Wednesday, December 26, 2018

MENSYURGAI RUMAHTANGGA : SENTIASA MENGHARGAI MENGIKAT HATI

Antara rahsia kebahagiaan dan keutuhan sesebuah rumahtangga adalah tidak berhenti mensyukuri dan menghargai pasangan.


Jangan berhenti menghujani pasangan dengan penghargaan, pujian dan kata-kata yang baik. Acknowledge semampunya usaha yang pasangan lakukan untuk membahagiakan rumahtangga.


Perkara kecil yang bermakna kadangkala kita "take for granted". Sedarkah kita kadangkala ada sesuatu yang pasangan kita suka ,tapi mereka tinggalkan kerana kita kurang suka.


Contohnya,pasangan berkorban memilih makanan, tempat dan barang yang kita suka daripada memilih apa yang dia suka. Pasangan bertanyakan apa makanan kesukaan kita dan cuba memasaknya. Nampak kecil tetapi itulah tanda betapa tolak ansur dan kasih sayangnya pada kita.


Sentiasalah berterima kasih dan acknowledge pencapaian pasangan.


" Terima kasih kerana hantarkan pergi kerja, bawak saya jalan-jalan hujung minggu, terima kasih sebab tolong dukung anak selalu, belanja makan, tahniah sebab berjaya tenangkan anak kita menangis, tahniah sebab berjaya selesai task di pejabat, tahniah sebab dah dapat gaji setelah bekerja penat lelah,  dan sebagainya. Little things but powerful! Trust me, its really works. 😊


Pernah baca, antara punca hubungan menjadi retak apabila pasangan mula mengabaikan perkara-perkara kecil ini dan take for granted lalu membuatkan rumahtangga hilang rasa ingin berbakti antara satu sama lain.



Cuba kita renungkan wajah pasangan kita ketika dia tidur. Mungkin tidur keletihan dan kepenatan, berbuat dan berkorban untuk kita. Cuba perhalusi kebaikan yang pasangan kita lakukan pada kita hari ini berbanding melihat perkara kecil yang negatif.


Ya, boleh saja kita mahu melihat yang negatif, lihat pada sesuatu yang buat kita terasa atau marah tapi kita yang rugi. Tak rasa bahagia. Tak rasa tenang. Padahal kebaikan yang diberi lebih besar saiznya berbanding kekurangan yang dilakukan. Jernihkanlah hati dan perasaan dengan kesyukuran.

Of course, its not easy. Sebab itu, dalam hidup berumahtangga, harus punya hati yang besar dan lapang.
Hati yang besar dan lapang dengan kebaikan, kemaafan, toleransi, dan kesabaran.
Harus berjuang untuk mengharmonikan perasaan dan rumahtangga.


InsyaAllah, lama-lama pasangan kita akan menyedari kesyukuran kita dan pasti akan berbuat sama. Jangan berhenti menghargai dan berdoa pada Allah, agar kita menjadi pasangan yang mensyukuri kebaikan manusia dan nikmat Tuhan. 😊

Allah dah janji, yang sentiasa bersyukur Allah akan lipat gandakan.
InsyaAllah, Allah akan lipat gandakan kasih sayang pasangan kita pada rumah tangga yang dibina.

#tipsmensyurgairumahtangga
#doakansyurgakamijuga

Wan Nur Syakira

No comments:

Post a Comment