Saturday, July 21, 2012

Uniknya 1 Ramadhanku kali ini ! Part 1


Ramadhan Kareem! Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang pada diri ini untuk menjadi tetamu Ramadhan pada tahun ini. Ramadhan kali ini ramadhan pertama yang ku lalui di negara orang.. Jordan , bumi syam... Alhamdulillah, nikmat yang tertara yang dikurniakan padaku..



CABARAN 1 RAMADHAN

Hari ini, sekali lagi, alhamdulillah, Allah telah berikan kekuatan pada diri ini untuk menjalani ibadah puasa selama 15 jam... Serius cakap bukan mudah untuk puasa selama 15 jam, ditambah dengan musim soifi yang sudah mula menunjukkan belang kepanasannya yang bisa mengeringkan semua air dalam badan ( over plak tapi memang btul, terasa sangat kering). Kena minum air 2 liter pada malamnya supaya dapat menampung air yang hilang dek kepanasan ini.Cahaya matahari yang sangat terik , suhu yang mencecah 45 darjah celcius, tanpa kipas, hidup terasa bagai tiada arah..

Ketika inilah, kesabaran teruji.. Tidak dinafikan terbayang-bayang air sejuk yang dapat menghilangkan dahaga.. dan tika itulah juga, imaginasi itu segera dibunuh dengan mengingatkan diri bahawa sesungguhnya SABAR itu indah. Beginilah rupanya rasa insan-insan yang mungkin tidak mampu untuk makan dan minum dek kesusahan yang dihadapi. Dengan tiba-tibanya, terasa bersyukur dengan nikmat makan dan minum yang selama ini telah dicukupkan untukku.. 

Salah satu tips untuk mudah bersyukur adalah sentiasalah melihat insan yang di bawah anda daripada melihat insan di atas anda. Kita akan rasa bersyukur kerana masih lebih baik berbanding orang yang di bawah kita .( tips selalu digunakn apabila dapat markah rendah dalam exam.. hehe )

Kebetulan juga, ada sahabat-sahabatku berpindah rumah kelmarin dan aku menolong mereka mengangkat barang-barang ke tingkat 4.Fuh! Memang betul-betul teruji. Banyak kali aku berhenti , melepaskan lelah ketika mengangkat barang-barang itu. 

Tika itulah, dalam mencari semangat untuk meneruskan perjuangan itu, ku mula terbayang 

Bagaimanakah Rasulullah dan sahabat-sahabat berperang saat Ramadhan ketika Perang Badar?

 Dan juga ketika pembukaan Mekah? 

Bagaimana Ramadhan Tariq bin Ziyad yang memimpin 12000 tentera Islam tika pembebasan Sepanyol?  Semangat Ramadhan Salahuddin Al Ayubi saat membebaskan Masjidil Aqsa ? 

Bagaimanakah Ramadhan Saifuddin Qutuz ketika Perang Ain Jalut yang turut menyaksikan isterinya ,Jullanar syahid dalam peperangan tersebut ? 

Tak terbanding rasanya dengan setakat mengangkat barang sebegini. 

Ya Allah, kurniakan kekuatan dan kesabaran seperti mereka yang tidak mengendahkan lapar dan dahaga, panas terik cuaca demi berbakti kepada Islam.

Setelah selesai mengangkat barang, aku dan sahabat-sahabatku ke shopping mall.( yelah macam mana nak berbuka kalau beras xde )  Kami ke sana dengan berjalan kaki kerana jaraknya yang tak berbaloi untuk menaiki teksi.( sebenarnya malas nak melayan kerenah pemandu teksi yang suka meminta tambang mahal ).Sekali lagi berjalan kaki di bawah cahaya matahari yang terik. Allah.. Sabar itu indah...

Selesai membeli belah dan ku terus pulang ke sakan, aku dan roomate dijemput untuk berbuka di rumah seorang sahabat satu sekolah menengah dengan kami.Kami ke sana lewat sedikit kerna sebelum itu, aku ke shoppping mall. Oleh kerana sudah lewat dan rumahnya agak jauh, kami menaiki teksi ke sana. Ketika perjalanan, tiba-tiba sahaja, pemandu teksi itu berhenti di tengah-tengah jalan. 

Kami berdua terkejut. Dia segera keluar dari kereta. Rupa-rupanya, dia meleraikan beberapa orang Arab bergaduh.Tidak menyangka pada Bulan Ramadhan begini pun, mereka masih bergaduh. Kami seakan terpause sebentar melihatkan mereka bergaduh.Haruskah kami keluar dari teksi itu? Kami berdua berpandangan.Sahabatku menenangkanku yang tampak berdebar sambil berkata , sekiranya pergaduhan itu berlarutan , kami akan keluar dari teksi itu. Kelihatan semakin ramai yang datang termasuk beberapa orang polis menenangkan pergaduhan yang sebenarnya di antara 2 orang sahaja.

Pergaduhan itu berjaya dileraikan beberapa ketika.Pergaduhan itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Kereta di belakang mula membunyikan hon. Kelihatan pemandu teksi ku kembali ke kereta setelah keadaan sudah reda, namun dia tampak marah dengan kereta yang berada di belakang teksi kami yang terus membunyikan hon.Dia berbalas kata, namun ditenangkan pemandu lain. Dia segera masuk ke dalam teksi dan meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan itu, aku mengingat kembali pergaduhan tadi, mereka bergaduh sehinggakan baju mereka terkoyak.Mujur pergaduhan itu tidak lama, kalau tak, dah lama kami cabut dari teksi itu.( tapi bila fikir balik, mmg patut kami cabut dari awal.. kan

 Wajah pemandu teksi seakan masih panas dengan kata-kata pemandu kereta di belakang sebentar tadi.Lega terasa apabila kami semakin hampir dengan rumah sahabat kami. Namun begitu..Nak dijadikan cerita, kereta di hadapan kami lambat kerana memberi laluan kepada kereta lain.Pemandu teksi kami tampak masih bengang dengan kejadian tadi membunyikan hon dan menjerit sesuatu kepada kereta di hadapan.Hatiku berkata, takkan nak bergaduh lagi kot. 

Telahanku tepat apabila pemandu kereta hadapan keluar dari kereta dan pemandu teksi turut melakukan benda yang sama. " Min ( bukn nama sebenar), mereka nak bergaduh, Jom lah kita keluar! Letak duit, kita cabut," Sahabatku mengangguk. Terpancar kebimbangan di wajahnya.Kelam kabut kami keluar, sehingga terjatuh bag sandang yang dibawa sahabatku.Sahabatku mencampak 1 dinar melalui jendela tempat duduk sebelah pemandu.Kami segera melangkah meninggalkan teksi itu. 

Ku menghela nafas kelegaan, bersyukur yang amat sangat kerana kami tidak terkena apa-apa tempias dari pergaduhan itu." Cukuplah saya seorang belajar kat sini kalau macam ni keadaannya.Saya takkan bagi adik saya datang sini, " kataku pada sahabatku itu sambil berjalan kaki ke rumah yang dituju.

Sungguh aku sangat berdebar. Sahabatku, tidak berhenti menenangkan aku.Tiba di rumah yang dituju, terasa tenang kerana melihatkan sahabat lain sedang membaca Al Quran sementara menunggu waktu berbuka. Hilang seketika rasa berdebar mendengar alunan bacaan mereka..



 Hauri Islam
Irbid, Jordan

No comments:

Post a Comment