Ingin berlari ke suatu tempat, menjerit sepuas-puasnya. Meluahkan yang terpendam . Membuka lipatan kisah hati yang ketat  ini. Melerai kepedihan yang melingkari jiwa. 

" Ya Allah, bantulah hambamu ini! " 

TAPI! Dengan memencil diri, akan membesarkan masalah.Ianya tidak akan 
ternoktah, bahkan semakin susah. 

Argh! Air mata menitis laju. Awan mendung geram yang memberat sudah tidah tertahan lagi. Hujan air mata melanda. Membasahi wajah yang sedia kusut. Tangan diletakkan ke dada. Kenapa ? Kenapa aku sering mengulangi kesilapan yang sama ? 



" Ya, Allah ,mujahadah ini amat menyakitkan dan meletihkan. Aku tahu inilah ujianMu untuk menguji sejauh mana tegarnya aku berada di jalan perubahan ini, bukan? Sungguh ujian ini terasa memberat di pundakku. Hanya kurniaan kekuatan dan kecekalan mampu mengangkatku daripada terus tenggelam dalam arus putus asa yang ganas. Hanya padaMU, ku sandarkan pertolongan dan pengharapan. Tetapkanlah aku di jalan ini. Ku merayu, Aku takkan putus asa dan lari. Aku tak ingin berpatah balik.Aku adaMU.  "


Ya, mujahadah ini, ianya meletihkan! 

Ku pasti ramai yang mengalami perkara sama sepertiku. Sama-sama kita tegarkan hati dalam mencari cintaNYA. Moga Allah kuatkan kita. 

Ingat, tika kita memulakan langkah pertama di jalan perubahan ini, kita sudah berjanji untuk bersedia dengan apa jua yang merintangi. Ayuh! Usah putus asa! Jangan lari!

Let's make it together!


Moga Allah kuatkan sesiapa saja yang ingin berubah.





tangisanjiwa: kuat!


Hauri Islam
Irbid, Jordan