Thursday, December 20, 2018

SOLEHAH DI MATA SIAPA ?


Jangan pernah berhenti jadi solehah. Solehah yang bukan acuan manusia, bukan yang digambar manusia , bukan seperti yang dipertontonkan di instagram atau media sosial.

Wanita solehah yang digambar Allah dan Rasul.
Itu sebenar-benar solehah.

1. Abdullah bin Amr radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan sabda Rasulullah Sallallahu'alaihi wa sallam: "Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah." (HR. Muslim no. 1467)

2.Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bagi lelaki yang ingin menikah: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara yaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, karena kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung." (HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466)

3.Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: "Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerna Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34)

Cuba kita belek hari kita. Belek pakaian, aurat, pergaulan, solat, Quran, media sosial, hubungan dengan ibu bapa dan kawan-kawan, hubungan dengan lelaki. Nak jaga mata, tangan ,lidah, dan semua anggota.

Tanya iman, solehahkah?

Jika kita isteri, bertambah tanggungjawab. Bagaimana hubungan dengan suami, bermanis mukakah, menjaga aib suami dan rumah tanggakah, hubungan dengan mentua baikkah.

Solehah di zaman ini, memang susah. Mengejar trendy kadang yang labuh dirasakan kolot. Yang sederhana dikatakan kusam dan ketinggalan zaman.

Solehah di zaman ini, memang susah. Kerja menekan diri, over time lagi, sampai tak sempat solat awal, solat pun cepat-cepat, Quran pun susah nak baca walau semuka sehari, Mathurat apatah lagi.

Solehah di zaman ini, memang susah. Tak nak berboyfriend, keluar berdua tapi semua orang buat macam tu. Orang lain share gambar dating, menguji sungguh.

Ketahuilah, yang berusaha nak jadi solehah, Allah takkan kecewakan awak. Bahkan kasih dan sayang Allah melimpah buat awak. Wanita nak jadi solehah seperti awak, dah tak ramai. Ramai dah kalah. Jadi, kuatkan hati. Kejarlah redha Allah.

Jadilah solehah di mata Allah, bukan mata manusia ,follower ,liker. We can do it, my dear sisters. 💪


Wan Nur Syakira

#notamengejarsolehah

No comments:

Post a Comment